Panduan Ramadan Yang Sihat

Ramadan sudah menjelang, justeru itu bagi memastikan kita kekal sihat maka ikutilah panduan Ramdan yang sihat ini. Hal ini bagi memastikan setiap yang berpuasa akan kekal sihat dan bertenaga. Setiap amalan ini mampu untuk membuatkan kita bertenaga walaupun kita berpuasa dari pagi sehingga ke senja.

Panduan Ramadan Yang Sihat

Antara panduan ramadan yang boleh diikuti oleh orang ramai adalah seperti:-

1) Amalkan diet yang seimbang mengikut Pinggan Sihat Malaysia

Panduan Ramadhan yang sihat

Pinggan sihat Malaysia sangat bagus kerana pinggan sihat ini mengajar kita untuk mengawal pengmbilan makanan dalam setiap ambilan makanan utama. Di dalam pinggan sihat ini mengajar kita untuk mengambil:-

  • 1/3 daripada pinggan karbohidrat
  • 1/3 daripada pinggan adalah protein
  • 1/2 daripada pinggan adalah serat

Dengan mengikut amalan pinggan sihat ini maka anda dapat pengawal penagmbilan makanan secara berlebihan. 

TAHUKAH ANDA!!!

Pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat secara berlebihan mampu menyebabkan penigkatan berat badan secara tidak terkawal. Justeru itu, dengan adanya amalan pinggan sihat ini mampu membantu anda mendapatkan gaya hidup yang lebih sihat.

2) Ambil lebih dari 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan dalam sehari

Panduan Ramadhan yang sihat

Ikutilah Pyramid Makanan Malaysia yang terbaru iaitu tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat iaitu sekruang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan. 

3) Kawal kuantiti pengambilan makanan

Berpuasa mampu membantu seseorang itu menrunkan berat badan walaubagaimana sekalipun anda perlu mengawal kuantiti pengambilan makanan bagi memastikan anda mmampu kekal sihat. Justeru itu, ELAKKAN atau kawal pengambilan kuantiti makanan secara berlebihan. Amalkan diet yang sihat walaupun ketika berpuasa. 

“ELAKKAN atau HADKAN makanan dan minuman manis. Pilih makanan berserat tinggi”

4) Hadkan pengambilan makannan yang berminyak

Makanan yang tinggi minyak ini boleh menyebabkan sesorang menjadi cepat letih. Hal ini disebbakan makanan yang tinggi lemak ini tidak membantu seseorang itu berasa kenyang dalam jangka masa yang lama seperti serat. Jsuetru itu HADKAN pengambilan makanan yang tinggi minyak ketika bersahur terutamanya.

Baca Juga :   Senarai Semak Pemakanan PKP


5) Pastikan pengambilan air 8 gelas sehari di antara waktu sahur dan berbuka

“Kekal hidrat agar anda tidak mudah menjadi letih ketika berpuasa”

Air itu penting kerana walaupun anda tidak bersahur dengan makanan tetapi sekiranya anda mengambil air yang mencukupi maka anda akan lebih bertenaga. Hal ini bagi memastikan anda kekal hidrat walaupun berpuasa.

“Biar tiada makanan sekiranya anda kekal hidrat mampu membuatkan anda kekal bertenaga”

6) Makan secara perlahan untuk mengelakkan masalah ketidakcernaan 

Amalan makan secara perlahan ini merupakan sunah Nabi. Justeru itu, dengan makan secara perlahan ketika bersahur mampu mengurankan masalah pencernaan. Hal ini disebabkan semasa berpuasa, kita mudah untuk mengalami masalah keracunan makanan justeru itu amalkan amalan makan secara perlahan walaupun bukan di bulan Ramadan. 

7) Kekal aktif dan lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit dalam 5-6 hari seminggu

Walaupun berpuasa anda boleh kekal aktif agar badan lebih bertenaga. Walaubagaimana sekalipun, ELAKKAN melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan tubuh badan menjadi lemah dan letih. Amalkan senaman yang ringan seperti berjogging, berbasikal dll. 

“Anda aktif tubuh akan menjadi lebih sihat”

8) Kurangkan makanan tinggi garam kerana ia boleh menyababkan berasa haus

KURANGKAN makanan tinggi garam bagi MENGELAKKAN diri daripada berasa haus ketika berpuasa. Hal ini disebabkan, makanan yang tinggi garam mampu membuatkan kita dihidrat waluapun sudah mengambil air yang mencukupi dalam sehari. Jausteru itu, KURANGKANLAH pengambilan garam bagi memastikan diri lebih bertenaga di siang hari. 

9) Elakkan makan secara berlebihan semasa moreh

ELAKKAN mengambil makanan yang berat ketika bermoreh. Hal ini disebabkan, makan makanan berat selepas bermoreh mampu menyebabkan pelbagai masalah. Justeru itu, ELAKKAN mengambil makanan secara berlebihan semasa moreh.

Baca Juga :   Kebaikan Aplikasi MySejahtera

Diharapakan tips ini berguna untuk semua. Setiap yang datang pasti akan pergi, jadi GUNAKAN masa yang ada sebaik mungkin. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh