Kesan amalan panic buying semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diistihakan oleh pihak kerajaan. PKP ini diistiharkan BUKAN untuk meminta rakyat melakukan panic buying tetapi untuk memastikan rakyat kekal duduk di rumah bagi memutuskan rantaian COVID -19. Tetapi, apa yang tergambar bukan seperti yang di impikan oleh pihak kerajaan, ianya adalah sebaliknya. Justeru itu, anda perlu ketahui mengapa amalan panic buying ini TIDAK bagus.
Panic buying bermaksud anda akan membeli sesuatu stock makanan hari secara berlebihan. Pembelian secara panic ini mampu menyebabkan seseorang itu TIDAK mempunyai kestabilan kewangan kerana aliran penggunaan wang secara berlebihan. Justeru itu, ELAKKAN amalan panic buying ini apabila pihak kerajaan mengistiharkan PKP.
Kesan Amalan Panic Buying semasa PKP Diistiharkan
Pihak kerajaan sangat TIDAK MENGGALAKAN amalan panic buying semasa PKP diistiharkan. Hal ini disebabkan terlalu banyak kesan amalan panic ini dalam jangka masa yang panjang. Antara kesan amalan panic buying semasa PKP diistiharkan adalah seperti:-
1) Berlakunya pembaziran
Dalam keterujaan rakyat membeli makanan untuk dijadikan stock di dalam rumah, masih ramai yang TIDAK PERASAN amalan pembelian seperti ini akan menyebabkan seseorang itu membazir. Sebagai contoh pembaziran yang bakal berlaku adalah seperti:-
- Pembelian makanan yang mempunyai expired yang pendek seperti roti, sayur-sayuran
TAHUKAH ANDA!!!
Penyimpanan sayur-sayuran berdaun yang TIDAK betul akan menyebabkan sayur-sayuran itu cepat rosak. Pada masa yang sama, sayur-sayuran hijau juga perlu dimasak dengan segera (dalam 4-5 hari selepas dibeli) bagi memastikan keadaan sayur tersebut masih segar. Justeru itu, anda WAJIB memastikan jumlah atau kuantiti sayur yang diambil sempat untuk dimasak.
- Membeli makanan yang anda TIDAK kerap menggunakannya
- Membeli makanan secara berlebihan
2) Bekalan makanan keperluan harian dan penjagaan kesihatan tidak mencukupi
Sekiranya amalkan ini sentiasa berterusan, ianya ditakuti akan menyebabkan bekalan makanan keperluan harian dan penjagaan kesihatan tidak mencukupi. Hal ini disebabkan pembelian keperluan harian MELEBIHI keperluan yang sepatunya.
Dan penjagaan kesihatan tidak mencukupi kerana dengan pembelian panic buying ini ditakuti akan menyebabkan penyebaran penyakit ini akan berleluasan dan menyebabkan timbulnya pelbagai kluster yang baharu. Maka akan lumpuhlah sektor kesihatan kita sekiranya perkara ini berterusan.
Justeru itu, ELAKKAN pembelian panic buying ini. Belilah barangan keperluan sahaja selama seminggu. Jangan lakukan pembaziran yang tidak kelihatan dan boleh menyebabkan pembaziran.
***PEMBAZIRAN ITU BUKANLAH SATU AMALAN YANG BAIK MALAHAN IANYA MERUPAKAN AMALAN SYAITAN***
3) Harga runcit pengguna naik secara mendadak atau munasabah
Semasa pembelian secara berlebihan ini akan menyebabkan harga barangan keperluan akan meningkat secara mendadak. Hal ini disebabkan, kehendak melewati keperluan stock yang ada. Justeru itu, harga runcit akan naik secara mendadak atau meningkat secara tidak munasabah. Sekiranya harga runcit barang meningkat maka ianya akan menyebabkan aliran wang tunai pengguna akan berkurangan kerana hendak memiliki barangan keperluan harian yang mahal.
***MAKA ELAKKAN PEMBELIAN SECARA PANIC BUYING BAGI MENGELAKKAN KENAIKAN HARGA BARANG***
Pada masa pembelian secara panic buying ini, pembelian bersyarat oleh peniaga yang tidak beretika akan wujud. Ianya akan menyebabkan kehidupan pembeli yang TIDAK berkemampuan secara berlebihan akan terganggu.
4) Perniaga TIDAK beretika boleh mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan secara berlebihan
Semasa pembelian seperti ini, kebanyakan peniagaan akan mengambil kesempatan kepada pengguna kerana mahu mendapatkan keuntungan secara berlebihan. Justeru itu, setiap pembeli atau pengguna perlu mengamalkan pembelian secara berhemah. Jadilah pembeli yang bijak dalam menguruskan kewangan anda sendiri.
Dalam setiap satu perbuatan yang dilakukan akan menyebabkan kesan yang tidak mudah untuk dilihat. Maka, anda perlu mengamalkan amalan pembelian secara berkhemah BUKAN secara tidak berkhemah. Anda perlu BIJAK dalam membeli barangan keperluan harian.