Jadual latihan penyusuan susu untuk bayi bagi ibu yang bekerja sebelum ibu bekerja sangat penting supaya bayi tidak menangis sepanjang permulaan masa ibu pergi bekerja. Bayi menerima kejutan dengan perubahan yang mendadak dan kesannya bayi akan menangis sepanjang hari sehingga ibu balik dari kerja.
Ibu juga tidak senang hati dengan situasi ini dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya emosi dengan kerja yang perlu dibuat kerana memikirkan bayi yang ditinggalkan dalam keadaan yang menangis. Paling tidak selesa, sekiranya pengasuh menghubungi dan memberitahu keadaan si bayi yang menangis dan merengek sepanjang masa.
Perasaan keibuan tidak disangkal dengan rasa susah hati dan tidak sabar untuk pulang berjumpa dengan bayi kesayangan. Oleh sebab itu, diharap jadual di bawah dapat membantu ibu-ibu membuat latihan penyusuan kepada bayi sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum mula bekerja. Selamat mencuba dan semoga dapat bekerja dengan tenang dan berkualiti.
Jadual Latihan Penyusuan Bayi Sebelum Ibu Bekerja
Hari
Masa
|
Hari 1-3
|
Hari 4-6
|
Hari 7 -9
|
Hari 10-13
|
Sarapan
7.30 pagi hingga 9.00 pagi
|
Minum susu perahan
|
Minum susu perahan
|
Minum susu perahan
|
Minum susu perahan
|
Minum pagi
10.00 pagi hingga 11.30 pagi
|
Minum susu ibu terus
|
Minum susu perahan
|
Minum susu perahan
|
Minum susu perahan
|
Makan tengahari
12.00 tengahari hingga 1.30 petang
|
Minum susu ibu terus
|
Minum susu ibu terus
|
Minum susu perahan
|
Minum susu perahan
|
Minum petang
2.00 petang hingga 4.00 petang
|
Minum susu ibu terus
|
Minum susu ibu terus
|
Minum susu ibu terus
|
Minum susu perahan
|