Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Pesakit GERD

Justeru itu, terdapat jenis makanan yang perlu DIELAKKAN bagi pesakit GERD ini agar masalah ini tidak berulang. Sekiranya masalah ini berulang maka ianya akan menggangu kehidupan seharian seseorang itu.

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) berlaku apabila terdapat aliran balik asid dari perut ke dalam esofagus. Ianya boleh menyebabkan komplikasi atau gejala seperti pedih ulu hati.Salah satu sebab GERD ini berlaku adalah disebabkan oleh lower esophageal sphincter (LES) lemah atau rosak. Pada kebiasaannya, LES ini ditutup untuk mengelakkan makanan di dalam perut bergerak naik ke esofagus tetapi sekiranya anda mempunyai masalah GERD, LES ini akan lemah dan menyebabkan makanan di dalam perlu boleh berpatah balik ke esofagus. Ianya akan menyebabkan asid reflux dan pedih ulu hati berlaku.

GERD

GERD



TAHUKAH ANDA!!!
Makanan yang anda makan mempengaruhi jumlah asid yang dihasilkan oleh perut anda. Memilih jenis makanan yang betul adalah kunci untuk mengawal refluks asid atau penyakit gastroesophageal reflux (GERD) dari berlaku.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Pesakit GERD

Pesakit yang mengalami masalah GERD ini WAJIB ketahui beberapa jenis makanan yang perlu mereka ELAKKAN agar masalah GERD ini tidak menjadi semakin teruk. Antara makanan yang perlu dielakkan bagi pesakit GERD ini adalah:-

1) Makanan tinggi lemak

Makanan yang digoreng dan berlemak boleh menyebabkan LES lemah. Justeru itu, ianya akan menyebabkan lebih banyak asid perut masuk ke dalam esofagus dan berlakunaya reflux atau GERD. Pada masa yang sama, makanan ini juga akan melambatkan pengosongan perut.

“Pengambilan makanan yang tinggi lemak menjadikan anda lebih berisiko untuk mengalami gejala reflux, jadi anda perlu MENGURANGKAN jumlah pengambilan lemak harian agar anda dapat mengurangkan masalah reflux.

Contoh makanan yang mempunyai kandungan lemak tinggi:-

Kentang goreng dan cincin bawang (makanan segera)


Produk tenusu penuh lemak, seperti mentega, susu keseluruhan, keju biasa, dan krim masam


​Potongan daging lembu, atau daging lembu yang digoreng
​Sos krim, gravies, dan pembalut salad berkrim
​Makanan berminyak dan berminyak



2) Tomato dan buah citrus

Buah-buahan dan sayur-sayuran amat penting dalam diet yang sihat. Tetapi buah-buahan tertentu boleh menyebabkan atau memburukkan lagi gejala GERD bagi mereka yang mempunyai masalah tersebut terutama buah-buahan yang sangat berasid tinggi. Sekiranya anda kerap mengalami asid reflux, anda WAJIB mengurangkan atau menghilangkan pengambilan makanan berikut:

​Buah oren
​Nenas
​Tomato


​Sos tomato atau makanan yang menggunakannya, seperti pizza dan cili

***Dalam Erti kata yang mudah semua jenis makanan yang tinggi asid KURANGKAN atau ELAKKAN***

3) Coklat

Coklat mengandungi ramuan yang disebut metilxanthine. Ianya telah terbukti dapat mengendurkan/ melemahkan otot di LES dan meningkatkan refluks bagi mereka yang mengalami masalah asid reflux.

4) Bawang putih, bawang, dan makanan pedas

Makanan pedas dan tajam, seperti bawang dan bawang putih, mencetuskan gejala pedih ulu hati. Makanan ini TIDAK akan mencetuskan refluks bagi semua orang. Tetapi di dalam setiap hidangan pasti akan mengandungi bawang putih dan bawang. Justeru itu, anda perlu sentiasa alert akan jenis makanan yang diambil kerana ditakuti makanan tersebut akan menyebabkan reflux yang tidak diketahui.

“Setiap orang mempunyai punca masalah reflux yang berbeza, justeru itu ketahui masalah reflux yang sebenar-benarnya”

Seterusnya, ELAKKAN mengambil makanan yang pedas kerana makanan ini akan menyebabkan anda kerap mengalami masalah asid reflux. Hal ini disebabkan pengambilan makanan yang pedas akan meningkatkan kelemahan pada otot LES dan meningkatkan kadar risiko asid reflux.

“KURANGKAN atau ELAKKAN makanan yang pedas dalam hidangan seharian kita”

5) Pudina (mint)

Produk yang berasaskan pudina ini sangat menyegarkan tetapi ramai yang tidak ketahui bahawa produk yang berasaskan pudina ini akan merangsang atau bakal mencetuskan gejala asid reflux yang sangat tinggi. Justeru itu, bagi mereka yang mengalami masalah GERD/ asid reflux yang tinggi TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil makanan yang berasaskan pudina walaupun gula-gula.

Setiap makanan mempunyai kebaikan yang tersendiri tetapi sekiranya anda mempunyai masalah anda perlu bijak dalam memilih jenis makanan yang anda ambil. Sesungguhnya tubuh kita memerlukan sesuatu makana yang baik bagi mengelakkan kesihatan tubuh badan kerana tubuh ini tiada gantinya.

***Buatlah suatu pilihan yang bijak agar anda mampu menjalani kehidupan seharian dengan mudah***

Rujukan:-
1) https://www.healthline.com/health/gerd/diet-nutrition#foods-to-avoid
2) http://www.myhealth.gov.my/pedih-ulu-hati-2/
3) http://www.myhealth.gov.my/refluks-asid-dan-mulut-saya/

Baca Juga :   6 Kriteria Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh