Kelebihan Amalan Sedekah

Kelebihan amalan sedekah yang masih ramai tidak ketahui dan masih ramai yang takut untuk bersedekah kerana ditakuti harta yang diperolehi akan berkurangan. Walau bagaimana sekalipun, kita fahami dan ketahui kelebihan amalan bersedekah nescaya pasti akan ramai yang suka bersedekah. Justeru itu, ketahuilah dahulu kelebihan amalan sedekah agar kita semua mampu melakukannya. 

***BERSEDEKAH TIDAK AKAN MENYEBABKAN KITA MISKIN MALAHAN IANYA AKAN MEMBUATKAN KITA KAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT***

Sedekah pada bahasa membawa maksud kebenaran atau pemberian ikhlas dari hati yang bersih. Manakala, pada istilah pula menyebut sedekah bermaksud pemberian semata-mata untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dan mencari keredhaan ALLAH SWT.

PERINGATAN KEPADA SEMUA DAN DIRI SENDIRI!!!

JANGAN pernah mengungkitkan pemberian yang diberikan kerana ianya akan menghapuskan semua kebaikan ini dan mengubah infaq itu menjadi racun dan api dalam diri sendiri. Justeru itu, JANGAN pernah mengungkit setiap pemberian yang diberikan.

Apabila anda mengungkit segala sedekah yang anda berikan boleh menyebabkan:-

  • Menghilangkan pahala sedekah
  • Memecah belahkan masyarakat
  • Menimbulkan dendam kesumat antara satu sama lain 

Kelebihan Amalan Sedekah

Kelebihan amalan sedekah

Antara kelebihan amalan sedekah yang masih tidak ketahui atau sudah ketahui tetapi buat-buat tidak tahu adalah seperti:-

  1. Harta tidak akan berkurang
  2. Bukti keimanan kepada ALLAH SWT
  3. Menghapuskan dosa 
  4. Mendapat naungan di hari akhirat
  5. Menjauhkan seseorang dari api neraka
  6. Memperoleh pahala berlipat kali ganda
  7. Masuk syurga melalui pintu sedekah
  8. Selamat dari musibah 
  9. Ubat kepada penyakit hati
  10. Terlindung dari mati dalam keadaan buruk

Banyak lagi kelebihan amalan sedekah, tetapi masih ramai yang takut untuk bersedekah. JANGAN takut untuk bersedekah kerana sesungguhnya bersedekah dengan ikhlas akan membuka pintu rezeki yang lebih luas lagi. Percayalah JANJI ALLAH kerana JANJI ALLAH itu pasti dan ALLAH TIDAK pernah memungkiri janjinya.

Baca Juga :   5 Cara Mengajar Anak Membaca Dengan Berkesan

Cara Untuk Memudahkan Diri Sentiasa Bersedekah

Kelebihan amalan sedekah

Antara cara mudah untuk memudahkan diri sentiasa beredekah atau menginfaq adalah seperti:-

a) Sentiasa mengingatkan diri dalam setiap rezeki atau harta yang diperolehi ada hak orang lain

Sekiranya kita menanamkan sifat dalam setiap rezeki yang diperolehi sebahagian rezeki ada rezeki orang lain. Maka, kita tidak akan takut untuk bersedekah dan tidak akan rasa kehilangan sebahagian daripada harta yang kita perolehi. Hal ini disebabkan, kita tidak akan kehilangan harta tetapi kita akan memperolehi ketenangan dalam diri. 

“Bersedekah TIDAK akan menyebbakan anda miskin”
b) Mengharapkan keredhaan ALLAH SWT

Kelebihan amalan sedekah

TAHUKAH ANDA!!!

Keredhaan ALLAH SWT sangat indah kerana sekiranya ALLAH SWT redha walaupun seluruh dunia berpaling pada kita maka itu TIDAK penting (Arwah Ahmad Ammar)

c) Mendidik diri sentiasa bersedekah

Mendidik diri sentiasa bersedekah dan anggaplah bahawa rezeki yang kita perolehi adalah pinjaman daripada ALLAH SWT. Sekiranya itu yang kita yakin maka kita akan sentiasa mendidik diri sentiasa bersedekah. Ingatlah, penerima bantuan atau sedekah atau infaq yang diberikan hanyalah satu asbab yang memberi kita peluang untuk memberi sedekah.

Justeru itu, didiklah diri untuk sentiasa bersedekah walaupun sedikit kerana sesungguhnya kelebihan bersedekah itu banyak. Sekiranya kita mampu melihat kelebihan seumpama wang yang bertaburan nescaya pasti ramai orang yang berebut-rebut untuk bersedekah.

 

Kesimpulan dalam Kelebihan Amalan Sedekah

Islam mahu sedekah atau infaq yang dilakukan untuk tujuan membersihkan akhlak dan hati pihak pemberi iaitu mnerangsangkan perasaan kemanusiaannya dan pertalian dengan saudaranya yang miskin kerana ALLAH SWT dan manusia. Pada masa yang sama, sedekah juga memberi peringatan kepada kita akan nikmat ALLAH SWT yang dikurniakan kepadanya dan terhadap janjinya dengan ALLAH SWT dalam menggunakan nikmat-nikmat yang diberikan. Sedekah atau infaq juga memberi kegembiraan dan mententeramkan hati penerima untuk mengukuhkan hubungan dengan saudaranya kerana ALLAH SWT.

Rujukan :-

1) Pejabat Mufti Wilayah https://muftiwp.gov.my/artikel\

Baca Juga :   9 Cara Isteri Lakukan Untuk Menambat Hati Suami

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh