Panduan Penggunaan Telefon Pintar

Sudah menjadi satu kebiasaan buat ibu bapa memberikan anak menggunakan telefon pintar bagi mengawal pergerakan anak-anak di dalam satu tempat atau majlis. Walau bagaimana sekalipun, sebagai ibu bapa anda WAJIB ketahui panduan penggunaan telefon pintar bagi MENGELAKKAN mereka daripada menggunakannya tanpa kawalan. Penggunaan telefon pintar membantu dalam mengawal tingkah laku anak-anak tetapi bukan itu cara yang terbaik dalam mengawal tingkah laku anak-anak.

Justeru itu, sebagai ibu bapa mereka WAJIB pelajari dan ketahui panduan memberi anak menggunakan telefon pintar agar mereka tahu batas penggunaannya. Dalam mengejar dunia siber ini JANGAN dilupakan cara mendidik anak menjadi manusia BUKAN robot.

Panduan Penggunaan Telefon Pintar

Panduan penggunaan Telefon pintar

Dalam mengejar dunia serba cangih ini JANGAN dilupakan didikan yang mengajar anak menjadi manusia BUKAN robot. Justeru itu, bagi mendidik anak faham akan kehidupan yang sebenar ibu bapa WAJIB mengikuti panduaan penggunaan telefon pintar yang sebenar. Ianya bagi memastikan setiap anak mampu menjalani kehidupan yang normal.

“Kehidupan yang normal bermaksud mampu mengikuti aktiviti luar TANPA dipengaruhi dengan gadjet”

Antara panduan penggunaan telefon pintar yang boleh ibu bapa ikuti adalah:-

1)Screen time tidak boleh melebihi 2 jam dalam sehari

Screen time ini mampu mengajar anak untuk patuhi arahan yang diberikan oleh orang dewasa. Pada masa yang sama, screen time ini mampu memberikan anak ruang sendiri untuk melakukan aktiviti luar seperti:-

Panduan penggunaan Telefon pintar

  • Bermain bersama rakan seusia
  • Menghirup udara segar yang mampu menenangkan minda
  • Menerokai perkara baru selain daripada menggunakan gadjet
  • Meneroka aktiviti outdoor yang membina pengalaman baru kanak-kanak

Semakin kurang penggunaan gadjet, maka semakin bertambahlah imaginasi anak-anak dalam dunia luar. Justeru itu, bagi meningkatkan lagi mutu kualiti tumbesaran anak, ibu bapa WAJIB mengawal penggunaan gadjet sebelum terlambat.

“Tujuan mengawal masa penggunaan gadjet adalah bagi menjaga emosi dan mata anak”

PERINGATAN!!!

Pastikan 2 jam sebelum anak tidur sudah tiada lagi penggunaan gadjet. Hal ini bagi MENGELAKKAN anak daripada mempunyai masalah ganggun untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi.

 

2)Anak yang berusia 2 tahun dan kebawah TIDAK perlu ada screen time

Kanak-kanak dibawah usia 2 tahun TIDAK digalakan untuk mempunyai slot screen time kerana mereka masih belum ketahui lagi apa itu gadjet. Justeru itu, JANGAN pernah mengajar anak menggunakannya bagi mengawal tingkahlaku anak. 

“Pada usia 2 tahun dan ke bawah mereka hanya akan mengikut setiap apa yang diberikan oleh ibu bapa. Justeru itu ELAKKAN memberi gadjet bagi mengawal tingkahlaku anak”

3)WAJIB wujudkan masa rehat sepanjang penggunaan gadjet

Masa rehat yang dimaksudkan adalah masa di mana anak TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan gadjet. Tujuan masa rehat ini adalah bagi memastikan anak belajar untuk mengambil masa rehat dalam melakukan sesuatu dan mengikut arahan yang diberikan. 

“Masa itu ibarat mata pedang sekiranya salah digunakan maka ianya akan memakan diri sendiri”

Cara Meningkatkan Minat Menulis Kanak-Kanak

4)Pantau jarak mata dengan gadjet

Mata merupakan salah satu aset penting buat manusia. Justeru itu ibu bapa WAJIB memantau jarak penggunaan gadjet dengan mata. Lagi jauh gadjet dengan mata lagi bagus kerana ianya mampu MENGELAKKAN mata daripada mendapatkan cahaya UV daripada gadjet.

“Mata tiada pengganti, justeru itu sayangi mata anda”

5)Pantau penggunaan gadjet anak anda

Dunia kini hanya dihujung jari. Jadi ianya menyebabkan hanya dengan satu KLIK anak mampu mendapatkan maklumat yang tidak sepatutnya mereka ketahui. Justeru itu, ibu bapa WAJIB memantau penggunaan gadjet anak semasa berada di rumah khususnya.

Antara cara untuk mengawal dan memantau penggunaan gadjet anak adalah dengan:-

  • ELAKKAN anak menggunakan gadjet secara bersendirian
  • PASTIKAN laman web yang anak buka kerana isi kandungan video juga mampu memberikan fluence yang negatif kepada anak.
  • ELAKKAN anak membawa telefon pintar ke dalam bilik kerana ianya akan menyebabkan ibu bapa sukar untuk mengawal aktiviti anak

Mudah untuk menunjukkan kekurangan seorang pendidik maka ELAKKAN dari terlihatnya kekurangan anda sendiri dalam mendidik anak-anak. Anak adalah acuan yang ibu bapa bentuk, sekiranya cantik acuan yang dipilih maka cantik jugalah kuih yang bakal dibentuknya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh