Durian menjadi kegemaran orang ramai kerana pelbagai faktor. Antara faktor penyebab mengapa durian menjadi kegemaraan orang ramai adalah disebabkan oleh:-
- Kelainan rasa durian yang hanya ada pada durian sahaja
- Durian yang hadir secara bermusim menyebabkan harganya boleh melambung tinggi seumpan “1 gram emas sebiji”.
- Kepelbagaian keluarga durian yang ada di Malaysia antaranya:-
- Durian IOI
- Durian D24
- Durian Musang King
- Durian Kawin
- Durian Kampung
- Durian Kunyit
Disebabkan oleh kepelbagaian jenis keluarga durian, durian menjadi kegemaran orang ramai serta mahal harganya. Justeru itu, bagi pengemar durian anda WAJIB menahan sedikit nafsu kegemaraan anda terhadap durian agar anda mampu berjimat sedikit TERUTAMANYA pada musim pandemik ini.
Mengapa Durian Menjadi Kegemaran Orang Ramai
Bau aroma durian yang hanya ada pada durian sahaja
Kredit Gambar Nutritionist KKM
Aroma bau durian ini yang menyebabkan mereka yang mengemari durian akan tertarik untuk membeli buah tersebut apabila tiba masanya. Justeru itu, tidak hairanlah durian ini mampu menjhadi daya tarikkan utama di Malaysia. Durian juga dikenali sebagai raja durian pada masa kini.
TAHUKAH ANDA!!!
3 Ulas Durian (54g) mempunyai nilai kalori (tenaga) sebanyak ≈ 85kcal dan nilai karbohidrat sebanyak 15g. Lemak yang terkandung di dalam durian adalah sebanyak 1.8g lemak
(Rujukan: Atlas Makanan : Saiz Pertukaran & Porsi Edisi Ketiga)
Setiap buah akan mengandungi gula di dalamnya. Walau bagaimana sekalipun, setiap kuantiti gula adalah berbeza mengikut kuantiti sesetengah buah tersebut. Justeru itu, AMAT PENTING untuk mengawal kuantiti pengambilan buah TERUATAMANYA buah durian.
Manakala bagi mereka yang GEMAR untuk makan durian, anda boleh mengikuti tip ini agar anda BOLEH mengawal pengambil durian dalam sehari. Justeru itu, bagi pengemar durian mari ikuti tips ini bagi MENGELAKKAN anda mengambil durian dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
Antara tip yang boleh anda ikuti adalah:-
Kredit Gambar : Nutritionist KKM
a) ELAKKAN ambil durian semasa perut kosong
Pengambilan durian semasa perut kosong akan menyebabkan kebarangkalian anda untuk mengambil dlaam kuantiti yang banyak adalah tinggi. Justeru itu, bagi MENGELAKKAN perkara ini berlaku anda WAJIB ELAKKAN mengambil durian semasa perut kosong.
b) Ambil selepas makan hidangan utama
Sekiranya anda mampu mengelakkan diri daripada meengambil durian semasa perut kosong, maka bila masa yang sesuai untuk anda menagmbil durian?
Masa yang paling sesuai untuk anda makan durian adalah selepas anda mengambil makanan utama. Pengambilan durian ini sama seperti anda mengambil buah-buahan yang tidak bermusim. Anda perlu mengambil buah-buahan selepas mengambil hidangan makanan utama dan WAJIB MENGAWAL kuantiti atau porsi pengambil buah tersebut. Ianya bagi MENGALAKKAN diri daripada mengambil buah tersebut secara berlebihan.
c) Ambil bersama air kosong BUKAN minuman bergula atau bergas dan ambil secara sederhana 3 ulas/ hidangan
Amatlah DINASIHATI untuk mengambil durian bersama-sama air kosong BUKAN bersama minuman yang bergula atau bergas. Hal ini disebabkan, durian itu sendrii sudah mengandungi gula sekiranya ditambah dengan kandungan gula pada minuman maka ianya akan menaikkan paras gula dalam darah secara serta merta.
PERINGATAN!!!
Kepada pesakit Kencing MANIS (DIABETES) anda DISARANKAN untuk mengawal nafsu anda untuk mengambil atau makan durian dalam kuantiti yang berlebihan dalam sehari. DISARANKAN mengambil durian 3 ulas sehari (BAGI ULAS yang kecil) dan 1 ulas bagi ulas durian yang tebal.
Tips pengambilan durian bagi pesakit Kenicng Manis (Diabetes)
1) Ambil 1 – 3 ulas sahaja dalam satu masa
2) Selepas 2 jam, uji paras gula dalam darah anda.
- Sekiranya ianya menaik secara mendadak maka anda sendrii tahu apa tindakkan yang perlu anda lakukan.
- Sekiranya paras gula TIDAK MELEBIHI 8mmol/LL maka kadar kuantiti itu boleh diterima oleh tubuh badan anda TETAPI anda perlu sentiasa memantau paras gula dalam darah anda seharian
d) Minum air kosong lebih banyak dalam sehari sekiranya mengambil durian
Tips ini BUKAN untuk menggalakkan pesakit kencing manis untuk mengambil duria, tetapi lebih kepada memberi sedikit kelonggaran kepada pesakit untuk merasai nikamt durian itu. Walau bagaimanapun, anda perlu bertanya pakar untuk keterangan yang lebih lanjut lagi.
“Saranan setiap pakar adalah berbeza-beza maka anda perlu mendapatkan saranan daripada pakar anda”
e) Hadkan menu hidangan yang tinggi gula dan santan seperti :-
-
- Cendol
- Bubur
- Dodol Durian
- Ice Cream Durian
- Pulut Durian
Kita perlu menghadkan pengambilan campuran ini bagi MENGELAKKAN daripada pengambilan gula secara berlebihan dalam satu masa. Justeru itu, DISARANKAN untuk mengawal pengambilan campuran ini di dalam satu masa.
Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini mampu membantu orang ramai untuk mengawal pengambil durian dalam sehari. Walaupun ianya merupakan raja buah tetapi anda perlu mengawalnya bagi menjaga kesihatan tubuh badan anda.