Nutrisi Yang Penting Untuk Kanak-kanak 1 -6 Tahun

Penyediaan makanan yang seimbang amat penting untuk kanak-kanak 1 -6 tahun. Hal ini disebabkan makanan yang seimbang akan menghasilkan pengambilan nutrient yang penting untuk kanak-kanak 1 -6 tahun. Justeru itu, penyediaan makanan yang seimbang amat penting bagi mereka. Walau bagaimana sekalipun ianya merupakan satu cabaran buat ibu bapa sekiranya mereka sudah terbiasa menyediakan makanan yang tidak seimbang kepada anak-anak bermula daripada pengenalan makanan lagi. Justeru itu, ianya menyebabkan mereka menjadi sukar untuk memberi makanan yang seimbang kepada anak-anak.

Oleh sebab itu, ibu bapa perlu mengajar anak untuk mengambil makanan yang seimbang seawal usia agar mereka tidak menjadi seorang kanak-kanak yang picky ketika usia 2 tahun dan ke atas. Hal ini disebabkan, ketika usia 2 tahun mereka sudah mempunyai deria untuk ketahui sama ada makanan itu sedap atau tidak dan sudah bijak memilih. Justeru itu, WAJIB mendidik anak mengambil makanan yang seimbang seawal usia. 

PERINGATAN!!! 

Makanan yang seimbang akan menyebabkan pengambilan nutirient yang penting untuk kanak-kanak 1 – 6 tahun mencukupi. Justeru itu, penting untuk ibu bapa menyediakan makanan yang seimbang buat anak-anak.

Nutrient Yang Penting Untuk Kanak-kanak 1 -6 Tahun

Nutrient yang penting

Bagi melihat anak membesar dalam keadaan yang sihat, ibu bapa perlu ketahui nutrient yang penting dalam proses tumbesaran anak-anak. Antara nutrient yang penting dalam tumbesarana anak-anak adalah:-

1) Protein 

Nutrient yang penting

Ikan, daging, ayam, telur dan kekacang merupakan sumber utama protein. Protein di dalam daging, ikan, ayam dan telur mengandungi amino asid penting yang diperlukan untuk membina dan memulihkan sel-sel tubuh badan. 

TAHIUKAH ANDA!!!

Ikan mempunyai kandungan iodin iaitu sejenis mineral yang amat penting dalam mengawal pertumbesaran dan perkembangan terutamanya kepada anak-anak.

2) Zat besi

Zat besi merupakan salah satu nutreint yang penting dalam tumbesaran anak-anak. Hal ini disebabkan zat besi membantu dalam mengekalkan kebolehan sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan. Justeru itu, kekurang zat besi boleh menggangu tumbesaran anak-anak.

Contoh makanan yang tinggi zat besi adalah:

  • Daging merah,
  • Ayam,
  • Bayam
  • Aspharagus
  • Ikan laut dalam
“ Organ dalam haiwan juga mempunyai zat besi yang tinggi tetapi tidak terlalu disarankan untuk mengambilnya”

3) Vitamin A

Vitamin A memainkan peranan penting dalam tumbesaran kanak-kanak TERUTAMANYA dalam pembentukan tisu dan tulang serta gigi. Pada masa yang sama, ianya juga memainkan peranan dalam tumbesaran anak untuk menguatkan sistem imun daripada jangkitan dan membekalkan tulang yang kuat. Vitamin A juga mampu membantu dalam menggalakkan pertambahan sel putih dalam badan bagi mennetang bakteria dan radikal bebas dalam tubuh badan.

Contoh makanan yang mempunyai Vitamin A adalah:

  • Minyak kelapa sawit merah,
  • Kuning telur,
  • Sayur-sayuran dan buah berwarna oren
  • Sayur berdaun hijau gelap.

4) Zink

Zink penting dalam tumbesaran anak-anak kerana ianya diperlukan agar sel berkembang dan bertambah dengan baik. Pada masa yang sama, zink ini membantu dalam membina protein dan menyokong sistem imun yang lebih baik.

Contoh makanan yang mempunyai sumber zink adalah:-

  • Hati
  • Ayam
  • Kuning telur
  • Daging

5) Kalsium

Kalsium merupakan salah satu Nutrient yang penting dalam pembinaan tulang dan gigi yang kuat. Justeru itu, TANPA kalsium yang mencukupi di dalam tubuh badan bileh menyababkan anak bakal terdedah dengan pelbagai penyakit antaranya adalah penyakit riket. Kekurangan kalsium boleh melembutkan tulang dan menyebabkan tumbesaran terbantu serta otot menjadi lemah.

Contoh makanan yang tinggi kalsium adalah:-

  • Susu
  • Keju
  • Yourgut
  • Ikan sardin (dengan tulang)
  • Bayam
  • Kacang soya
  • Kobis 
  • Lobak merah
  • Labu kuning
  • Jambu batu

6) Vitamin C

Nutrient yang penting

Membantu untuk mengembang dan memelihara tulang, gigi, gusi, ligamen, saluran darah, meningkatkan keupayaan melawan jangkitan, mengurangkan sisa berbahaya kepada tubuh dan toksin yang dihasilkan oleh tubuh. Justeru itu, Vitamin C juga merupakan salah satu vitamin yang penting dalam membantu tumbesaran anak-anak.

Contoh makanan yang mengandungi Vitamin C adalah:-

  • Betik
  • Jambu batu
  • Buah oren
  • Mangga
  • Sayur yang berdaun hijau
Tips Menarik Minat Anak Makan Sayur-Sayuran

Diharapkan dengan perkongsian ini mampu membuatkan ibu bapa lebih peka akan perkembangan dan tumbesaran anak-anak. Hal ini bagi mengelakkan tumbesaran anak-anak menjadi terbantut. Sekiranya itu berlaku maka sukarlah untuk anak-anak membesar dalam keadaan yang sempurna. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh