Kepentingan Pengambilan Vaksin

Kepentingan pengambilan vaksin WAJIB diketahui semua rakyat agar ianya TIDAK MENGELIRUKAN orang ramai. Sekiranya, orang awam sudah ketahui kepentingan pengambilan vaksin maka ianya akan menjadi lebih mudah untuk diikuti dan mencapai komuniti kelompok. 

TAHUKAH ANDA!!!

Bakteria dan virus penyebab sesuatu wabak sukar untuk merebak sekiranya sebahagian besar masyarakat dilindungi dengan vaksin. Inilah yang dinamakan imuniti berkelompok, di mana ia hanya boleh dicapai dengan liputan imunisasi yang tinggi. Imunisasi melindungi individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Kepentingan Pengambilan Vaksin

Kepentingan pengambilan vaksin

Kepentingan pengambilan vaksin sukar untuk difahami oleh orang awam, walau bagaimana sekalipun dengan WUJUDNYA penerangan yang ringkas ianya dapat menambahkan lagi kefahaman kepada orang awam. 

TAHUKAH ANDA!!!

1) Vaksin dihasilkan daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang dimatikan atau dilemahkan atau protein subunit pada virus. 

“Protein submit adalah molekul protein tunggal yang berhimpun dengan molekul protein lain untuk membentuk kompleks protein”

Dengan cara melemahkan virus atau bakteria boleh mengahsilkan vaksin. Walau bagaimana sekalipun, vaksin BUKAN MENGHALANG diri daripada terjangkiti virus tetapi ianya hanya akan menyebabkan seseorang itu TIDAK akan mendapat kesan yang teruk daripada jangkitan penyakit tersebut.

2) Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem imuniti tubuh

3) Vaksin membantu sistem imun mengenal pasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun cukup bersedia diserang kuman sebenar

Setelah tubuh mempunyai vaksin, maka tubuh badan akan melawan sendiri virus di dalam tubuh badan. Dengan itu, ianya akan melahirkan antibodies yang lebih kuat secara sendiri. 

MENGAPA setelah di vaksin, ada yang demam atau mendapat alergy?

Kepentingan pengambilan vaksin

Sekiranya anda demam atau alergy setelah di vaksin, ianya adalah disebabkan oleh tubuh badan sedang membiasakan diri untuk vaksin yang masuk ke dalam tubuh badan.

Baca Juga :   Tanda Anak Ada Fear Loop

Atau dalam erti kata yang mudah, antigen dalam tubuh sedang berkerja keras untuk membiasakan diri dengan vaksin tersebut. Walaubagaimana sekalipun, sekiranya anda tetap DISARANKAN untuk berjumpa doktor sekiranya demam atau alergy. 

INFO TAMBAHAN!!!

Kajian menunjukkan vaksin memerlukan satu hinggi dua minggu untuk memberi tindak balas imun. Justeru itu, sepanjang tempoh tersebut mungkin akan ada yang demam atau alergy TETAPI ianya BUKAN suatu tindak balas yang sama setiap manusia.

Setelah diberi serba sedikit berkenaan dengan kepentingan pengambilan vaksin, maka ianya dapat membantu mereka yang masih keliru untuk mengambil vaksin atau tidak.

Kepentingan pengambilan vaksin

Vaksin BUKAN ubat untuk MENGELAKKAN diri daripada terkena jangkitan virus TETAPI ianya mampu menghalang daripada tubuh daripada mendapat kesan yang TERUK akibat virus. Justeru itu, amatlah DIGALAKKAN untuk kita mengambil vaksin ini dan mencapai Imuniti kelompok. Imuniti Kelompok ini PENTING untuk merancakkan semula ekonomi Negara.

“Tiada Istilah memutuskan rantai tetapi kita perlu belajar untuk hidup bersama dengan virus COVID -19 ini”

Mereka yang sudah terjangkiti boleh mendapatkan vaksin COVID -19. Walau bagaimana sekalipun, mereka akan mendapat vaksin selepas dua atau tiga bulan selepas tarikh mereka dijangkiti. Faktor penyebab, mereka yang sudah dijangkiti perlu mendapatkan vaksin lambat sedikit berbanding mereka yang TIDAK kerana tubuh sudah mampu menghasilkan antibodie untuk virus tersebut dengan sendirinya. Justeru itu, masa mereka untuk mendapatkan vaksin juga lambat sedikit. 

PERINGATAN!!!

Mereka yang sudah divaksin BUKAN TIDAK akan dijangkiti virus COVID -19 tetapi mereka hanya akan mendapatkan kesan jangkitan yang kurang BERBANDING dengan mereka yang TIDAK divaksin.

Setelah dibaca dan di teliti, maka sebagai orang awam kita mampu melihat kepentingan pengambilan vaksin dan kepenting untuk mendapatkan imuniti kelompok itu. Disebabkan oleh itu, sebagai rakyat yang perihatin kita WAJIB mendaftar untuk mendapatkan vaksin. Anda buat anda akan dapat manfaatnya.

Baca Juga :   3 Fakta Gula Yang Ramai Tidak Ketahui

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu membuka mata lebih ramai orang untuk mengambil vaksin ini. Vaksin BUKAN penawar tetapi merupakan salah satu alternatif pencegahan kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh