Panduan Untuk Mengawal Kolesterol Anda

Panduan untuk mengawal kolesterol anda adalah mudah sekiranya anda tahu caranya. Walaubagaimana sekalipun, masih ramai yang TIDAK mahu untuk mengawal atau menukar corak pemakanan bagi mengawal kolesterol kerana beranggapan ianya hanyalah nasihat kosong. 

TAHUKAH ANDA!!!

Penjagaan makanan bagi menurunkan paras kolesterol adallah BUKAN mitos tetapi fakta. Justeru itu, TANPA pengawalan pemakanan kadar kolesterol anda TIDAK akan turun walaupun mengambil ubat-ubatan. Justeru itu, kawalan pemakanan juga PENTING dalam mengawal masalah kolesterol.

Panduan Untuk Mengawal kolesterol Anda

Panduan Untuk Mengawal kolesterol

Kredit Gambar :Nutritionist KKM

Panduan untuk mengawal kolesterol anda adalah seperti :-

1) TINGKATKAN pengambilan serat dalam sehari

Panduan Untuk Mengawal kolesterol

Serat adalah sejenis mineral TIDAK mudah untuk dicerna dan diserap oleh tubuh badan. Justeru itu serat terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-

a) Serat larut

Maksud mudah buat serat yang mudah larut adalah serat yang boleh larut dalam tubuh badan. TUGAS serat larut adalah:-

  • MENGEKALKAN tahap gula dalam darah yang sihat (TIDAK membenarkan makanan melepasi dalam salur darah dengan cepat)
  • Membantu dalam menyerap Nutrient dalam badan dengan cara yang lebih baik
  • PENTING, membantu mengekalkan kadar kolesterol yang sihat dalam tubuh badan
  • Dapat membantu mengawal berat badan
  • Membantu dalam mendapat risiko penyakit jantung 

Antara contoh makanan yang mempunyai kadar serat larut yang tinggi adalah:-

  • Kekacang hijau
  • Lentil
  • Kacang soya
  • Oat
  • Barli
  • Jagung
  • Rai (Gandum hitam)
  • Beras perang dll

b) Serat TIDAK larut

Maksud mudah buat serat tidak larut adalah serat yang tidak boleh larut dalam tubuh badan. Antara contoh serta tidak larut adalah :-

  • Sayur-sayuran
  • Buah-buahan

2) HADKAN pengambilan daging merah dan TINGKATKAN pengambilan daging putih

Panduan Untuk Mengawal kolesterol

TAHUKAH ANDA!!!

Daging merah merupakan salah satu daging yang lambat DICERNAKAN oleh tubuh badan. Justeru itu, DISARANKAN untuk mengambil daging merah 4 jam sebelum tidur kerana daging merah mengambil masa LEBIH daripada 4 jam untuk dicernakan di dalam tubuh badan.

Baca Juga :   Apa Itu Intermitent Fasting (IF) 2021

Justeru itu, amatlah DISARANKAN untuk mengambil daging putih LEBIH berbanding dengan daging merah. Ianya bagi memastikan tubuh badan lebih sihat dan cergas. 

INFO TAMBAHAN!!!

Daging merah adalah seperti daging lembu/ kambing
Daging Putih adalah seperti ayam/ ikan

Ikan (Jenis ikan laut dalam) merupakan makanan yang tinggi omega 3. Justeru itu, TINGKATKAN pengambilan ikan dalam sehari bagi membantu dalam menurunkan paras kolesterol dalam sehari. Walau bagaimana sekalipun, kepelbagaian dalam pemilihan lauk adalah DISARANKAN kecuali pengambilan daging merah DISARANKAN 2 kali sebulan sahaja. 

3) Tingkatkan senaman secara berkala 

Panduan Untuk Mengawal kolesterol

Senaman secara berkala ini mampu untuk mengawal dan menurunkan risiko penyakit jantung. Justeru itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amat menyarankan untuk melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ianya bagi memastikan tubuh badan kekal sihat dan bertenaga setiap hari.

SARANAN melakukan senaman adalah seperti:-

  • Berjogging 30 sehingga 45 minit sehari (5 kali seminggu)
  • Berjalan Pantas 45 minit sehari (5 kali seminggu)
  • Bersenam 30 minit sehari (5 kali seminggu)
  • Berenang 30 minit sehari (5 kali seminggu)

PERINGATAN!!!

Senaman dan masa/ intensiti yang dicadangkan ini mengikut kesesuaian individu dan boleh di ubah bila-bila masa. ELAKKAN melakukan aktiviti senaman ini secara paksaan kerana ianya akan membahayakan tubuh badan anda sendiri.

4) Ambil ubat Mengikut SARANAN Doktor

Penjagaan atau cara pengambilan ubat yang diberikan oleh doktor WAJIB diambil mengikut saranan Doktor. Ianya bagi memastikan setiap aktiviti yang dilakukan seperti di atas berbaloi. Hal ini disebabkan mengambil ubat TANPA menjaga pemakanan dan melakukan senaman merupakan salah satu aktiviti yang membuang masa. Semua ini disebbakan, kadar kolesterol akan menurun dengan mudah sekiranya anda mengawal dan melakukan aktiviti senaman ini. Aktiviti ini perlu sering baru ianya dapat dikawal.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah. Penurunan yang sedikit lebih selamat berbanding penurunan yang mendadak. 

“Usaha itu perlu bagi mengawal paras kolesterol dalam darah tetapi yang penting jangan lupa untuk berdoa agar kita sentiasa dalam keadaan yang sihat”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh