Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) Dan Cara Mengawal Masalah GERD.

 

Apakah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)?

Perut manusia akan dipenuhi dengan jus yang berasid yang dikenali sebagai jus gastrik. Jus gastrik ini membantu dalam proses penghadaman makanan. Walaubagaimana sekali pun, apa itu Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) dan cara mengawal masalah GERD ini.

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)TAHUKAH ANDA APA ITU GASTROESOPHAGEAL REFLUX DISEASE (GERD)?

Kandungan perut (makanan yang sudah dihadam di dalam perut) dihalang daripada kembali ke dalam esofagus oleh otot yang dipanggil lower esophageal sphincter (LES). Dalam keadaan normal, otot ini mengendur untuk membolehkan makanan dari esofagus masuk ke dalam perut dan mengecut untuk mengelakkan makanan dan jus gastrik daripada kembali semula ke dalam esofagus.

Ianya adalah satu mekanisme perlindungan dalam tubuh badan secara semulajadi. Tetapi, apabila otot LES menjadi lemah, jus berasid daripada perut akan mengalir kembali ke dalam esophagus dan keadaan ini akan dipanggil sebagai asid reflux, regurgitasi asid atau gastroesophageal reflux disease (GERD).

Gejala-gejala asid reflux adalah seperti:

  • Pedih ulu hati atau sakit dada yang kuat seperti serangan jantung, TERUTAMANYA selepas mengambil hidangan berat atau banyak dalam satu masa

Antara gejala pedih ulu hati adalah:-
a) Rasa terbakar di dada
b) Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas
c) Rasa masam, masin di belakang tekak
d) Batuk yang teruk
e) Suara menjadi serak

Cara Mengawal Masalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

1) Diet dan pemakanan untuk GERD

Terdapat makanan yang boleh membantu mengurangkan gejala asid reflux. Hal ini disebabkan gejala refluks kerana asid perut menyentuh esofagus dan menyebabkan kesakitan. Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak asid, anda boleh memasukkan makanan khusus ini ke dalam makanan anda untuk MENGURANGKAN masalah gejala asid reflux ini.

“TIDAK ADA makanan yang dapat menyembuhkan masalah ini tetapi makanan ini dapat MENGURANGKAN gejala dan kesakitan”

Antara makanan yang boleh dimasukkan ke dalam pengambilan makanan seharian adalah:-

a) Sayur-sayuran

Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)

Sayur- sayuran adalah kumpulan makanan yang rendah lemak dan gula secara semula jadi. Justeru itu, ia membantu mengurangkan penghasilan asid di dalam perut. Antara pilihan yang baik termasuk kacang hijau, brokoli, asparagus, sayuran hijau, kentang, dan timun.

b) Oatmeal


Oatmeal adalah kegemaran sarapan pagi kebanyakan mereka yang mahu berdiet. Hal ini disebabkan bijirin penuh merupakan sumber serat yang sangat baik. Makanan tinggi serat dikaitkan dengan risiko refluks asid yang rendah. Justeru itu, penambahan serat dalam menu seharian dapat mengurang masalah asid reflux.

c) Buah- buahan BUKAN Citrus

“Pengambilan buah-buahan yang BUKAN citrus ini dapat mengurangkan masalah asid reflux kepada mereka yang mempunyai masalah asid reflux”

Contoh buah bukan citrus termasuklah tembikai, pisang, epal, dan pir.

d) Daging tanpa lemak dan makanan laut


Daging tanpa lemak, seperti ayam, ayam belanda, ikan, dan makanan laut merupakan makanan yang rendah lemak. Ianya mampu MEMBANTU MENGURANGKAN gejala refluks asid.

“Selain pemilhan makanan daging yang rendah lemak anda juga DISARANKAN untuk memilih makanan yang rendah lemak agar penghasilan asid dalam tubuh badan rendah”

Pemilihan lemak yang sihat adalah baik. Antara sumber lemak sihat termasuk walnut, minyak zaitun, minyak bijan, dan minyak bunga matahari. Kurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans dan gantikannya dengan yang lebih sihat ini

2) Amalkan jumlah makanan yang sedikit

Makan jumlah yang sedikit tetapi lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak. Hal ini disebabkan pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan seseorang itu boleh risiko mendapatkan masalah asid reflux lebih tinggi.

TIPS SIHAT!!!

  • Makan secara perlahan lahan, kunyah makanan dan ELAKKAN dari terus menelan. Letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan bagi MENGELAKKAN mengambil makanan tanpa menguyah dengan betul.
  • ​ELAKKAN makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan.
  • ​Makan ketika bukan betul-betul lapar dan berhenti makan ketika bukan betul-betul kenyang

 

“Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut dan potensi untuk mengambil makanan dalam jumlah yang banyak adalah tinggi”

 

3) Berhenti merokok.


Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan makanan.

Setiap manusia di dalam muka bumi ini pasti akan mengalami masalah dalam kesihatan tetapi cara kita mengatasinya yang membezakan antara kita dengan manusia yang lain. Justeru itu, sebagai manusia jangan pernah mengatakan mengapa ianya berlaku tetapi kita perlu bijak dalam menyelesaikan masalah.

Rujukan:-
1) https://www.healthline.com/health/gerd/diet-nutrition#helpful-foods
2) http://www.myhealth.gov.my/pedih-ulu-hati-2/
3) http://www.myhealth.gov.my/refluks-asid-dan-mulut-saya/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh