Panduan Untuk Melindungi Diri Dan Orang Lain

Panduan untuk melindungi diri dan orang lain semasa pandemik COVID -19 ini banyak. Walau bagaimana sekalipun, masih ramai orang diluar sana yang tidak fahami akan cara yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Justeru itu, sebagai orang yang ketahui dan fahami situasi ini SANGAT DIGALAKKAN untuk menyampaikan menerusi cara yang paling mudah.

Panduan Untuk Melindungi Diri Dan Orang Lain

Panduan untuk melindungi diri

Kredit Gambar kepada KKM

Antara panduan untuk melindungi diri dan orang lain adalah dengan cara:-

1) Dapatkan vaksin apabila tiba giliran anda

Daftar pengambilan vaksin menggunakan:-

“Bagi mereka yang mempunyai ALAHAN TERUK, rujuk dahulu dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang komplikasi akut”

Sekiranya anda masih belum mendapatkan temu janji untuk divaksin JANGAN mengalah, tunggu sehingga anda dapat temu janji untuk divaksin. Sekiranya anda masih berasa was-was akan pengambilan vaksin ini, maka JANGAN malu-malu untuk membaca penerangan daripada Menteri Agama Islam berkenaan dengan permasalah ini. 

PERINGATAN!!!

Vaksin BUKAN penyembuh tetapi ianya merupakan salah satu usaha untuk MENCEGAH diri daripada mendapat fasa yang lebih teruk. Walau bagaimana sekalipun, kesembuhan dan kesihatan hanyalah daripada ALLAH SWT sahaja, vaksin hanyalah salah satu usaha.

2) Amal ETIKA batuk dan bersin yang betul

Setelah hampir dua tahun kita menghadapi pandemik ini, maka pastikan kita sudah ketahui ETIKA batuk dan bersin yang betul. Justeru itu, anda WAJIB mengikuti etika ini bagi MENGELAKKAN diri daripada menjadi salah satu penyebar virus COVID -19 ini.

Cara mudah untuk mengikuti ETIKA batuk dan bersin yang betul adalah seperti:-

  • Ketika batuk, PASTIKAN anda menggunakan tisu atau
  • Tarik lengan tangan sebagai penghadang agar anda TIDAK melepaskan batuk kepada orang lain
  • ELAKKAN diri daripada keluar sekiranya merasai tubuh badan tidak sihat
Baca Juga :   Harga Set Kesuburan Shaklee Lelaki dan Wanita 2018

3) KERAP MENCUCI tangan dengan air dan sabun atau hand santizer

Pelajari cara mencuci tangan yang betul. Antara 7 langkah mencuci tangan yang betul adalah seeprti:-

Panduan untuk melindungi diri

  • Basuh tangan dengan sabun dan air secukupnya
  • Gosok tapak tangan
  • Gosok setiap jari dan celah jari 
  • Gosok kuku di tapak tangan
  • Gosok belakang tangan
  • Basuh tangan dengan air bersih secukupnya
  • Keringkan tangan dengan kain bersih

Setiap pembaca DISARANKAN untuk mengamalkan membasuhi tangan dengan betul mengikut seperti yang DISARANKAN. Tangan yang bersih boleh MENCEGAH pelbagai penyakit.

4) Buka tingkap untuk peredaran udara yang baik

Setelah pandemik COVID -19 dikenali sebagai air borne disease, maka pengudaraan yang baik amat PENTING buat semua. Justeru itu, peredaran udara yang baik amatlah dititikberatkan oleh semua pihak.

Selain daripada pengudaraan yang betul orang ramai juga WAJIB mengikuti penjarakan sosial. Ianya bagi memastikan anda selamat dan TIDAK MUDAH untuk terjangkiti virus ini. Penjarakan merupakan satu ikhtiar untuk MENCEGAH penyebaran virus ini. 

***ANDA JAGA JARAK, ANDA MAMPU UNTUK MENYELAMATKAN ORANG RAMAI***

5) Pakai pelitup muka dengan betul 

Penggunaan pelitup muka yang betul amat PENTING dalam kaedeaan pandemik ini. Justeru itu, mengikut SARANAN daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pemakaian double face mask amatlah DISARANKAN. Ianya bagi mendapatkan perlindungan berganda berbanding dengan penggunaan pelitu muka 3 ply sahaja. Walau bagaimana sekalipun, penggunaan double face mask memerlukan penggunaan cara yang betul seperti mana yang disarankan oleh KKM BUKAN mengikut cara pemakaian face mask tersendiri. 

***KITA PERLU LINDUNGI DIRI DAN ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA***

Diharapkan dengan perkongsian yang sedikit ini mampu membantu orang ramai untuk ketahui panduan untuk melindungi diri dan orang lain dengan betul. Kita BUKAN TAKUT akan virus COVID -19 ini tetapi kita perlu jaga diri dan orang sekeliling agar kita. Hal ini disebabkan, nyawa hanya satu sahaja sekiranya ia melayang maka tidak dapatlah kita untuk melakukan ibadah yang seterusnya.

Baca Juga :   5 Kebaikan Dan Khasiat Buah Tomato

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh