Kebaikan Penyusuan Secara Ekslusif

Kebaikan Penyusuan Secara Ekslusif. Kita sering mendengar pihak Hospital termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan penyusuan secara Ekslusif. Tetapi masih ramai lagi orang di luar sana yang TIDAK FAHAM apakah maksud Penyusuan bayi secara Ekslusif serta kebaikan penyusuan secara ekslusif.

 

penyusuan secara ekslusif

 

“Penyusuan bayi secara Ekslusif bermaksud bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa 6 bulan PERTAMA selepas kelahiran. Tiada tambahan makanan atau minuman sepanjang tempoh 6 bulan tersebut. Makanan pelengkap hanya akan diberikan SELEPAS bayi berumur 6 bulan SAHAJA”.

 

“Penyusuan perlu diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun TETAPI haruslah diambil bersama dengan makanan tambahan yang sihat”.

Bagi mencapai penyusuan secara Ekslusif selama 6 bulan, pihak World Helath Organization (WHO) dan The United Nations Children’s Fund (Unicef) telah menyediakan beberapa garis panduan bagi memudahkan ibu menyusukan bayi secara ekslusif selama 6 bulan.

Antara garis panduan penyusuan secara ekslusif yang boleh diikuti adalah:- 

  1.  Pemberian susu kepada bayi perlu dimulakan setelah setengah jam atau jam pertama bayi dilahirkan.
  2. Penyusuan secara ekslusif TANPA memberi makanan lain mahupun air minuman kepada bayi.
  3. Penyusuan haruslah mengikut kehendak bayi iaitu bergantung kepada kekerapan bayi memerlukan susu.
  4. Ibu harus mendapat SOKONGAN praktikal untuk membolehkan mereka memulakan penyusuan dan menguruskan kesukaran penyusuan
  5. Ibu harus diberi bimbingan mengenai cara mengekspresikan susu ibu sebagai kaedah menjaga penyusuan susu ibu


WHO dan Unicef menggalakkan penyusuan secara ekslusif kerana susu ibu mempunyai pelbagai kebaikan kepada ibu, bayi dan juga ekonomi keluarga. Antara kebaikan kepada:-

1) Bayi

a) Susu ibu mampu menghalang bayi daripada mudah mendapatkan jangkitan penyakit. Hal ini disebabkan susu ibu mempunyai:-

  • ​Laktoferin yang membantu mencegah bakteria daripada merebak ke usus bayi
  • Immunoglobulin (IgA) dan sel darah putih yang membantu melawan kuman dalam tubuh badan.

“IgA ini TINGGI dalam kolostrum”

INFO!!!
Kolostrum adalah sejenis susu yang dihasilkan oleh ibu pada tempoh akhir mengandung sehingga beberapa jam selepas bersalin kerana mengandungi banyak protein dan antibodi yang tinggi. Warna susu kolostrum adalah berwarna oren ke kuning muda.

Penyusuan secara ekslusif

  • Antibodi ibu boleh diberikan kepada bayi melalui penyusuan. Justeru itu, bayi yang mendapat penyusuan yang sempurna mempunyai sistem ketahanan diri yang tinggi berbanding dengan bayi yang mendapatkan susu formula

b) Susu ibu baik untuk tumbesaran bayi dan juga baik untuk perkembangan otak bayi

c) Mampu menghalang bayi daripada mengalami cirit-birit yang teruk

2) Ibu

a) Penyusuan secara ekslusif ini mampu membantu ibu menurunkan berat badan dengan lebih efektif

“mudah untuk mendapatkan berat badan sebelum mengandung”

b) Kadar untuk mendapatkan kanser payudara dan ovarian kanser adalah RENDAH

c) Kadar untuk mendapatkan masalah osteoporosis selepas ketiadaan haid adalah RENDAH

d) Peratusan body fat loss adalah tinggi semasa melakukan penyusuan secara ekslusif

e) Mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak kerana bayi mendapat sentuhan yang lembut daripada seorang yang bergelar ibu

3) Ekonomi

a) Berpotensi untuk mengurangkan kos rawatan kesihatan tahunan

b) Penurunan beban persekitaran untuk penggunaan tin dan botol formula

Mengapa pemberian air TIDAK DIGALAKKAN ketika bayi bawah 6 bulan?

• Air mengenyangkan bayi TETAPI ianya tiada tenaga yang membantu dalam tumbesaran bayi. Bayi 6 bulan ke bawah memerlukan nutrient yang mencukupi. Justeru itu, air tidak memberikan nutrient  buat bayi dan akan menyebabkan kesukaran bayi untuk meningkat berat badan.

• Penambahan air dalam penyusuan mampu MENGANGGU penghasilan susu kepada ibu kerana bayi kurang minat untuk menyusu. Hal ini disebabkan, air mampu membuatkan bayi mudah berasa kenyang.

• Air mampu meningkatkan penyakit bawaan kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, TERUTAMANYA dalam persekitaran yang kurang bersih.

Anak adalah anugerah yang terindah buat kedua-dua pasangan. Justeru itu, pemberian susu secara ekslusif mampu membantu anak rasa dihargai. Penyusuan secara ekslusif sememangnya mencabar buat wanita yang bergelar ibu TERUTAMANYA bagi yang pertama kali melahirkan anak TETAPI ianya akan menjadi mudah sekiranya ibu sentiasa meletakkan pemikiran secara positif ketika ingin menyusukan anak.

Rujukan:-
1) http://www.who.int/nutrition/publications/code_english.pdf
2) www.unicef.org -breastfeeding
3) https://h.usm.my/rakanbayi/index.php/bahan-bacaan/26-penyusuan-susu-ibu-secara-eksklusif
4) http://www.myhealth.gov.my/breastfeeding-danger-of-water/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh