Stres ialah tindak balas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Stres merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kebimbangan, kerisauan, kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri. Stress perlu ditangani dengan bijak.
Adakah anda sedang dibelenggu dengan stress? Kadang-kala kita sendiri tidak menyedari bahawa kita sedang mengalami tahap stress yang tinggi. Jika anda rasa perlu tahu tentang tahap stress anda, boleh menduduki Ujian Minda Sihat di hospital atau dengan kaunselor.
Stres perlu ditangani dengan bijak supaya individu sentiada sihat fizikal dan mental dan seimbang psikologinya. kesan sangat buruk akan berlaku sekiranya individu tidak menyedari tahap stress yang dialami, bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap orang sekeliling turut menerima kesan yang tidak terjangkau dengan pemikiran yang stabil dan sihat.
Punca menyebabkan anda stress :
Diri sendiri
Kecewa dengan diri sendiri yang mana mungkin masalah kewangan, putus cinta dan sebagainya.
Keluarga
Masalah rumahtangga, juga masalah kewangan, masalah anak-anak, gangguan dari keluarga, cemburu.
Pekerjaan
Tidak cemerlang dalam kerja, tidak naik pangkat, dibuang kerja, ditukarkan atau tidak dapat bertukar dan beban kerja yang bertambah.
Komuniti
Bertengkar dengan rakan dan jiran tetangga, salah faham dengan rakan di laman sosia.
Frasarana
Kesesakan lalu lintas yang sangat memenatkan.
Persekitaran yang tidak selesa
Rumah bukan lagi tempat yang terbaik untuk dihuni.
Tragedi
Banyak peristiwa yang membebankan emosi.
Menunggu lama
Kekangan masa yang ada dengan urusan kerja dan urusan peribadi.
Tanda-tanda stres
- Jantung berdengup kencang
- Cepat marah
- Rasa tidak gembira
- Hilang selera makan
- Hilang minat terhadap kerja
- Tidak cukup tidur
- Suka menengking
- Cuba jauhkan diri
Apa yang harus anda lakukan apabila anda STRESS dan MARAH?
- Bertenang……tarik nafas dan lepas perlahan-lahan
- Kenalpasti punca anda marah
- Mendapatkan nasihat orang lain
- Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahan
- Berbincang dengan ahli keluarga atau rakan
- Membiasakan diri memaafkan dan menerima bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Amalkan 10B
– Bertenang
– Bernafas dengan dalam
– Berkata : Relakslah…..
– Beribadat
– Bercakap dengan seseorang
– Berurut
– Berehat dan mendengar muzik
– Beriadah
– Bersenam
Berfikiran positif