Microsleep Adakah Ianya Merbahaya Atau Tidak?

Pernahkah anda berasa mengantuk ketika memandu atau hilang tumpuan ketika memandu? Itu adalah salah satu simptom microsleep. Justeru itu, sebagai pemandu kita WAJIB ketahui apa itu microsleep dan adakah ianya merbahaya atau tidak.

Microsleep Adakah Ianya Merbahaya Atau Tidak?

Microsleep adalah keadaan dimana kita akan tertidur untuk kurang daripada sesaat sehingga 30 saat ketika memandu kenderaan TANPA PEMANDU SEDARI dan kerap berlaku apabila seseorang individu itu dalam KEADAAN MENGANTUK tetapi cuba untuk melawan rasa mengantuk tersebut agar mereka kekal berjaga untuk meneruskan pemanduan. Ianya juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Microsleep ini AMAT BERBAHAYA apabila berlaku ketika anda sedang memandu ATAU sedang mengendalikan sesuatu jentera yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius. “Sayangi Nyawa Anda INGATLAH Orang Yang Tersayang”

Justeru itu, bagi mereka yang kerap mengalami masalah ini DISARANKAN untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.

*** Microsleep adalah BERBAHAYA TERUTAMANYA ketika memandu berseorangan mahupun bersama keluarga ***

Simptom-Simptom Microsleep

Terdapat beberapa simptom yang perlu anda ketahui. Antara simptomnya adalah:-

  • ​Tersenguk-senguk ketika memandu
  • ​Kelopak mata semakin tertutup atau kuyu
  • ​Mata terkebil-kebil
  • Tatapan ketika memandu menjadi kosong atau dalam erti kata mudah pemikiran diawang-awangan
  • ​Lupa kejadian di waktu-waktu terakhir

Faktor Penyebab berlakunya Microsleep

1) Kurang Tidur


Kurang tidur adalah faktor risiko yang TERTINGGI bagi masalah microsleep  Ianya boleh berlaku jika anda mengalami insomnia, bekerja shift malam, atau tidak mendapat tidur yang berkualiti kerana alasan lain. Anda juga mungkin mengalami masalah tidur yang nyenyak jika anda mengalami gangguan tidur.

Antara masalah tidur yang TIDAK nyenyak adalah:-

a) Sleep apnea yang obstruktif

“Sleep apnea” adalah keadaan yang berlaku bila seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur. Ianya berlaku disebabkan oleh otak anda tidak menerima cukup oksigen semasa tidur, yang boleh mencetuskan rasa mengantuk pada waktu siang.

b) Narkolepsi

Narkolepsi menyebabkan rasa mengantuk pada waktu siang yang melampau dan episod yang tidak terkawal sehingga tertidur pada waktu siang.

2) Terlalu penat

Terlalu penat juga boleh menjadi salah satu penyebab seseorang itu boleh mendapatkan masalah ini. Justeru itu, rehat yang mencukupi amat penting bagi memastikan seseorang itu terhindar daripada masalah ini.

“Anda perlu sayangi diri anda agar anda mampu menjaga keluarga anda”

3) Jadual Tidur yang tidak menentu

Jadul tidur memainkan peranan yang penting bagi setiap individu. Hal ini disebabkan jadual tidur yang tidak menentu boleh menyebabakan seseorang itu mengalami masalah tanpa mereka sedari.

Justeru itu, amatlah DISARANKAN untuk mengatur jadual tidur anda dengan sempurna agar anda tidak mengalami masalah ketika memandu mahupun ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini disebabkan ia boleh membawa maut.

4) Tubuh badan cuba melawan rasa mengantuk

*** JANGAN PERNAH melawan rasa mengantuk ianya amat BAHAYA dan akan membahagiakan diri orang lain ***

Langkah Pencegahan Masalah Microsleep

Microsleep
Langkah pencegahan masalah ini mudah sahaja. Apa yang penting adalah kita perlu ikuti setiap satu langkah ini bagi MENGELAKKAN diri daripada masalah microsleep ini.

Antara langkah PENCEGAHAN microsleep adalah:-

  • ​JANGAN memandu ketika mengantuk

ELAKKAN memandu ketika mengantuk dan sekiranya anda betul-betul mengantuk TUKAR pemandu jika boleh.
Sekiranya tiada pemanduan yang boleh ditukar berhenti seketika di tempat Rawat & Rehat (R&R) bagi memberi ruang kepada pemandu untuk berehat. Berhenti berehat sekurang-kurangnya 20 min agar mendapat rehat yang mencukupi.

  • Mendengar radio

TAHUKAH ANDA!!!

Mendengar radio mampu merangsang minda agar fokus ketika memandu. Dan dengan cara ini juga mampu MENGELAKKAN anda daripada tertidur ketika memandu.

  • ​Rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan

Rehat yang mencukupi amat membantu dalam menyelesaikan masalah microsleep ini. Justeru itu, salah satu langkah pencegahan mengelakkan masalah microsleep ini adalah rehat yang mencukupi SEKURANG-KURANGNYA 8 jam sebelum memulakan perjalanan.

  • Berbual dengan rakan seperjalanan 

Berbual-bual ketika memandu mampu mengalihkan fokus mengantuk kepada sesuatu penceritaan yang lain. Justeru itu, amat penting bagi mereka yang kerap mengalami masalah ini membawa teman ketika memandu dalam jarak yang jauh.

  • Mengambil minuman berkafein


Minuman berkafein mampu mengurangkan rasa mengantuk bagi mereka yang mengemari minuman berkafein.

AMARAN!!!

ELAKKAN mengambil minum berkafein secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan.

Justeru itu, pencegahan awal daripada tertidur ketika memandu adalah lebih baik berbanding anda tidak mengambil langkah pencegahan langsung. Ianya tidak merbahaya tetapi boleh menjadi bahaya sekiranya anda tidak mengambil langkah pencegahan awal.

*** Pencegahan awal mampu menghalang daripada sebarang kecelakaan atau kemalangan diri ***

Rujukan:-
1) https://www.healthline.com/health/microsleep#when-does-it-occur
2) https://caring2u.com/health_info/bahaya-microsleep/
3) http://www.myhealth.gov.my/obstructive-sleep-apnoea/


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh