Pemakanan semasa hamil sangat mempengaruhi perkembangan janin dan menjamin kelahiran bayi yang cerdas jasmani, kesihatan dan intelektualnya. Di sini kita kongsi lima pemakananan terbaik semasa hamil buat ibu-ibu yang terbaik.
Susu Kambing
Susu kambing ini mengadungi kalsium yang sangat tinggi. Ibu mengadung disarankan untuk meminum susu kambing ini untuk membekalkan kalsium buat badan juga kepada bayi. Ia juga mampu mengelakkan simptom kekejangan kaki buat ibu mengandung. Buat ibu yang pastinya mahukan kulit bayi anda yang cantik , bersih mulus, susu kambing ini juga mampu membantu menghasilkan kulit bayi anda seperti yang anda inginkan serta mampu mencegah daripada berhadapan risiko masalah penyakit kulit.
Buah Delima
Buah delima merupakan buah terkandung asid folik yang tinggi yang dapat melindungi otak bayi serta mampu mencegah kecacatan tiub saraf yang boleh menyebabkan kesumbingan pada bayi. Selain itu, Jus delima mampu mencegah serangan jantung dan strok serta dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah ibu mengandung. Paling utama, buah delima ini merupakan sumber nutrisi buat badan. Ianya mengandungi folat, kalium, serat, vitamin A dan E yang amat diperlukan buat ibu mengandung.
Kekacang
Kekacang diperkaya dengan sumber vitamin A dan E, juga terkandung mineral seperti fosfor, kalium, selenium juga tembaga dalam pengembangan janin yang dikandung. Ia merupakan menu yang perlu ibu mengandung ambil kerana kekacang ini merupakan sumber protein dan folat yang baik.
Madu
Madu mengandungi kandungan yang kaya dengan gizi dan kandungan mineral juga merupakan salah sumber tenaga serta ketahanan diri kepada ibu hamil. Madu juga dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, batuk, asma dan membantu mengurangkan rasa mual ketika diawal proses kehamilan.
Kurma
Manfaat buah kurma ini kaya dengan zat besi dan vitamin B kompleks yang berperanan dalam pembentukan sel darah merah. Ia juga dapat membantu dalam melancarkan pembuangan air besar mahupun masalah sembelit buat ibu mengandung yang mungkin bermasalah juga berasa khuatir sekiranya mengalami masalah sembelit.