Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan

Di sebabkan terlalu banyak persoalan berkenaan dengan status barisan hadapan, jadi kami akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan garis panduan penetapan senarai barisan petugas hadapan menerusi program imunisasi COVID -19 kebangsaan ini. Diharapkan dengan penerangan ini, ramai yang lebih faham maksud barisan hadapan.

Barisan hadapan adalah anggota yang berisiko tinggi untuk mendapat dan menyebarkan jangkitan COVID -19. Bermaksud mereka yang terdedah secara langsung kepada individu yang dijangkiti. Individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan sampel pesakit atau persekitaran yang berpotensi untuk menjadi punca jangkitan.

Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan

Terdapat dua kategori barisan hadapan iaitu:-

A) Kategori satu

Anggota yang terlibat secara langsung dengan penjagaan rawatan dan kesihatan (meliputi institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia serta Kementerian Pertahanan, Hospital Pembelajaran , Hospital Swasta)

“Pasti ramai yang mahukan penerangan secara terperinci berkenaan dengan kategori satu ini”

Di dalam kategori satu ini, terdapat lagi dua pecahan kumpulan bagi menunjukan bahawa mereka adalah tergolongan dalam kategori satu barisan hadapan.

Antara kumpulan tersebut adalah:-

  • Anggota teknikal (kumpulan pengurusan dan profesional, paramedik dan auksiliari) yang terlibat secara langsung dengan orang awam dalam penjagaan pesakit di:
    • Fasiliti kesihatan
    • Pengendalian spesimen pesakit
    • Disinfeksi persekitaran
    • Kawalan kesihatan awam di lapangan
“Auksiliari bermaksud mereka yang menyediakan bantuan dan sokongan tambahan di Hospital atau pusat jagaan kesihatan

Maksud anggota teknikai seperti penerangan di atas merangkumi:-

I) Pengurusan & Profesional

    • Pegawai Perubatan
    • Pegawai Pergigian
    • Pegawai Farmasi
    • Pegawai Sains
    • Pegawai Kesihatan Persekitaran 

II) Paramedik dan auksiliari 

    • Jururawat
    • Penolong Pegawai Perubatan
    • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
    • Penolong Pegawai Farmasi
    • Juru X-Ray
    • Juruteknologi Makmal Perubatan
    • Pembantu Perawattan Kesihatan
    • Pemandu
    • Pembantu Kesihatan Awam dan lain-lain
  • Kumpulan perlaksanaan di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam kawalan paramedik dan berkomunikasi secara langsung dengan orang awam seperti petugas kaunter penyelian dsb.

B) Kategori dua

Anggota yang terlibat dalam sektor kesihatan, agensi pertahaan, anggota keselamatan dan perkhidmatan penting (essential)

Manakala, bagi kategori dua barisan hadapan yang dimaksudkan adalah bagi mereka yang:-

  • Bekerja di sektor kesihatan seperti:-
    • Pengamal perubatan am (General Practitioner)
    • Doktor gigi swasta
    • Pengamal perubatan tradisional
    • Makmal swasta yang berdaftar 
  • Anggota keselamatan
    • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
    • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
    • Pasukan Gerakan Am
    • Angkatana pertahana Awam Malaysia
    • Jabatan Penjaran Malaysia
    • Jabatan Imigresen Malaysia
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
    • Agen Penguatkuasa Maritim Malaysia
    • Jabatan Sukarelawan Malaysia
  • Perkhidmatan Sosial (Jabatan Kebajikan Masyarakat)

  • Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • Kontraktor Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Perkhidmatan Pembersihan
    • Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
  • Pengendali Pusat Hemodialisis
  • Guru-guru sekolah rendah dan menengah yang menghidap lebih daripada satu masalah kesihatan kronik atau pelbagai morbiditi
  • Ahli Jemah Menteri
  • Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri
  • Ahli Dewan Rakyat
  • Ahli Dewan Undangan Negeri
  • Pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat di dalam lawatan rasmi Ahli Jemaah Menteri Luar Negara

Semua senarai diatas merupakan mereka yang termasuk di dalam kategori kedua yang LAYAK mendapatkan vaksin fasa 1. Dalam erti kata yang mudah mereka semua adalah golongan yang bertungkus lumus dalam membanteras penyebaran virus COVID -19 dalam kalangan masyarakat tempatan.

Tanpa mereka, virus COVID -19 ini akan terus-terusan tersebar dalam kalangan masyarakat tanpa dapat di bendung lagi.
Sebarang pindaan kepada garis panduan ini adalah tertakluk kepada keperluan dan ketetapan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID -19. 

“JANGAN takut divaksinasi kerana sesungguhnya vaksin ini membantu anda melindungli mereka yang tersayang”

***KITA BELUM MENANG***

PERINGATAN!!!

 

 

Selagi belum mencapai tahap Herd Imunity kita belum menang dan WAJIB patuhi segala SOP yang pihak kerajaan telah tetapkan. TIDAK rugi sekiranya kita mengikuti segaal SOP yang telah pihak kerajaan tetapkan.

Barisan hadapan

Barisan hadapan

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh