Faktor Tekanan Semasa Kuarantin

Setelah pandemik COVID -19 ini menular di seluruh Malaysia, ramai rakyat Malaysia yang terkesan terutamanya mereka yang terjangkiti. Justeru itu, pelbagai faktor tekanan semasa kuarantin di alami oleh setiap pesakit. Setiap tekanan yang di alami adalah berbeza-beza. Disebabkan oleh itu, pihak perkhidmatan psikiatri KKM telah menawarkan pelbagai bantuan perkhidmatan untuk membantu pesakit ini semua. 

TAHUKAH ANDA!!!

Sekiranya anda mempunyai masalah tekanan semasa kuarantin dan anda berasa:-

  • Keseorangan 
  • Tertekan
  • Hilang motivasi diri
  • Marah yang berterusan
  • Ganguan tidur yang berpanjangan
  • Bimbang/ serabut
  • Sedih/ pilu
  • Putus harapan untuk meneruskan hidup
  • Ingin mencederakan diri

Anda boleh mendapatkan bantuan perkhidmatan psikiatri KKM. Anda boleh menghubungi perhidmatan sokongan psikososial/ fasiliti kesihatan terdekat. Dapatkan bantuan segera bagi MENGELAKKAN masalah ini menjadi semakin teruk.

Faktor Tekanan Semasa Kuarantin

Faktor Tekanan

Kredit Gambar daripada myhealth

Antara faktor tekanan semasa kuarantin yang di alami kebanyakkan rakyat Malaysia adalah:-

  1. Ramai pesakit yang TIDAK pasti tempoh kuarantin yang sebenar
  2. Berasa takut jika gejala bertambah teruk
  3. Bekalan keperluan yang terhad
  4. TIDAK mempunyai informasi yang jelas
  5. Masalah pekerjaan atau pendapatan
  6. Stigma masyarakat akan pesakit yang terjangkiti virus COVID -19
  7. Kurang sokongan sosial

Semua faktor di atas MUNGKIN bakal di alami oleh mereka yang perlu kuarantin diri bagi MENGELAKKAN virus ini tersebar dalam komuniti. Walau bagaimana sekali pun, masih ramai yang TIDAK ambil peduli akan situasi yang dirasai oleh mereka semua ini. Di sebabkan oleh itu, ramai pesakit COVID -19 mengalami tekanan semasa kuarantin yang umum TIDAK ketahui.

“ELAKKAN stigma mereka adalah PENYEBAB virus ini tersebar, AMALKAN sifat redha semasa menghadapi musibah”

Sekiranya faktor tekanan ini TIDAK diuruskan dengan betul, ditakuti tekanan ini akan sentiasa membelengu pesakit COVID -19 pada masa akan datang. Pesakit juga TIDAK mahu dijangkiti tetapi mereka merupakan insan yang terpilih untuk dijangkiti. Justeru itu, sentiasalah bersangka baik kepada mereka dan apa yang terjadi.

Sekiranya pesakit COVID -19 yang mengalami masalah tekanan semasa kuarantin TIDAK diuruskan dengan betul, ianya boleh menyebabkan seseorang itu:-

  • Kurang Selera Makan
  • Ganguan Tidur
  • Cepat Marah
  • Tumpuan Terganggu

Justeru itu, sebagai pesakit atau mereka yang MUNGKIN terjangkiti dan perlu kuarantin diri anda perlu BIJAK mengatasi permasalah ini. Terdapat beberapa tips untuk mengelakkan diri daripada mengalami tekanan sekiranya WAJIB kuarantin diri.

Faktor Tekanan

Kredit Gambar daripada myhealth

Antara tips mengurangkan masalah tekanan ini adalah:-

  • Teknik relaksasi 

Teknik relaksasi ini dapat membantu seseorang yang sedang mengalami tekanan menjadi relex dan tenang menghadapi tekanan luar. Cara mudah relaksasi diri adalah dengan menghirup udara segar atau yoga. Lihat video di bawah berkenaan dengan teknik relaksasi.

  • Aktiviti minda sedar (Mindfulness) dan spiritual

  • Lakukan senaman ringan di rumah
  • Tetapkan rutin harian dan amalkan
  • Belajar skill baru

Skill baru ini dapat membantu pesakit yang di kuarantin lupa untuk mengingati sakit yang di hadapi oleh mereka. Kadang-kadang kita TIDAK perasaan bahawa skill baru ini mampu menghilangkan rasa tekanan semasa kuarantin itu sendiri. 

“Setiap manusia mempunyai kekurang dalam menguruskan masalah tekanan, justeru itu cubalah melawan masalah tekanan ini”
  • Teruskan pengambilan ubatan penyakit sedia ada
  • Aktiviti bersama (sekiranya dikuarantin berkumpulan)

Aktiviti bersama ini mampu membantu seseorang itu mendapat sokongan luar yang boleh meningkatkan keyakinan diri. Justeru itu, setiap satu aktiviti yang dilakukan bersama haruslah mempunyai sistem sokongan antara satu sama lain.

Selain itu, sebagai rakyat yang prihatin, kita WAJIB :-

  • Mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini
  • Bantuan kebajikan dan pekerjaan
  • Sokongan psikososial teknik mindfulness
  • Teknik relaksasi 

Semua ini dapat membantu anda daripada mendapat tekanan yang melampau. Sesungguhnya, anda juga layak mendapatkan layanan yang terbaik daripada mereka semua. Tiada satu aktiviti yang mampu membuatkan anda tertekan sehingga hilang pertimbangan diri kerana anda yang menguruskan segala tekanan anda sendiri. Justeru itu, jadilah rakyat yang bijak dalam menguruskan tekanan. Tiada satupun masalah yang tiada jalan penyelesaian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh