Modifikasi Pemakanan Bagi Pesakit Disfagia

Disfagia bermaksud kesukaran menelan makanan. Ianya merangkumi perasaan sama ada makanan tersekat di kerongkong atau di antara tekak dan perut. Kesukaran menelan ini mungkin bersifat sementara dan boleh hilang dengan sendirinya atau memerlukan bantuan bagi menelan makanan tersebut.

Justeru itu, modifikasi pemakanan bagi pesakit disfagia ini amat penting bagi mengelakkan mereka daripada berlakunya kekurangan nutrisi. 

TAHUKAH ANDA!!!

Masalah kesukaran menelan ini biasanya berlaku kepada mereka yang sudah berusia. Kesukaran menelan ini berlaku apabila makanan tidak mengalir secara normal dari mulut ke perut.

Faktor Penyebab Berlakunya Disfagia

Antara faktor penyebab disfagia berlaku adalah disebabkan oleh:-

1) Masalah yang sering berlaku kepada semua orang

  • Makan terlalu cepat dalam satu masa
  • Makan dalam gigitan yang terlalu besar
  • Gigi palsu yang tidak sesuai atau mempunyai gigi yang longgar atau hilang
  • TIDAK minum air yang secukupnya semasa makan
  • Makan sambil berbaring juga boleh menyebabkan kesukaran untuk menelan makanan 

2) Warga emas yang menghidap dementia

Disfagia

“Dementia adalah suatu penyakit yang menggangu fungsi otak secara progresif (secara berterusan) sehingga menggangu aktiviti harian seseorang”
  • Lupa cara untuk mengunyah sehingga menggangu pengambilan nutrisi seharian 
  • Lupa cara untuk menelan makanan untuk dimakan

3) Kanser yang sedang mendapatkan rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi

“Mereka yang sedang mendapatkan rawatan kanser ini biasanya akan mengalami masalah kesukaran untuk menelan, justeru itu pakar pemakanan WAJIB mengajar cara untuk menelan”

4) Pesakit Neurology seperti parkinson, myasthenia gravis 

Myasthenia Gravis adalah gangguan neuromuskular yang menyebabkan kelemahan pada otot rangka yang digunakan tubuh untuk gerakan”

***Myasthenia gravis adalah penyakit autoimun yang menyebabkan kelemahan otot yangs serius***

Baca Juga :   Diet bagi wanita berpantang yang perlu diikuti

5) Faktor pengambilan ubat yang menganggu proses menelan makanan 

Modifikasi Pemakanan Bagi Pesakit Disfagia

Antara modifikasi pemakanan bagi pesakit disfagia ini boleh lakukan adalah dengan cara :-

a) Modifikasi kepekatan minuman



Modifikasi minuman biasanya berkesan pada pesakit yang mengalami maslaah strok atau neurologi. Hal ini disebabkan penggunaan pemekatan makanan dapat mengubah kepekatan cecair. Apabila cecair semakin pekat maka ianya mampu melambatkan pergerakan bolus di farinks. 

“Kepekatan makanan boleh dicampur dengan air atau cecair bagi menghasilakan kepekatan untuk meningkatkan nutrisi dalam sehari”

b) Modifikasi tekstur makanan

Modifikasi makanan dapat membantu pesakit yang mengalami masalah menelan ini untuk makan bagi mendapatkan nutrisi yang mencukupi. Ianya memudahkan proses penyediaan bolus dan amat sesuai bagi pesakit yang mempunyai masalah kesukaran untuk menelan makanan.

Berikut adalah modifikasi makanan yang biasanya dilakukan bagi memberikan pesakit yang mempunyai masalah ini makan. Antara modifikasinya adalah:-

  • Soft diet

Soft diet ini merupakan makanan yang secara semulajadi bertekstur lembut atau makanan yang dimasak sehingga tekstur makanannya lembut. Contoh makananya adalah bubur, sayur yang sudah dicelur lama, jeli, matched potato, puding dan lain-lain.

  • Makanan cincang dan lembap

Makanan yang dicincang/ dihancurkan sehingga licin dan berketul. Makanan lembut, lembab dan mudah dilenyek menggunakan sudu. Contoh makannya adalah daging cincang, sayur-sayuran yang sudah dicincang

  • Makanan pureed 

Makanan lembut, lembap dan tidak berketul. Kebiasaannya, makanan pureed ini merupakan makanan yang sudah di blender bagi memudahkan pesakit menelanya. Contoh makanan pureed adalah bubur yang sudah di campurkan dan diblender, nestum bayi, sup cendawan

c) Modifikasi suhu dan rasa

TAHUKAH ANDA!!!

Modifikasi makanan pada perubahan suhu memberi kesan penting pada sistem penelanan. Suhu yang sejuk atau panas dapat meningkatkan kesedaran oral dan refleks untuk menelan.

Baca Juga :   Sebab Remaja Malas Bersenam


Bagi modifikasi rasa pula, mereka yang mengalami masalah kesukaran menelan boleh mencuba untuk lakukan perubahan rasa.

Sebagai contoh, ubahan rasa yang ekstrem seperti masam mampu meningkatkan kesedaran oral. Sekiranya kesedaran oral berlaku maka ianya dapat membantu dalam menyelesaikan masalah proses penelanan.

d) Modifikasi dalam bentuk kuantiti makanan dan minuman

Kawalan kuantiti makanan dan minuman sangat penting bagi peskit yang mempunyai masalah untuk menelan. Sistem penelanan yang tidak efektif menyebabkan makanan terkumpul di farinks selepas menelan.

Makanan yang terkumpul terlalu banyak boleh menyebabkan peningkatan risiko aspiration. Cara ini bukan sahaja membantu mereka yang mempunyai masalah menelan tetapi juga bagi mereka yang mempunyai masalah mengunyah makanan. 

“Biar sedikit pengambilan tetapi dapat nutrisi yang diperlukan BERBANDING banyak tetapi langsung tidak dapat khasiat yang sepatutnya”

Setiap satu modifikasi ini WAJIB dicuba bagi membantu pesakit menyelesaikan masalah kesukaran menalan makanan ini.

Hal ini disebabkan proses menelan makanan ini merupakan salah satu faktor bagi memastikan pesakit mendapat semua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan dengan sewajarnya. Sekiranya mereka tidak mendapat nutrisi yang mencukupi ditakuti ianya akan menganggu kesihatan tubuh badan seseorang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh