Kategori Kesalahan Boleh Kompaun

Sejak pandemik COVID -19 ini melanda, pelbagai SOP telah pihak Kementerian keluarkan bagi menjaga keselamatan semua. Justeru itu, terdapat beberapa kategori kesalahan boleh kompaun dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Setiap satu kesalahan ini akan dikompaun bagi memastikan seluruh rakyat mematuhinya.

Kategori Kesalahan Boleh Kompaun Di Bawah Akta pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Kategori Kesalahan Boleh Kompaun

Terdapat 3 kategori kesalahan boleh kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Antarra 3 kategori yang di maksudkan adalah:-

1) Kategori 1

  • Pesalah TIDAK mematuhi arahan kuarantin di pusat kuarantin bagi kes positif atau dipercayai positif
  • Aktiviti KELAB MALAM atau PUB
  • TIDAK mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan iaitu Rentas negeri Daerah TANPA kebenaran PDRM

Bagi kategori 1 ini pesalah yang MELANGGAR kesalahan akan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 sekiranya melakukan kesalahan secara berseorangan. Manakala kompaun sebanyak RM25,000 sekiranya dilakukan menerusi perbadanan. 

2) Kategori 2

  • Memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) TANPA kebenaran daripada pihak PDRM dll
  • TIDAK mematuhi perintah pengasingan bagi pemerhatian dan pengawasan kontak
  • Aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat dan TIADA penjarakan fizikal atau penjarakan sosial
“Setiap aktiviti perlu mempunyai penjarakan fizikal bagi memastikan pengunjung mendapat pengudaraan yang sempurna dan Tidak bersesak-sesak dikawasan yang ramai pengunjung”
  • TIDAK memberikan maklumat yang tepat kepada petugas kesihatan
“Sayangi diri anda dengan memberikan maklumat yang tepat kepada petugas barisan hadapan kerana mereka juga mempunyai keluarga yang perlu dilindungi”

Bagi kategori 2 ini nilai kompaun yang bakal dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan adalah sebanyak RM3,000 sehingga RM4,000. Kompaun ini dikenakan bagi individu yang melakukan kesalahan kategori 2. Manakala, bagi kesalahan mennerusi perbadanan kompaun yang bakal dikenakan adalah sebanyak RM20,000. 

3) Kategori 3

  • TIDAK memakai pelitup muka
  • TIADA penjarakan fizikal
  • TIDAK mendaftar sebelum masuk ke premis
  • Premis BEROPERASI LEBIH dari tempoh dibenarkan
  • Premis TIDAK menyediakan hand santizer

Bagi kesalahan kategori 3 ini, mereka akan di kompaun sebanyak RM1,500 sehingaa RM2,000 bagi kesalahan individu. Manakala, bagi kesalahan perbadanan mereka akan di kompaun sebanyak RM10,000.

Justeru itu, bagi MENGELAKKAN diri anda daripada di kompaun anda WAJIB mengikut segala SOP yang diberikan. Sayangilah wang anda kerana pada musim pandemik ini ramai yang kehilangan pekerjaan. Justeru itu, jadilah masyarakat prihatin dan bijak.

Buat pengetahuan umum, mereka yang di kompaun BOLEH MEMBUAT RAYUAN untuk mengurangkan pembayaran kompaun. Walau bagaimana sekalipun terdapat SYARAT pengurangan kompaun tersebut.

Antara syarat untuk membuat rayuan pembayaran adalah:-

  • Rayuan pengurangan pembayaran sebanyak 50% daripada jumlah kompaun. 
“Permohon WAJIB menyelesaikan pembayaran kompaun selama 1 hingga 7 hari SELEPAS tarikh kompaun dikeluarkan”
  • Rayuan pembayaran kompaun sebanyak 25% daripada jumlah kompaun

Pemohon yang sudah terlepas menyelesaikan pembayaran kompaun sebelum 7 hari masih LAYAK mendapat atau membuat rayuan untuk mengurangkan pembayaran kompaun.

Cara mendapatkan pengurangan pembayaran kompaun sebanyak 25% adalah pemohon WAJIB menyelesaikan pembayaran 8 hingga 14 hari SELEPAS tarikh kompaun dikeluarkan.

Selepas dari 14 hari, pemohon TIDAK LAYAK mendapatkan diskaun WALAUPUN sudah melakukan rayuan. Hal ini disebabkan, pemohon hanya LAYAK membuat rayuan pengurangan pembayaran kompaun selama 14 hari SELEPAS tarikh kompaun dikeluarkan. 

“Patuhilah segala SOP yang diberikan bagi melindungi nyawa mereka yang disayangi”

Ingatlah bahawa kita masih belum menang dalam memerangi pandemik COVID -19 ini. Justeru itu, bagi melindungi insan yang tersayang kita perlu peka untuk mengelakkan mereka daripada terjangkiti. Tiada apa yang boleh dilakukan selain mematuhi setiap satu SOP yang telah disediakan oleh pihak Kementerian. 

***Kita Jaga Kita, kita masih belum menang***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh