Ibu

Kemahiran Sosial Dalam Kalangan Anak-anak

Anak adalah anugerah terindah bagi ibu bapa dan mereka juga adalah pengikat kasih sayang antara pasangan. Justeru itu, pasti mereka yang bergelar ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka dalam apa cara sekalipun. Di sebabkan oleh itu, salah satu kemahiran yang penting buat anak adalah kemahiran sosial dalam kalangan anak-anak.

Mengapa kemahiran sosial ini sangat penting dalam tumbesaran anak-anak?

Kemahiran sosial dalam kalangan anak-anak

Kemahiran sosial ini penting dalam kalangan anak-anak kerana dengan adanya kemahiran sosial anak mampu bergaul dan memilih kawan yang baik dalam persahabatan mereka. Kemahiran ini membantu anak menjalinkan hubungan yang lebih baik seperti:-

  • Membina persahabatan
  • Berbual dengan orang ramai
  • Mempunyai budi pekerti yang baik
  • Mempunyai rasa empati terhadap orang lain

Dalam erti kata yang mudah, dengan adanya sifat atau kemahiran sosial ini mampu membantu anak-anak melestarikan kehidupan mereka di sekolah dengan lebih baik. Selain itu, kemahiran sosial ini juga mampu melahirkan anak yang bijak pandai dalam segala aspek BUKAN sahaja dalam pelajaran malahan juga dalam sosial.

Kemahiran Sosial Dalam Kalangan Anak-anak

Kemahiran sosial ini perlu dipupuk sejak kecil lagi agar semasa membesar mereka tidak akan takut akan persekitaran luar yang agak berbeza dengan kehidupan di dalam rumah. Antara kemahiran sosial dalam kalangan anak-anak yang perlu mereka pelajari adalah:-

1) Cara berinteraksi secara positif

Cara berinteraksi secara positif disini bermaksud, selalu berfikiran positif dan terbuka dalam pelbagai masalalah yang dihadapi. Mereka yang sentiasa berfikiran terbuka ini amatlah disukai ramai kerana mudah untuk dibawa berbincang. Justeru itu, dalam mendidik anak bersikap positif kita juga mampu mengajar anak menjadi seorang:-

  • Yang gemar mengambil inisiatif untuk membantu orang lain
  • Mendekati orang lain dengan cara yang boleh diterima
  • Mendapatkan sesuatu kebenaran lebih baik daripada mendesak
  • Belajar untuk mendapat dan mengekalkan persahabatan
  • Boleh berkongsi barang permainan dengan orang lain
Baca Juga :   Pemakanan Bagi Pesakit HIV

 
“Didiklah anak menjadi seorang insan yang memahami dan bersikap positif dalam apa juga keadaan agar segala pemasalah boleh diselesaikan dengan mudah”

2) Bijak dalam pengendalian konflik

Kemahiran sosial dalam kalangan anak-anak

Seterusnya, setelah anak bijak dalam berinteraksi secara positif maka mereka juga pasti akan mudah dalam pengendalian konflik tidak kira konflik dalaman atau luaran. Justeru itu, kemahiran sosial dalam kalangan anak-anak amat penting agar mereka boleh menghadapi apa juga keadaan dengan tenang dan rasional. Bijak dallam pengendalian konflik seperti:-

  • Bijak dalam mengawal emosi
  • Bijak menjauhi situasi yang boleh menimbulkan kemarahan diri
  • Kenal pasti faktor terjadinya konflik
  • Bijak dalam menyelesaikan konflik tanpa melibatkan emosi semata-mata
  • Luahkan masalah secara asertif

“Asertif adalah keupayaan seseorang individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya sama ada positif atau negatif”

Mereka yang asertif ini mampu menzahirkan permasalahnya dalam dua bentuk iaitu secara lisan atau bukan lisan. Walau bagaimana sekalipun, mereka yang asertif akan menyatakan perasaan mereka secara berterus terang dan ianya mudah untuk difahami oleh menerima masej.

3) Bijak dalam mengawal perasaan/ emosi

Kemahiran sosial yang baik adalah melibatkan kefahaman dan dapat mengendalikan perasaan/ emosi sendiri tanpa menguris atau menyusahkan orang lain. Antara bukti menunjukkan anak bijak dalam mengawal perasaan/ emosi termasuklah:-

  • Mengetahui perasaan sendiri dan memahami perasaan orang sekeliling
  • Meluahkan perasaan anda
  • Bijak dalam menguruskan kemarahan diri
  • Bijak mengatasi masalah takut dan malu ketika berhadapan dengan orang ramai atau bersendirian
  • Menghargai diri dan orang sekeliling

Secara keseluruhannya, kemahiran sosial dalam kalangan anak-anak ini bakal terlihat sekiranya ibu bapa itu sendiri bijak dalam mengendalikan atau mendidik anak-anak. Kemahiran sosial ini penting bagi melahirkan anak yang bijak pandai pada masa hadapan.

Sekiranya anak kurang bersosial atau kurang kemahiran sosial maka ditakuti anak membesar menjadi seorang yang:-

  • Pantang dicabar
  • Mudah terpengaruh dengan keadaan sekitar
  • Gemar ikut kawan yang suka melakukan aktiviti negatif
  • Pantang dipuji oleh kawan
  • Gemar mengikuti trend terkini yang negatif
  • Ketagihan perhatian
Baca Juga :   Susu Badan Kurang Atau Sedikit Kerana 5 Sebab Ini

Kemahiran bersosial adalah kemahiran paling asas yang WAJIB ibu bapa ketahui. Hal ini disebabkan kemahiran sosial adalah salah satu cara ibu bapa dapat membantu anak mendengar kata.

Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa mengajar anak bersosial ketika mempunyai masa yang lapang serta perlu bijak mengisi kekongan di hati anak-anak.

Justeru itu, kemahiran sosial di rumah yang boleh ibu bapa laksanakan adalah seperti:-

  • Sering berbual-bual dengan anak
  • Sering meluangkan masa bersama anak-anak
  • Selalu bermain dengan anak
  • Biasakan diri menjawab setiap panggilan anak agar mereka tidak berasa kesunyian
  • Selalu memperbetulkan kesilapan anak-anak sekiranya berlaku didepan mata

Anak adalah acuan ibu bapa, sekiranya ibu bapa bijak dalam membuat acuan tersebut maka akan terlahirlah anak-anak yang bijak. Kemahiran sosial adalah satu kemahiran yang tidak perlu dikejar-kejarkan tetapi ianya lebih kepada inisiatif seorang ayah dan ibu dalam mendidik anak agar bijak dalam melakukan satu pilihan.

*** Hidup ini pilihan maka andalah yang memilih bagaimana hendak berjalan samaada berjalan bengkok atau tegak ***

Rujukan:-
1)http://www.myhealth.gov.my/kemahiran-sosial/
2)http://www.myhealth.gov.my/menyesuaikan-diri-dengan-orang-lain/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh