Panduan Mengatasi Masalah Bagi Pesakit Kanser Setelah Menerima Rawatan

Panduan Mengatasi Masalah Bagi Pesakit Kanser Setelah Menerima Rawatan. Setiap manusia di muka bumi ini memerlukan pemakanan yang seimbang bagi memenuhi keperluan kehidupan kita dalam sehari. Tetapi bagaimana pula dengan pesakit seperti pesakit kanser yang hilang selera makanan setelah menerima rawatan. Justeru itu, terdapat beberapa panduan mengatasi masalah bagi pesakit kanser setelah menerima rawatan. Panduan ini boleh membantu meningkatkan semula keinginan mereka untuk makan.

Pesakit kanser

 

Panduan Mengatasi Masalah Bagi Pesakit Kanser Setelah Menerima Rawatan

Setiap manusia yang menerima rawatan kanser ini akan merasai pengalaman yang berbeza-beza. Hal ini terjadi disebabkan setiap manusia mempunyai antibodi dan tahap ketahanan tubuh yang berbeza. Justeru itu, sebagai manusia kita WAJIB ketahui tahap ketahanan tubuh kita ianya bagi memudahkan urusan mengatasi masalah bagi pesakit kanser ini.

“Sakit itu satu Ujian kecil yang Allah berikan agar kita sentiasa mengingati mati kerana sesungguhnya mati itu pasti”

Disini terdapat beberapa panduan mengatasi masalah bagi pesakit kanser setelah menerima rawatan. Antara rawatan yang dimasukkan adalah:-

  • Menerusi rawatan kemoterapi

ATAU

  • Rawatan Radioterapi

Rawatan yang disediakan pasti akan ada kesan sampingannya. Antara kesan sampingan yang kerap pesakit alamai adalah:-

  • ​Hilang selera makan
  • ​Sakit mulut/ tekak
  • ​Mulut kering
  • ​Loya/ muntah
  • ​Cirit- birit
  • ​Berlakunya perubahan deria rasa dan bau
  • ​Kurang sel darah putih

Menerusi kesan sampingan ini pesakit pasti akan mengalami masalah dalam mendapatkan nutrisi yang secukupnya dalam sehari. Jadi, bagi mengelakkan pesakit berterusan TIDAK mendapatkan NUTRISI yang mencukupi, pesakit boleh ikuti panduan mengatasi masalah bagi pesakit kanser setelah menerima rawatan.

Antara panduan pemakanan bagi 5 jenis kesan sampingan yang sering di alami oleh pesakit kanser adalah:-

1) Hilang Selera Makan

DIGALAKKAN untuk makan makanan yang digemari SAHAJA


DISARANKAN untuk makan makanan dalam kuantiti yang sedikit SAHAJA
DIGALAKKAN mengambil susu formula khas untuk meningkatkan selera makan
√ Makan dalam suasana yang selesa dan ceria bersama keluarga, rakan atau makan di luar
√ Makan sedikit tetapi kerap
√ Makan ketika anda berasa lapar dan ELAKKAN daripada mengambil makanan yang sejuk

2. Sakit Mulut/Tekak

√ Makan makanan yang lembut dan mudah dikunyah

6 Khasiat Buah Pisang Yang Ramai Tidak Ketahui
ELAKKAN makan makanan yang kasar, kering, berempah, pedas, terlalu masam atau masin atau panas
√ Makan dengan kerap dalam hidangan 5-6 kali sehari
√ Ambil air sebanyak 8 gelas (2 liter) sehari untuk mengelakkan kekeringan mulut
DIGALAKKAN untuk mengunakan straw ketika minum bagi mengelakkan kawasan yang kering berasa sakit/ pedih
√ Hisap ketulan ais bagi mengelakkan sakit mulut/ tekak kering

3. Mulut Kering

√ Minum air dengan kerap

Pesakit kanser
√ Bawa minuman kegemaran anda ke mana sahaja anda pergi
DIGALAKKAN mengambil makanan yang berkuah
DISARANKAN untuk menguyah gula getah bagi menghasilkan air liur secara semulajadi

4. Loya/Muntah

√ Ambil makanan yang mudah dihadam, lembut dan kering seperti kek, biskut , ban dan puding
ELAKKAN mengambil makanan yang berlemak/ bergoreng, manis, pedas, panas dan bebau kuat
√ Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap
√ Makan sebelum rasa loya
ELAKKAN minum sambil makan
√ Ambil makanan atau minuman pada suhu bilik

“Makanan panas akan menghasilkan bau yang boleh menyebabkan pesakit berasa loya”

√ Makan sebelum menjalani rawatan
√ Makan dalam suasana yang selesa dan nyaman
√ Ambil gula-gula yang berperisa pudina atau limau

“Dua perisa gula-gula ini mampu MENGELAKKAN pesakit daripada berasa loya/ muntah”

5) Perubahan Deria Rasa dan Bau

√ Pilih dan sediakan makanan dengan cara yang DISUKAI pesakit
√ Perisakan daging, ikan dan ayam dengan jus limau, rempah, sos, perencah asli seperti halia, bawang putih, lengkuas dan serai
LEBIHKAN pengambilan air dan cecair seperti sup dan bubur
√ Sekirangnya makanan terasa metalik (berlogam). tukar peralatan kepada jenis plastik atau kaca
√ Jika mengalami masalah MENGUNYAH

DISARANKAN mengantikan sumber protein dengan makanan berprotein lain seperti ikan, telur, formula susu dan produk soya seperti tauhu dan tempe”

Mereka yang mempunyai masalah kanser ini pasti akan mengelamai masalah kehilangan selera makan, tekak kering dan lain-lain lagi. Justeru itu, diharapkan panduan yang diberikan ini mampu untuk membantu merkea menangani masalah ini.

***Harga setiap detik dan masa yang Allah berikan untuk kesihatan mahupun selera makan***

Rujukan:-
1) MNT pesakit kanser
2) http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-untuk-pesakit-kanser/
3) https://nci.moh.gov.my/index.php/ms/info-sihat/245-panduan-mengatasi-masalah-pemakanan-kesan-dari-rawatan-kanser

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh