Langkah Persediaan Menghadapi Banjir

Musim tengkujuh sudah bermula, jadi langkah persediaan menghadapi banjir perlu diketahui. Kini kawasan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sedang menghadapi banjir. Justeru itu, terdapat beberapa langkah persedian menghadapi banjir yang perlu kita ketahui. Ianya bagi membantu mangsa yang baru sahaja menghadapi banjir lakukan persediaan ini.

Dan kini, banjir sudah menjadi satu perkara yang biasa dilalui oleh rakyat Malaysia. Tetapi adakah anda sudah mengambil langkah persediaan menghadapi, sebelum dan selepas banjir walaupun anda sudah biasa?

Langkah Persediaan menghadapi banjir

Kredit gambar daripada astro awani
***Banjir suatu perkara yang biasa TETAPI bersediakah anda menghadapi banjir di normal baharu ini?***

Justeru itu, mangsa yang berada di kawasan yang selalu banjir perlu bijak dalam mengatur langkah keselamatan pada peringkat persediaan. Mereka perlu memastikan bahawa sumber-sumber yang diperlukan ada sewaktu yang diperlukan.

Langkah Persediaan Menghadapi Banjir

Berikut adalah langkah persediaan menghadapi banjir yang disediakan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Ianya merupakan persiapan bagi menghadapi banjir dan apa yang perlu dilakukan ketika banjir dan apakah tindakan yang perlu diambil selepas banjir berlaku di sekitar kawasan anda:

1) Ketika berada di rumah sebelum banjir

  • Mangsa perlu sentiasa update maklumat berkenaan dengan banjir TERUTAMANYA jika kawasan tempat tinggal merupakan salah satu kawasan yang sering berlaku banjir
  • ​Kenalpasti sistem amaran banjir serta dengar HEBAHAN SEMASA yang disampaikan melalui radio, televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
  • ​Periksa lubang air (longkang atau saluran najis) bagi mengelakkan banjir semakin teruk.
  • ​Bersihkan halangan dan pastikan halangan tertutup rapat agar air banjir tidak masuk menerusi laluan tersebut
  • ​Kenalpasti Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di kawasan tempat tinggal anda.
  • ​Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya

Ianya bagi kawasan yang bukan kawasan banjir TETAPI merupakan kawasan yang bakal sukar mendapatkan sumber makanan ketika banjir

  • Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

Ajari ahli keluarga TERUTAMANYA kanak-kanak berkenaan langkah persediaan menghadapi banjir.

2) Semasa Banjir

a) Ketika mendapat tanda-tanda awal banjir

  • Penduduk perlu sentiasa alert akan pengumuman banjir melalui radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
  • ​Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat

Sekiranya rumah dua tingkat maka alihkan dahulu perabut ke tingkat atas bahagian rumah, tetapi sekiranya rumah teres setingkat letakkan segala dokumen penting ditempat yang selamat dan tinggi

  • Simpan barang keperluan (ubat-ubatan / dokument penting) di satu tempat yang mudah diambil atau dicapai ketika banjir sedang melanda
  • ​Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.

Ianya bagi mengelakkan daripada berlakunya letupan atau sebarang kebakaran.

  • Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah ke kawasan yang selamat.

b) Semasa pemindahan

PERINGATAN!!!
Apabila menerima arahan berpindah ke tempat selamat, segeralah berpindah agar anda berada di tempat yang selamat. Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.

“Bawa barangan yang perlu sahaja ketika berpindah bagi mengelakkan daripada pihak yang memberi bantuan sukar membawa mangsa”

c) Sekiranya berada di dalam kenderaan

INFO SELAMAT!!!
Jangan terus mengharungi kawasan banjir sekiranya anda bertempuh banjir, berpatah balik ke tempat yang selamat agar nyawa anda terselamat dari bahaya
​Jika kenderaan anda terhenti atau rosak kerana banjir, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat

d) Ketika berada di dalam rumah

  • Ikuti setiap pengumuman yang disampaikan menerusi radio, televisyen atau pihak tertentu bagi mendapatkan update berkenaan banjir yang terkini
  • ​Bersedia dengan peralatan kecemasan sekiranya kawasan anda merupakan zon merah ketika banjir melanda
  • ​Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan JANGAN MELAWAN ATAU BERDEGIL

e) Ketika berada di luar rumah

  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
  • ​ELAKKAN dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan diri.
  • ​Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.

“Penggunaan sampan selamat TETAPI sekiranya arus banjir deras ditakuti sampan yang digunakan akan hanyut mengikut arus deras dan akan membahayakan si pengguna”

  • ELAKKAN bersentuhan dengan mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.

***Ianya bagi mengelakkan diri daripada terkena renjatan elektrik***
  • Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
  • ​JANGAN minum air banjir.

3) Selepas Banjir

  • Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, JANGAN kembali ke rumah SEBELUM DIBENARKAN atau SEBELUM KEADAAN BENAR-BENAR SELAMAT.
  • ​Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa) kerana itu amalan mulia.
  • ​Periksa rumah anda selepas banjir surut. Perkara pertama lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan di rumah kerana ianya mungkin tidak selamat untuk didiami.
  • ​Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tidak terduga dan tersembunyi.

√ Pakai kasut

√ Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap

√ Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya

√ Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda

√ Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor

√ Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air

√ Periksa peralatan elektrik yang tenggelam

√ Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya)

√ Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi

***Pilihan ditingan anda, anda ikut langkah keselamatan maka anda akan selamat dari bencana bahaya***

Mudah untuk kita menjaga keselamatan diri sekiranya kita ikut segala nasihat yang diberikan oleh mereka yang lebih arif akan permasalahan ini. Sukar untuk menjaga keselamatan jika kita ingkar akan segala nasihat yang diberikan.

Rujukan:-
1) https://www.civildefence.gov.my/blog/berita-semasa/tips-persediaan-sebelum-banjir/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh