Dilema Ibu Bapa Ketika Mendidik Anak

Dilema ibu bapa ketika mendidik anak merupakan salah satu kebiasaan bagi mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa. Dilema ini biasa berlaku apabila anak mula menunjukkan perangai yang tidak disukai oleh ibu bapa demi mendapatkan sesuatu yang diingini.

Ketika itu, ibu bapa akan berada di dalam dilema sama ada hendak memarahi, memujuk atau mengikuti kehendak mereka. Semua ini akan berlaku dan ibu bapa WAJIB bijak menyelesaikan masalah ini agar ianya tidak berpanjangan.

“Anak merupakan anugerah Allah SWT yang terindah dan juga pengikat kasih sayang antara pasangan suami isteri. Tetapi bagaimana hendak kita membentuk anak menjadi manusia itu yang penting”

Dalam setiap kehidupan satu perkara yang penting adalah BELAJAR. Dalam dunia ini pembelajaran tidak akan pernah habis atau selesai kerana ilmu yang kita perolehi hanyalah sedikit sahaja. Ilmu kita seumpama setitik air dari keseluruhan lautan yang luas. Justeru itu, untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang kita perlu belajar.

“Anak adalah acuan yang ibu bapa bentuk, sekiranya cantik acuan tersebut maka cantik jugalah hasilnya”

Sudah menjadi lumrah dalam mendidik anak, ibu bapa akan kalah dalam hendak mengajar anak. Hal ini disebabkan, anak tahu akan kelemahan ibu bapa mereka. Apabila mereka melakukan kesalahan cukup membuat muka comel pasti ibu bapa akan lemah.

“Dilema ibu bapa ketika mendidik anak merupakan salah satu dilema yang sukar untuk dikawal TETAPI sekiranya mereka bijak maka mudah untuk menyelesaikan masalah dilema ini”

Walau bagaimana sekalipun, dalam mendidik anak ibu bapa WAJIB tegas agar mereka menjadi insan yang berguna kemudian hari. Justeru itu, terdapat 2 tips mudah untuk ibu bapa perlu ikut bagi MENGELAKKAN dilema ini terus-terusan berlaku.

Antara 2 tips mudah tersebut adalah:-

1) Apa sahaja perkara yang melibatkan emosi anak, kurangkan marah dan berikan pelukkan.

Dilema ibu bapa

 

“Emosi adalah perasaan kuat yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu atau reaksi terhadap seseorang mahupun peristiwa”

Apa sahaja perkara yang melibatkan emosi anak, kurangkan marah dan berikan pelukkan kasih sayang agar mereka berasa selamat ketika berada bersama ibu bapa. Terkadang mereka sengaja menunjukan emosi yang keterlaluan bagi mendapatkan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa mereka.

  • ELAKKAN sifat ego ketika berhadapan dengan anak.
  • Amalkan sifat berkasih sayang ketika bersama mereka agar anak mampu mengawal setiap emosi yang mereka perolehi.

Antara emosi anak yang sukar untuk dikawal adalah seperti:-

Dilema ibu bapa

  • Sedih
  • Marah
  • Kecewa akan sesuatu
  • Menagis tanpa sebarang sebab 

Semua emosi ini mampu ditunjukan kepada ibu bapa sekiranya mereka berasa diri mereka kurang mendapatkan kasih sayang daripada ibu bapa atau anak dahagakan kasih sayang. Justeru itu, JANGAN AMALKAN sifat memarahi tanpa mengkaji faktor penyebab sesuatu perkara itu boleh berlaku.

 

2) Apa sahaja yang WAJIB dilakukan anak, ibu bapa perlu tegas

Dalam mendidik anak, ibu bapa TIDAK semestinya perlu mengikut segala kehendak anak terkadang ibu bapa perlu tegas dalam beberapa hal. Ibu bapa perlu bertegas semasa hendak mengajar mereka akan sesuatu perkara seperti KEWAJIBAN seperti:-

  • Tidur tepat pada masanya agar TIDAK mengantuk ketika berada di sekolah
  • Makan makanan yang sihat agar imunisasi tubuh menjadi kuat
  • Mempunyai masa belajar yang tetap bagi memastikan setiap kerja sekolah yang diberikan oleh guru selesai
  • Mandi bagi menjaga kebersihan
  • Kemas mainan yang sudah digunakan

Dalam erti kata yang mudah, ibu bapa perlu tegas semasa hendak mengajar anak untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Di dalam hal ini ibu bapa TIDAK boleh terlalu berlembut ianya ditakuti anak TIDAK takut untuk mengikuti arahan yang diberikan.

“Ketegasan disini BUKAN bermaksud ibu bapa boleh memarahi anak tanpa memberikan mereka peluang untuk memperbetulkan kesilapan TETAPI lebih kepada menasihati dahulu mereka sekiranya melakukan kesilapan”

Ketegasan yang berkesan ketika mahu mendidik anak adalah dengan cara ketegasan yang konsisten BUKAN yang hanya tegas sekiranya musim peperiksaan bermula

Kebiasaanya, nasihat yang diberikan lebih bermakna berbanding dengan jeritan atau memarahi mereka. Hal ini disebabkan pada usia yang kecil, mereka masih mampu mendengar segala nasihat yang diberikan.

Justeru itu, ELAKKAN memarahi anak TETAPI pilihlah cara yang lebih EFFEKTIF selain daripada memarahi anak akan kesilapan yang dilakukan.

Dilema ibu bapa

“Menasihati mereka dengan cara yang betul bagi mengelakkan merasakan diri mereka kurang mendapatkan kasih sayang”

Sesungguhnya anak adalah anugerah yang terindah dan tiada galang gantinya. Justeru itu, didiklah mereka dengan penuh kasih sayang agar mereka tidak salah anggapan terhadap ibu bapa mereka sendiri.

Rujukan:-
1) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Emosi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh