Khasiat dan Kegunaan Bunga Kantan

Khasiat dan kegunaan bunga kantan

Bunga kantan biasa kita dengari kerana ianya banyak digunakan di dalam masakan, tetapi tahukah anda khasiat bunga kantan yang sebenarnya. Justeru itu, jangan hanya mengguna sahaja bunga kantan sebagai bahan untuk memasak tetapi ketahui juga khasiat bunga kantan secara keseluruhannya.

Khasiat dan kegunaan Bunga Kantan

Khasiat Bunga Kantan yang masih ramai tidak ketahui. Antara khasiat bunga kantan adalah:-

1) Antioksidan

Daun bunga kantan mempunyai kandungan antikosidant yang tinggi.

“Fungsi antioksidan adalah menjadi penapis bagi radikal bebas”

INFO!!!

Jika dibiarkan radikal bebas ini berada terlalu lama di dalam tubuh ianya boleh merosakkan sel-sel dalam tubuh badan yang sihat. Justeru itu, dengan adanya antioksidant ini, ianya boleh menjadi penapis radikal bebas dan dapat mengelakkan diri daripada mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas ini.

***Radikal bebas TIDAK boleh terlihat dengan mata kasar TETAPI kesan radikal bebas ini sangat banyak***

2) Anti-hyperglycemic

Menerusi kajian (ethanol extract daripada pokok bunga kantan), dengan menghalang enzim α-glucosidase atau α-amylase, ia akan melambatkan penyerapan karbohidrat dan mengurangkan penyerapan gula selepas makan bunga kantan dan akhirnya mengurangkan pengambilan glukosa darah. Pokok bunga kantan (ethanol extract : 25 μg mL-1) menunjukkan perencatan yang kuat terhadap α-glucosidase dan α-amylase berbanding acarbose.

PERINGATAN!!!
Penurunan kadar gula dalam darah memerlukan penggunaan cara yang betul dan perlu bertanya kepada mereka yang lebih arif berkenaan dengan penggunannya. Rujuk doktor untuk penggunaan tradisional ini.

Kegunaan bunga kantan atau pokok bunga kantan:-

Kegunaan Bunga Kantan yang masih ramai tidak ketahui. Antara kegunaan bunga kantan adalah:-

1) Sesuai untuk dijadikan bahan utama dalam masakan (herb dalam makanan)

Bunga kantan (bahagian yang berwarna pink) boleh dijadikan bahan utama dalam masakan seperti :-

  • Laksa
  • Salad (kerabu)
  • ​Menjadi campuran dalam nasi goreng kerabu dan sebagainya.

Dengan kehadiran bunga kantan ini, dapat membantu menaikan aroma yang sangat harum dalam masakan dan serta mampu menaikkan lagi keenakan sesuatu makanan. Pada masa yang sama, bunga kantan ini juga mampu meningkatkkan selera makan seseorang yang hilang selera makan.

2) Membantu menghilangkan bau badan

Khasiat dan kegunaan bunga kantan

Batang bunga kantan ini mempunyai bau yang sangat harum. Justeru itu, batang bunga ini boleh dijadikan sebagai wangian semula jadi untuk merawat bau badan TERUTAMANYA bagi wanita yang baru bersalin.

Cara penggunaannya adalah:- 

1) Ambil bahagian batang bunga kantan dan tumbuk bunga kantan sehingga lumat.

2) Rebus daun yang sudah ditumbuk dan air rebusan itu boleh digunakan untuk menjadi air mandian. 

PERINGATAN!!!

Jangan mandi air rebusan tersebut pada waktu air tersebut panas ditakuti ianya boleh menyebabkan lecuran ada bahagian kulit. 

3) Boleh membantu dalam merawat luka

Daun bunga kantan ini mempunyai ciri-ciri anti-mikrob. Ia sangat baik untuk merawat luka supaya luka tiada kuman dan dapat membantu dalam mempercepatkkan penyembuhan. Ianya lebih baik berbanding dengan menggunakan ubat yang berasakan bahan kimia kerana ianya lebih semula jadi. 

“Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis anda DINASIHATI agar berjumpa doktor sekiranya mempunyai luka kerana rawatan pesakit kencing manis tidak sama dengan rawatan pesakit yang tiada kencing manis”

Cara-cara merawat luka menggunakan daun bunga kantan:-

  • Rebus daun bunga kantan sehingga mendidih
  • Air rebusan yang masih suam dilumurkan di kawasan atau bahagian luka.

PERINGATAN

Sekiranya luka masih tidak pulih pergilah berjumpa dengan doktor kerana ditakuti rawatan tradisional ini TIDAK BERKESAN

Cara penyimpanan Bunga Kantan

Setelah ketahui khasiat dan kegunaan bunga kantan. Anda juga perlu ketahui cara menyimpan bunga kantan agar ianya tetap segar untuk digunakan.

Cara penyimpanan bunga kantan ini sama seperti bunga-bunga yang lain, sama ada simpan ia di dalam peti sejuk atau letakan bunga ini di dalam pasu yang berisi air.

Cara penyimpanan di dalam peti sejuk bagi tahan lebih lama:-

1) Beli bunga kantan yang segar
2) Masukkan bunga kantan yang segar kedalam plastik ice cream
3) Masukkan air ke dalam beg plastik yang berisi bunga kantan (pastikan air menutup bunga kantan)
4) Simpul kemas-kemas
5) Bekukan di dalam peti sejuk
6) Boleh disimpan lama sekiranya menggunakan cara sejuk beku ini.

Kekurangan sejuk beku bunga kantan:-

  • Bunga kantan ini tidak sesegar bunga kantan yang baru sahaja dibeli. Disebabkan oleh itu, bunga kantan yang disimpan di dalam sejuk beku tidak sesuai untuk dibuat kerabu salad kerana kualiti bunga kantan tidak seperti yang segar. Tetapi ianya boleh digunakan dalam pembuatan laksa dan selain daripada kerabu kerana pembuatan kerabu memerlukan bahan yang segar.

Sesungguhnya sebagai pengguna kita perlu ketahui cara penyimpanan sesuatu makanan dengan betul agar segala khasiat didalamnya mampu kita perolehi. Dengan itu kita akan mendapatkan khasiat dan kegunaan bunga kantan dengan betul. 

***Kesihatan tubuh badan adalah datang daripada apa yang kita makan***

Jangan perlu lupa setiap satu jenis makanan pasti ada khasiat dan kegunaannya. Sama juga dengan bunga kantan, ianya mempunyai khasiat dan kegunaan bunga kantan. Manfaatkan khasiat dan kegunaan bunga kantan sebaiknya.

Rujukkan:-
1) https://www.google.com/amp/s/scialert.net/fulltext/amp.php%3fdoi=pjbs.2018.151.165
2) https://www.amdi.usm.my/kantan-plantdatabase
3) http://portal.myagro.moa.gov.my/ms/doa/spcs/Pages/Torch-Ginger-Flower.aspx

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh