Fakta Tentang Anak Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui

Dalam mendidik anak pasti akan ada perasaan kecewa kerana anak sukar untuk difahami. Walau bagaimana sekalipun, sekiranya ibu bapa ketahui fakta tentang anak yang perlu ibu bapa ketahui agar memudahkan lagi urusan dalam mendidik anak.

Fakta tentang anak

“Didiklah anak menjadi apa yang mereka mahukan bukan mendidik anak mengikut apa yang kita mahu kecapi”

Sekiranya kita mendidik anak mengikut kehendak kita ditakuti anak akan melawan kerana itu bukan apa yang mereka mahukan. Didiklah anak mengikut apa yang mereka mahukan tetapi perlu memantau sama ada pemilihan mereka itu benar atau tidak.

“Anak bukan boneka yang boleh dibentuk mengikut apa yang dikehendaki tetapi anak adalah anugerah dan ciptaan ALLAH SWT yang perlu dikasihi”

Fakta Tentang Anak Yang Perlu Ibu Bapa Ketahui

Antara faktar tentang anak yang perlu ibu bapa ketahui adalah:-

1) Sukar mendengar kata tapi mudah mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa

Fakta tentang anak

Anak yang jenis sukar mendengar kata di ibaratkan seperti anak yang degil walhal mereka bukan degil tetapi sedang menghadam apa yang perlu mereka ikuti dan tidak.

Walaubagaimana sekalipun, anak yang sukar mendengar kata ini lebih cenderung untuk mengikuti setiap tingkah laku yang ibu bapa lakukan. Justeru itu, ibu bapa perlu sentiasa berjaga-jaga dengan tingkahlaku mereka.

“Jadilah suri tauladan yang terbaik buat anak-anak contohi sekiranya mahu mereka mendengar kata”

Bagi anak yang sukar untuk mendengar kata ini, nasihatlah seribu kali pun mereka tidak akan mendengarnya tetapi ajari mereka menggunakan tingkahlaku maka mereka akan ikuti. Dalam mendidik anak, ibu bapa perlu fahami dan ketahui segala kehendak mereka agar mudah untuk meluntur mereka menjadi yang lebih baik.

2) Sukar untuk fahami akan sesuatu tetapi mudah mengingatinya

Fakta tentang anak

Terkadang ada anak yang bertanya 1000 kali dengan ibu bapa perkara yang sama kerana mereka sukar untuk fahami apa yang diajarinya. Walau bagaimana sekalipun, mereka akan mengingati sesuatu perkara itu sekiranya mereka sudah fahami apa yang dikehendaki oleh ibu bapa.

Justeru itu, mereka sukar untuk fahami perkara yang baru tetapi mudah untuk ingati apa yang diajari sekiranya mereka sudah fahami. Bagi anak yang seperti ini ibu bapa perlu lebih lembut dalam mengajari mereka agar mereka boleh patuhi segala arahan yang diberikan.

“Setiap anak adalah berbeza maka fahami dan didiklah mereka mengikut cara yang betul”

3) Gemar mengikut kata hati dalam melakukan sesuatu

 

Bagi anak yang gemar mengikut kata hati ini mereka perlu di didik dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Hal ini bagi memastikan mereka tidak terlalu ikut kata hati dalam melakukan sesuatu perkara yang boleh membahayakan diri.

PERINGATAN!!!

Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam mendidik anak yang gemar mengikut kata hati ini kerana ditakuti mereka akan sukar untuk mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh ibu bapa mereka pada masa hadpaan. ELAKKAN mendidik anak ini menggunakan kekerasan dan didiklah mereka dengan penuh kelembutan.

4) Lebih gemar bermain daripada belajar

 

Sudah menjadi fitrah seorang kanak-kanak memlih bermain berbanding belajar. Justeru itu, dalam mendidik anak yang gemar bermain ini ibu bapa perlu bijak menarik perhatian mereka dalam pembelajaran menggunakan teknik permainan. Ianya lebih menarik dan memudahkan anak berlajar sambil bermain. Ianya juga bagus untuk tumbesaran minda anak-anak. 

“Ikuti setiap satu kehendak anak selagi ianya tidak menyalahi asas didikan anak”

5) Cuba untuk menjadi jahat tetapi TIDAK akan selamanya menjadi jahat

Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Sama juga dengan kanak-kanak mereka akan kerap melakukan kesilapan dan pada masanya sama mereka mudah untuk kesalinya. Justeru itu, fahami kehendak mereka dan ikuti segalanya selagi ia bukan melakukan sesuatu yang salah dalam diri mereka.

“Tidak salah untuk memanjakan anak seperti raja tetapi perlu mendidik mereka ketahui batasan dalam kehidupan seharian mereka”

Jangan pernah beranggapan mendidik anak merupakan satu pekerjaan kerana sekiranya itu yang dirasainya maka kita akan beranggapan mendidik anak merupakan satu bebanan.

Tukarlah pandangan dari mendidik anak merupakan satu pekerjaan kepada mendidik anak merupakan satu ibadah dan satu kepentingan untuk melahirkan generasi umah yang berjaya.

Maka dengan cara itu dapat melahirkan satu memori yang terindah dalam kehidupan.

“Anak bukan satu bebanan tapi mereka adalah satu anugerah yang terindah buat pasangan ibu bapa”

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh