Kebaikan Aplikasi MySejahtera

Aplikasi MySejahtera sudah menjadi satu aplikasi WAJIB yang perlu ada di dalam peranti setiap individu. Hal ini bagi memudahkan pihak kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID -19 ini dari menular dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, sebagai pengguna kita WAJIB ketahui kebaikan Aplikasi MySejahtera. 

Kebaikan Aplikasi MySejahtera

 

Antara kebaikan aplikasi ini adalah:-

  • Membantu pihak Kementerian Kesihatan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan dan menangangi wabak COVID -19 ini dalam kalangan masyarakat.
  • Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID -19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu di ambil jika dijangkiti COVID -19
  • Membantu individu mengenalpasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19.

 

“Aplikasi ini adalah satu aplikasi untuk menyokong pelaksanaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988”

Cara Mendaftar Aplikasi MySejahtera

Walaupun kita sudah menghadapi pandemik COVID -19 ini selama setahun, tetapi pasti masih ramai lagi diluar sana yang tidak memuatnaik aplikasi MySejahtera ini. Hal ini disebabkan mereka beranggapan bahawa aplikasi ini TIDAK bermanfaat bagi mereka atau mungkin mereka TIDAK mempunyai peranti untuk memuatnaiknya.

Justeru itu, bagi meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia berkenaan dengan kepentingan dan kebaikan aplikasi ini mereka WAJIB ketahui dahulu proses pendaftaran sebagai pengguna aplikasi ini.


Cara mendaftar Aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:-

  1. Muat turun aplikasi MySejahtera dari Aplikasi Mudah Ahli Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple AppStore, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
  2. Tekan butang “Daftar Di Sini” untuk mendaftar bagi pengguna baru
  3. Masukkan nombor telefon bimbit dan Klik “Daftar”
  4. Selepas mendaftar anda akan menerima OTP melalui SMS daripada 63839 (Sekiranya anda mendaftar menggunakan no telefon) atau menerusi email (sekiranya mendafatar menerusi email)
  5. Masukan OTP yang diterima dan tekan “HANTAR” menggunakan pautan yang anda daftar (Menerusi no telefon atau email)
  6. Masukan segala butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan butang “SAHKAN”
  7. Setelah mendapatkan pengesahan “Pendaftaran Berjaya” anda boleh menutup semula skin MySejahtera
  8. Masukan ID pengguna (no telefon/ email) dan kata laluan yang sudah dibuat dan klik “Log Masuk”

 

“Pendaftaran Aplikasi ini mudah sekiranya anda mengikuti setiap satu langkah yang diberikan seperti di atas”

Cara Penggunaan Aplikasi MySejahtera

Cara penggunaan Aplikasi MySejahtera mudah sahaja sekiranya kita ketahui cara penggunaanya yang sebanar. Hal ini disebabkan penggunaan Aplikasi ini semudah ABC.

Cara penggunaan Aplikasi MySejahtera yang ramai tidak ketahui adalah seperti:-

1) Statistic kes harian COVID -19

Bagi ketahui statistic kes harian COVID -19 anda perlu tekan “close” dibahagian “check in”. Setelah itu akan keluar gambaran seperti dibawah ini,

Aplikasi mysejahtera
Anda perlu tekan “statistic” bagi ketahui statistic harian COVID -19 di seluruh Malaysia dan dunia. Pada masa yang sama, kita boleh ketahui jumlah kematian disebabkan oleh COVID -19 ini.

Selain daripada itu, pengguna juga boleh ketahui kes yang masih aktif disebabkan oleh jangkitan COVID -19 agar kita boleh berjaga-jaga dari awal bagi MENGELAKKAN virus ini terus tersebar dalam kalangan masyarakat.

 

2) Hotspot (Kwasan yang mempunyai kes COVID -19 dalam masa 14 hari)

Hotspot ini menggunakan “location tracker”. Dalam erti kata yang mudah, anda perlu menghidupkan location anda untuk ketahui kawasan yang anda tinggal mempunyai kes COVID -19 atau tidak dalam masa 14 hari. Sekiranya, terdapat kes berdekatan kawasan anda, hotspot tracker akan mengeluarakan notis seperti dibawah ini,

Aplikasi mysejahtera

3) Digital Healthcare

Didalam aplikasi ini terdapat digital healthcare. Di dalam digital healthcare ini anda boleh membuat temujanji klinik anda dan mendapatkan nasihat kesihatan secara virtual menerusi aplikasi doc2us. Ianya bagi mengurangkan pergerakan penggunan keluar dari kawasan tempat tinggal tanpa urusan penting.

“Aplikasi ini wujud apabila dunia hanya di hujung jari”

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi cara penggunaan aplikasi ini anda boleh tekan “more” bagi melihat kepelbagaian kegunaan aplikasi ini. Sekiranya anda ketahui fungsi aplikasi ini, maka anda pasti akan tertarik akan aplikasi ini.

Aplikasi mysejahtera

“Tak kenal maka tak cinta, begitu jugalah aplikasi ini kenal dahulu kegunaanya maka barulah anda ketahui fungsi sebenar aplikasi ini”
***Segala pilihan ada di tangan anda sebagai penggunanya***

Rujukan:-
1) https://mysejahtera.malaysia.gov.my/FAQ/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh