Jenis-jenis Cikgu Yang Toksik Semasa Menjadi Pendidik

Setiap manusia mahu menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Walaubagaimana sekalipun, emosi anak-anak akan terganggu sekiranya menjumpai jenis-jenis cikgu yang toksik semasa menjadi pendidik. Bukan semua cikgu boleh menjadi toksik semasa mendidik anak murid tetapi segelintir sahaja. Walaubagaimana sekalipun ianya akan memberi impak yang besar buat semua para pendidik. 

“Guru adalah pelita yang menerangi anak murid ketika mendidik mereka tetapi ianya akan menjadi menjadi pelita yang malap sekiranya mereka sendiri tidak tahu cara untuk menggunakan pelita tersebut”

Jenis-jenis Cikgu Yang Toksik Semasa Menjadi Pendidik

Justeru itu, sebagai pendidik mahupun ibu bapa mereka perlu ketahui jenis-jenis cikgu yang toksik semasa menjadi seorang pendidik. Antara jenis-jenis cikgu yang toksik semasa menjadi pendidik adalah seperti:-

1) Mudah marah apabila murid bertanyakan soalan

Jenis-jenis cikgu yang toksik

Pertanyaan murid bermaksud murid tidak faham atau kurang jelas akan penjelasan yang diberikan. Jsuteru itu, murid akan bertanya akan soalan yang mereka kurang faham. Tetapi sekiranya pertanyaan yang ditujukan menyebabkan cikgu menjadi marah maka ianya akan menyebabkan anak murid TIDAK akan mengajukan soalan kerana takuti dimarahi.

Justeru itu, bagi cikgu yang suka marah ketika anak murid bertanya soalan perlu mengubah semula mentaliti mereka akan soalan yang di tujukan kepada mereka. 

“Cikgu adalah role model yang paling dekat buat anak murid selain ibu bapa maka jadilah role model yang di hormati bukan yang ditakuti”

2) TIDAK prihatin ketika anak murid menghadapi masalah

Jenis - jenis cikgu yang toksik

Cikgu yang di sayangi adalah mereka yang sentiasa peka akan persekitaran. Peka BUKAN bermaksud suka mengambiltahu akan hal orang lain tetapi lebih kepada prihatin akan masalah yang dihadapi oleh anak murid. Dengan kepekaan yang ada maka ianya lebih mendekatkan hubungan antara anak murid dan guru.

Sekiranya itu berlaku maka anak murid akan selesa berkongsi cerita atau masalah dengan cikgu. Walau bagaimana sekalipun masih terdapat cikgu yang tidak prihatin ketika anak murid menghadapi masalah dan menyebabkan anak murid takut untuk hadir ke sekolah sekiranya mereka menghadapai masalah.

Justeru itu, sentiasalah prihatin akan masalah anak murid agar mereka TIDAK takut untuk hadir ke sekolah walaupun mempunyai masalah kerana mereka tahu keberadaan mereka di sekolah akan ada insan yang prihatin akan masalah yang mereka hadapi. 

Tips menjadi cikgu yang prihatin:-

disleksia

  • Mencari penyebab mengapa seseorang anak murid itu sukar untuk di tegur
  • JANGAN cepat menghukum anak murid akan setiap satu kesalahan yang mereka lakukan
  • Menjadi pendengar yang setiap sekiranya anak murid berkongsi masalah
  • Tidak memilih status murid ketika mendidik
  • ELAKKAN sifat suka mengherdik anak murid ketika mendidik
“Perbuatan mengherdik akan menyebabkan anak murid hilang keyakinan diri dalam melakukan sesuatu tugasan”

3) TIDAK mengajar tetapi lebih kepada gemar memberikan arahan

Mengajar dan memberi arahan adalah dua perkara yang berbeza. Justeru itu, semak semula sama ada kita merupakan pengajar yang mengajar atau pengajar yang gemar memberikan arahan sahaja. Dua poerkara ini terlihat seperti sama tetapi ianya berbeza kerana ianya akan menyebabkan cara penyampaian ilmu menjadi berbeza dan sukar untuk anak murid fahami.

4) Gemar campur adukan urusan peribadi dan amanah dalam mendidik

Semua orang yang gemar mencampuradukan urusan peribadi dan kerja merupakan seseorang yang TIDAK PROFESIONAL. Justeru itu, sebagai manusia kita perlu membezakan sendiri urusan peribadi dan urusan kerja. Ianya akan menyebabkan urusan peribadi TIDAK akan mempengaruhi keputusan dalam urusan pekerjaan.

Jenis cikgu yang gemar mencampuradukan urusan peribadi dan kerja akan menyebabkan mereka mudah beremosi ketika mengajar. Oleh itu, sifat ini akan menyebabkan anak murid menjadi mangsa mereka melepaskan kemarahan.

Jenis pendidik atau cikgu seperti ini akan menyebabkan terkadang anak murid menjadi takut untuk bertanya soalan dan sebagainya. Cuba asingkan peribadi dan kerja nescaya anda akan menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan di sayangi.

5) Gemar memuji mereka yang cemerlang dan mengabaikan pelajar yang lemah

Sifat pendidik seperti gemar memberi pujian kepada mereka yang cemerlang ini merupakan salah satu sifat yang tidak bagus. Hal ini disebabkan sifat ini akan melahirkan dua kategori pelajar dalam satu masa. Ianya akan menyebabkan lahirnya sifat riak dalam kalangan pelajar.

Justeru itu, JANGAN pernah memberi pujian kepada mereka yang cemerlang dan abaikan mereka yang kurang cemerlang.

“Cikgu adalah role model buat anak murid jsuteru itu jadilah role model yang betul-betul memberi manfaat kepada anak murid”

Bukan semua pendidik dilahrikan menjadi pendidik yang mempunyai sifat empati dan simpati. Tetapi kedua-dua sifat ini boleh dilahirkan sendiri sekiranya pendidik itu sendiri bijak dalam melahirkan generasi bijak pandai. Tidak salah memberi pujian atau terbawa-bawa masalah peribadi ke tempat kerja. Tetapi, jadilah seorang yang profesional apabila berhadapan dengan anak murid. 

***Bukan semua orang mampu menjadi pendidik dan bukan semua orang layak menjadi pendidik***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh