Ibu

Keperluan Ibu dan Bayi Ketika Berada Di Hospital

Setelah kandungan mencecah 6-7 bulan, ibu yang sedang mengandung pasti sudah membuat checklist serba sedikit berkenaan dengan keperluan ibu dan bayi ketika berada di hospital. Bukan apa, ianya bagi memudahkan kaum adam (bapa) ambil sahaja barang yang sudah tersedia untuk dibawa ke hospital.

Justeru itu, penyediaan keperluan ibu dan bayi ketika berada di hospital pada usia kandungan sudah mencecah 6-7 bulan adalah penting. Sediakan checklist barangan yang perlu di beli untuk bayi agar ianya memudahkan urusan sebelum bersalin.

Keperluan Ibu dan Bayi Ketika Berada Di Hospital

PERINGATAN!!!
Beli barang yang perlu sahaja agar wang boleh digunakan ke arah yang lebih penting dan tidak berlakunya pembaziran.

Buat ibu yang tidak mempunyai pengalaman bersalin, penulisan kali ini amat membantu anda dalam membuat checklist apa yang WAJIB ada di dalam beg wanita yang dibawa ke Hospital sekiranya bersalin. Buat pengetahuan amat penting untuk anda menyiapkan barangan yang perlu dibawa ke hospital supaya tidak mengalami ‘panic attack’ buat kaum adam dan juga kita sebagai wanita yang hendak bersalin.

 

Hal ini disebabkan kita tidak ketahui waktu yang tepat bila kita akan melahirkan. Justeru itu, persiapan yang sempurna perlu dilakukan.

***Persiapan itu penting bagi mengelakkan kaum adam menjerit apa yang perlu ada di dalam beg untuk dibawa ke hospital***

Keperluan Ibu dan Bayi Ketika Berada Di Hospital 

Disini kami akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan keperluan ibu dan bayi ketika berada di hospital. 

Antara keperluan bayi ketika berada di hospital adalah:-

Barang UTAMA dalam beg yang bakal dibawa ketika ibu hendak bersalin adalah barangan bayi.

Apa barang bayi yang WAJIB ada ketika berada di hospital adalah :-

Baca Juga :   6 Langkah Bijak Kurangkan Gula

a) Baju bayi

Sekiranya boleh gunakan baju bayi yang berlengan panjang tapi berlubang-lubang

b) Pampers

Bawa pampers extra kerana kita tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku kepada bayi TERUTAMANYA pada musim pandemik ini sukar bapa hendak keluar masuk melihat bayi. Justeru itu, DISARANKAN untuk membawa pampers extra.

PERINGATAN!!!
Beli pampers yang tertulis newborn pampers BUKAN beli pampers bayi yang sudah lahir berbulan-bulan lamanya kerana bayi yang baru lahir lebih kecil saiznya berbanding bayi yang sudah berbulan-bulan lahir. Peringatan ini berlaku kerana bagi memberi peringatan kepada ibu bapa supaya alert dengan tulisan di pampers tersebut.

c) Tisu basah

Ianya bagi memudahkan ibu membersihkan najis bayi. Selain itu, bagi mengurangkan pergerakan ibu kerana pergerakan yang terlalu banyak ditakuti akan berlakunya pendarahan.

***Pencegahan lebih baik daripada merawat***

d) Selimut bayi

Selepas bayi dibersihkan, selimut kecil ini akan membaluti bayi bagi menggantikan kain hijau hospital

e) Towel bayi

f) Topi bayi, mitten & boities

 

Keperluan ibu dan bayi ketika berada di hospital amat penting. BUKAN barangan WAJIB ada hanya sekadar barang tambah sahaja.

Barangan bayi ini lagi mudah diambil sekiranya ibu sudah packing barangan bayi satu plastik mengikut keperluan seharian. Cadangan ini bagi memudahkan ibu tidak tercari-cari barangan bagi di dalam beg dan mengelakkan ibu gelabah tanpa sebab.

Keperluan bayi ketika berada di dalam bilik bersalin adalah:-

  • Baju bayi
  • Pampers
  • Tuala kecil

Antara keperluan ibu ketika berada di hospital adalah:-

a) Kad rawatan bulanan (Buku Pink)

Keperluan Ibu dan Bayi Ketika Berada Di Hospital


Buku pink ini penting bagi pihak hospital ketahui profile kesihatan dan masalah kesihatan ibu mengandung. Dari buku ini pihak hospital boleh screen siapa yang berisiko tinggi semasa mengandung dll. Justeru itu, buku pink ini sangat penting untuk ibu mengandung membawa buku ini kemana sahaja mereka berada.

Baca Juga :   Jadual Pemakanan Yang Sihat: Membantu Anda Bebas Penyakit

b) Pakaian ketika berada di hospital

Sediakan beberapa helai baju ibu ketika berada di hospital. Walaupun baju pesakit sudah tersedia tetapi penyediaan beberapa helai pakaian ibu perlu disediakan bagi memudahkan mereka menukar pakaian sebelum pulang ke rumah tanpa perlu menunggu suami membawakan baju.

c) Nursing bra + nursing pad

Nursing bra ini bagi memudahkan si ibu memberikan bayi susu ketika berada di hospital. Nursing bra ini membantu ibu menyusukan bayi tanpa perlu menyelak baju terlalu tinggi nanti ianya akan memalukan ibu dan doktor yang ada disitu TERUTAMANYA doktor lelaki. Manakala nursing pad pula penting bagi ibu menggunakan selepas menyusukan bayi.

d) Maternity panty

e) Stokin + Kain Batik

Penggunaan stokin bagi wanita lepas bersalin BUKAN WAJIB tetapi lebih kepada tradisi. Tetapi pemakaian stokin selepas bersalin sudah menjadi satu KEWAJIPAN atau trend pada masa ini.

FUNGSI STOKIN KETIKA BERPANTANG
Semasa berpantang, tubuh kita sebenarnya dalam proses menyesuaikan diri dengan perubahan hormon dari kehamilan ke kelahiran. Jadi, bagi menyesuaikan suhu badan yang normal, kita perlu elak dari kaki terkena lantai yang sejuk. Bukan kerana ditakuti masuk angin dalam tubuh ibu yang baru bersalin.

Kain batik pula bagi memudahkan pergerakkan ibu yang baru bersalin.

f) Alatan kebersihan diri

Alatan kebersihan diri seperti sabun, berus gigi, ubat gigi, sikat dan tuala mandi perlu berada di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Hal ini disebabkan pihak hospital TIDAK menyediakan barangan keperluan harian kepada para pesakit KECUALI anda bersalin di hospital swasta TETAPI itu semua akan dicharge sebelum pulang.

g) Selipar


Penyediaan selipar bagi memudahkan ibu pergi ke tandas menggunakan selipar. ELAKKAN memberi ibu yang baru bersalin selipar yang tinggi atau licin kerana ianya akan membahayakan ibu untuk pergi ke tandas.

Mudahkan apabila kita sudah punyai checklist barang keperluan ibu dan bayi ketika berada di hospital. Barangan ini perlu ada di dalam beg dan perlu dibawa kemana-mana bagi memudahkan urusan.

Baca Juga :   5 Cara Untuk Meningkatkan Imunisasi Tubuh Badan
***Biasakan yang baru supaya ianya akan menjadi mudah***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh