Menu Seharian Bagi Bayi 6 Bulan Dan Ke Atas

Menu seharian bagi bayi 6 bulan dan ke atas adalah berbeza. Justeru itu, anda perlu ketahui cara menyediakan menu makanan perkenalan bagi menarik minat bayi untuk mencuba makanan selain daripada susu. Bukan mudah untuk menarik minat bayi untuk mencuba menu baru TETAPI sekiranya kena dengan gaya maka mudah untuk mereka mencubanya.

Menu Seharian Bagi Bayi 6 Bulan Dan Ke Atas

Menu seharian bagi bayi

Sebelum anda belajar untuk ketahui menu seharian bagi bayi 6 bulan dan ke atas, anda perlu tahu cara untuk menarik minat bayi untuk mencuba makanan baru.

Antara menu bayi yang berusia :-

1) Menu bagi bayi 6 – 8 bulan

Antara cara yang boleh ibu bapa cuba bagi memastikan bayi 6 -8 bulan mencuba makanan baru adalah dengan:-

  • Ibu perlu MEMPERKENALKAN satu menu baru selama seminggu

Perkenalan menu baru selama seminggu ini BUKAN suatu perkara yang mudah. Sekiranya anda sedang memperkenalkan menu yang baru kepada bayi JANGAN perkenalan menu yang baru kepada mereka dalam satu masa yang sama. Hal ini akan menyebabkan mereka menjadi serik untuk mencuba semua makanan yang baharu.

  • JANGAN marah bayi ketika memberi bayi makan

Ketika sedang memberi bayi makan, JANGAN marah-marah. Hal ini bagi memastikan mereka fahami bahawa masa makan merupakan masa yang menyeronokkan BUKAN masa yang menakutkan.

  • Sediakan menu sedikit sahaja BUKAN terlalu banyak

Penyediaan makanan sedikit sahaja bagi menaikkan semangat bayi untuk mencuba menu yang baru. Sekiranya kita menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa ditakuti mereka tidak mampu menghabiskannya dan berlaku pembaziran. Sediakan mangkuk kecil sahaja dalam satu masa. PASTIKAN setiap makanan yang disuap itu penuh dengan kasih sayang.

  • ELAKKAN penambahan gula atau garam dalam makanan bayi
Baca Juga :   Self Lockdown Bagi Menghalang Penyebaran COVID -19

Dalam penyediaan makanan buat bayi, ibu perlu MENGELAKKAN penambahan gula atau garam dalam makanan bayi. Penambahan gula atau garam ini akan menyebabkan deria rasa bayi dan menarik minat bayi untuk mengambil makanan yang manis dan masin BERBANDING makanan yang biasa (TANPA penambahan gula atau garam).

Di bawah ini adalah salah satu contoh menu makanan bayi pada usia 6 bulan adalah seperti:-

Menu seharian bagi bayi

Kredit Gambar : Pusat Maklumat Pemakanan Johor

Menu permulaan makanan bayi 6-8 bulan adalah lebih kepada bubur atau puree. Dalam erti kata yang lain adalah makanan yang lembut. 

2) Menu bagi bayi 9-11 bulan

Seterusnya,bagi menu 9-11 bulan adalah sudah boleh memperkenalkan makanan yang lebih keras sedikit berbanding dengan bayi berusia 6-8 bulan. Ketika bayi berusia 9-11 bulan, bayi lebih aktif dan mula BIJAK menolak pelbagai jenis makanan dan lebih memilih. Justeru itu, anda perlu BIJAK dalam menyediakan makanan buat bayi pada usia ini.

Antara cara yang boleh ibu bapa cuba bagi memastikan bayi usia 9-11 bulan mencuba makanan baru adalah dengan:-

  • ELAKKAN penambahan makanan proses food dalam penyediaan bayi

Contoh penyediaan makanan yang ada penambahan proses food adalah seperti sosej, bebola ikan dll. Dengan wujudnya penambahan proses seperti ini akan menyebabkan peningkatan bahan perisa seperti garam.

TAHUKAH ANDA!!!

Makanan proses adalah salah satu jenis makanan yang TINGGI kandungan garam. Justeru itu, ELAKKAN pengambilan makanan yang terproses ini TIDAK kira bayi atau dewasa.

Selain daripada mengelakkan penambahan makanan yang terproses, ibu bapa juga WAJIB MENGELAKKAN pemberian makanan yang manis seperti makanan bayi yang ada di pasaran sekarang.

PERHATIAN!!!

Ibu bapa perlu BIJAK memilih atau membaca Fakta Nutrisi di bahagian makanan. Sekiranya anda bijak memilih maka anda dapat mengurangkan deria rasa anda cenderung kepada makanan yang manis atau masin.

  • PASTIKAN cara penyediaan makanan adalah menarik
Baca Juga :   5 Cara Mengelakkan Anak Menjadi Picky Eater

Pada usia 9-11 bulan ini, bayi sudah bijak untuk memilih warna. Justeru itu, ibu perlu PASTIKAN warna penyediaan makanan adalah menarik minat bayi untuk mencuba sesuatu yang baru. Justeru itu, kepelbagaian warna makanan adalah salah satu sumber inspirasi yang penting buat bayi.

  • Lakukan pemilihan makanan yang lembut dahulu BERBANDING makanan yang keras

Pemilihan makanan yang lembut itu bagi memastikan bayi mahu mencuba menu makanan yang baru lagi. Pemilihan makanan ini sangat penting bagi mengelakkan bayi daripada berasa kurang selesa semasa mencuba makanan baru.

Menu makanan bagi bayi 9-11 bulan :- 

Menu seharian bagi bayi

Kredit Gambar : Pusat Maklumat Pemakanan Johor

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dalam menyediakan makanan bayi anda. Anak adalah anugerah yang terindah maka anda perlu bijak dalam memperindahkan anugerah yang ALLAH SWT berikan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh