Banyak kelebihan susu ibu kepada bayi dan ibu. Buat ibu-ibu di luar sana, anda disarankan untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif sehingga bayi anda berusia 6 bulan tanpa diberikan makanan sampingan lain seperti susu formula.
Antara faedah yang dapat saya kongsikan bersama ibu-ibu juga bakal ibu-ibu di sini ialah kelebihan sekiranya anda dapat menyusukan bayi anda dengan susu anda sendiri. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal anda perolehi.
Susu badan diperkaya dengan antibodi juga hormone yang mampu memberi perlindungan kepada bayi anda daripada risiko mendapat penyakit seperti kanser.
Membantu dalam penggecutan rahim anda kerana proses penyusuan badan ini, anda merembeskan sejenis Oksitosin. Hormon ini berperanan membantu anda berada dalam satu perasaan yang tenang juga membantu dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Membantu dalam pengurangan berat badan buat anda. Ini kerana, ketika anda menyusukan bayi anda, badan anda dapat membakar hampir 20 kalori bagi menghasilkan 1 ounces. Jadi, Sekiranya bayi kita minum susu 19-30 ounces sehari, ia dapat membakar sehingga 380-600 kalori.
Mengurangkan risiko daripada mendapat kanserovari juga kanser payudara.
Membekalkan kandungan protein, karbohidrat, lemak juga kalsium kepada bayi anda.
Mengeratkan hubungan di antara anda dan si bayi kerana semasa penyusuan, sentuhan dan rangsangan dari anda dapat dirasai oleh si bayi.
Membantu ibu-ibu untuk berjimat. Dengan menyusukan bayi anda dengan susu badan anda sendiri, dapat mengurangkan kos anda untuk membeli susu debu yang agak tinggi harganya.
Membantu dalam mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Melindungi bayi anda daripada sakit perut, selsema, jangkitan dada telinga kerana susu ibu mengandungi antibodi bagi melawan jangkitan tersebut.
Mengurangkan risiko bayi mendapat masalah eczema teruk yang sering datang kepada bayi juga anak-anak kecil.
Penyusuan badan merupakan pilihan paling tepat buat anda. Jangan merasa ragu untuk menyusuakan bayi anda sendiri. Anda dan juga bayi akan mendapat kesan positif dan kepuasan akan anda miliki apabila melihat bayi anda membesar dalam keadaan sihat.