Panduan Umum Ibadah Korban 2021

Panduan umum ibdah korban semperna Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah diumumkan baru-baru ini. Justeru itu, sebagai mereka yang mahu melakukan ibadah korban pada tahun ini, anda WAJIB mengikuti Standard Operation Practice (SOP) yang telah disediakan.

Panduan Umum Ibadah Korban 2021

Antara panduan umum ibdah korban 2021 adalah seperti:-

1) Pelaksanaan Penyembelihan Korban

Panduan Umum Ibadah Korban

Sebelum anda ingin melaksanakan ibadah korban, anda atau pihak berkenaan perlu :-

  • Mendapatkan Sijil kesihatan Vaterinar (SKV) dan permit penyembelihan ternakan dari Pejabat Vaterina Negeri atau Daerah
  • Melaporkan program korban kepada Pejabat Kesihatan Daerah
  • Peserta yang mengambil bahagian dalam ibadah korban hendaklah mewakilkan kepada penyembelih atau wakil yang dilantik
  • Proses sembelihan, melapah dan keratan asas adalah DIGALAKKAN untuk dilaksanakan di rumah penyembelihan
  • Bagi kawasan Masjid dan Surau tapak penyembelihan hendaklah sesuai, bersih, selamat dan TIDAK berhampiran saliran awam serta mendapat kebenaran pihak berkenaan berkaitan
  • Proses pemotongan kecil dan membungkus pembahagian daging korban hendaklah dibuat di tempat yang lapang dan tidak menyebabkan berlaku kesesakan
  • Sembelihan korban selain daripada rumah sembelihan hendaklah DILAKSANAKAN TIDAK MELEBIHI 5 ekor dalam sehari dengan bilangan petugas TIDAK MELEBIHI 10 orang bagi setiap haiwan serta mengambil kira keluasan kawasan bagi mengelakkan 3S (Sesak, Sempit dan Sembang dekat)
“Pelaksanaan penyembelihan korban WAJIB dipatuhi agar kita mampu untuk meraikan ibadah korban walaupun semasa musim pandemik ini”

2) Agihan bahagian peserta korban

Panduan Umum Ibadah Korban

Setelah melakukan ibadah korban, pastinya pihak yang melakukan ibadah korban akan mengagihkan bahagian korban kepada peserta dan yang LAYAK menerimanya. Justeru itu, semasa hendak melakukan agihan mereka WAJIB mengikuti SOP ini.

Antara SOP yang perlu diikuti adalah:-

Baca Juga :   5 Cara Mengawal Marah Ketika Anak Melakukan Kesilapan

a) Agihan oleh petugas

Penghantaran secara langsung kepada peserta yang mengambil bahagian dan fakir miskin berdasarkan senarai nama yang telah ditetapkan.

PASTIKAN semasa melakukan agihan, pihak yang mengagihkan bahagian daging korban perlu:-

  • Mereka yang mengagihkan daging korban perlu menggunakan face mask semasa membahagikan daging korban
  • PASTIKAN mereka yang mengagihkan daging korban menjaga jarak antara satu sama lain
  • ELAKKAN diri daripada berkumpul secara beramai-ramai semasa mengagihkan daging korban 

b) Agihan dengan kehadiran peserta

Jumlah kehadiran peserta pengambilan bahagian tidak boleh melebihi jumlah petugas dalam satu masa mengikut SOP yang ditetapkan dan ELAKKAN 3S (Sesak, Sempit dan Sembang dekat).

3) Pemeriksaan daging oleh DVS

Pemeriksa daging DVS perlu memastikan proses penyembelihan yang dijalankan mematuhi kaedah-kaedah pemeriksaan daging 1985, kaedah-kaedah binatang (kawalan penyembelihan) 2009 dan Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban.

Ketiga-tiga pecahan di atas adalah panduan umum ibadah korban. Walau bagaimana sekali pun, bagi mengawal penularan dan jangkitan COVID -19 pihak Majlis Agama Islam telah menambah SOP ibadah korban. Antara kawalan penularan dan jangkitan COVID -19 ini adalah:-

  • Mengadakan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran melalui aplikasi MySejahtera
  • Pemakaian pelitup muka adalah DIWAJIBKAN 
  • Memastikan penjarakan fizikal MELEBIHI 1 meter
  • MENGELAKKAN daripada 3S iaitu sesak, ruang sempit dan sembang dekat
  • Petugas yang dipilih hendaklah sihat, TIDAK bergejala dan BUKAN dalam kalangan penghidap PENYAKIT KRONIK
  • Petugas yang telah mendapat dua dos suntikan vaksin diberi keutamaaan

PERINGATAN!!!

Secara lumrahnya, kudrat manusia ada limitasinya maka wajarlah untuk pihak penyembelihan mengetahui tahap kudrat yang ada pada ahli penyembelihan mereka. Dicadangkan agar proses penyembelihan menggunakan peralatan dan sistem moden dalam sembelihan seperti “kotak pengekangan sembelihan”

Panduan Umum Ibadah Korban

Diharapkan dalam kepayahan kita melakukan ibadah korban ini agar virus ini diangkat dari bumi ini. Dalam setiap kepayahan pasti akan adanya sinar, yakinlah bahawa ALLAH SWT sedang menduga kita semua. Dalam setiap dugaan pasti akan adanya sinar kerana setiap dugaan yang ALLAH SWT  berikan tanda ALLAH SWT menyayangi hambaNya. Maka yakinlah akan setiap janji ALLAH SWT.

Baca Juga :   4 Langkah Bijak Dalam Mengurangkan Gula Dalam Diet Seharian

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh