Kolesterol adalah bahan berlilin dan berlemak dalam haiwan dan manusia. Ianya penting untuk tubuh badan manusia. Walau bagaimana sekali pun kolesterol yang berlebihan dalam tubuh badan mampu meningkatkan risiko penyakit yang berbahaya dalam tubuh badan. Antara penyakit yang berkaitan dengan kolesterol adalah hyperlipidemia, penyakit jantung, dan stroke.
Diet Buat Pesakit Tinggi Kolesterol
Justeru itu, setiap sesuatu makanan itu pasti ada kebaikannya dan jika terlebih pengambilannya akan memberikan kemudaratan kepada tubuh badan. Bersederhanalah dalam pengambilan setiap makanan supaya kita mampu melihat kebaikan sesuatu makanan itu.
INFO SIHAT!!!
Tahukah anda baca kolesterol dalam darah terbahagi kepada 3. Baca kolesterol dalam darah ini adalah bertujuan untuk memastikan seseorang itu mempunyai masalah kolesterol tinggi atau tidak. 3 baca kolesterol dalam darah adalah:-
Kolesterol LDL ( Low Density Lipoprotein ) atau dikenali sebagai kolesterol yang jahat dalam darah. Sekiranya kadar bacaan kolesterol LDL ini tinggi ianya akan menyempitkan salur darah dan menyebabkan pelbagai komplikasi.
Kolesterol HDL ( High Density Lipoprotein ) atau dikenali sebagai kolesterol yang baik. Kolesterol HDL ini bertanggungjawab dalam mengangkut kolesterol ke hati dan mengurangkan jumlah kolesterol dalam salur darah.
Trigliseride (TG) adalah lemak ringkas dalam darah. Ianya akan meningkat sekiranya seseorang itu gemar mengambil makanan manis. Trigliseride ini akan meningkatkan kadar kolesterol LDL dan menurunkan kadar kolesterol HDL.
Jumlah kolesterol adalah campuran daripada koleterol HDL, LDL dan trigliseride.
Bacaan normal kolesterol dalam darah:-
Jumlah kolesterol : ≤ 5.2mmol/L
Kolesterol HDL : > 1.0mmol/L
Kolesterol LDL : < 2.6mmol/L
Trigliseride : <1.7mmol/L
Jadi, kita akan teruskan lagi pengenalan diet untuk bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia). Antara panduan mengawal kolesterol yang mudah adalah:-
1) Amalkan diet yang sihat
– Makan makanan yang seimbang
Boleh mengamalkan cara pinggan sihat supaya pemilihan makanan lebih seimbang.
Pinggan sihat mengamalkan konsep suku-suku separa. Konsepnya adalah:-
1/2 daripada pinggan adalah sayur-sayuran
1/3 daripada pinggan adalah karbohidrat (nasi/merah/bihun)
1/3 daripada pinggan adalah sumber protein (lauk)
INFO!!!
Pinggan sihat bukan sahaja sesuai untuk berdiet atau menurunkan berat badan sahaja TETAPI ianya amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah dalam kolesterol, kencing manis dll.
Elakkan/kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans.
Lemak tepu terdapat dalam sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Pengambilan makanan yang tinggi lemak tepu boleh meningkatkan aras kolesterol dalam darah. Contoh:- mentega, ghee, santan, creamer, susu pekat manis
Lemak trans pula adalah lemak yang berbahaya berbanding lemak tepu. Lemak trans ini terjadi disebabkan oleh dihidrogenasi seperti yang terdapat pada magerin, makanan sejuk beku.
Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol yang tinggi amatlah disarankan untuk mengurangkan pengambilan makanan lemak tepu dan lemak trans.
Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat
Pemilihan makanan tinggi serat mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Jadi, kita perlu bijak dalam pemilihan makanan yang baik untuk tubuh.
Pilihlah roti atau biskut yang mil penuh kerana kandungan seratnya lebih tinggi.
Tingkatkan pengambilan kekacang
Amalkan pengambilan sayur-sayuran yang lebih banyak
Pastikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sekurang-kurangnya 5 hidangan setiap hari (ikut pyramid makanan)
Tingkatkan pengambilan air masak/mineral
Tingkatkan pengambilan air masak dan ELAKKAN pengambilan air manis. Kerana peningkatan air manis akan meningkatkan trigliseride dalam darah.
Amalkan cara masakkan yang lebih sihat
Gunakan kuali yang tidak melekat semasa memasak bagi mengurangkan penggunaan minyak
Gantikan mayonies dengan perahan limau nipis/lemon/cuka untuk membuat salad dressing
Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minya yang beli
Elakkan menyediakan hidangan makanan yang bergoreng yang bersalut tepung kerana minyak akan diserap lebih banyak berbanding makanan yang bergoreng biasa
2) Lakukan senaman secara rutin
Selain daripada mengamalkan diet yang seimbang, senaman juga membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Digalakkan melakukan senaman SEKURANG-KURANGNYA 3 kali sehari seminggu, 30 minit setiap hari atau lebih daripada 3 hari.
3) Amalkan gaya hidup yang sihat
– ELAKKAN atau KURANGKAN pengambilan minuman yang beralkohol. Hal ini disebabkan, minuman yang beralkohol mampu meningkatkan tahap trigliseride dalam darah.
INFO SIHAT!!!
Jumlah alkohol yang dibenar sekiranya seseorang itu TIDAK mampu berhenti daripada mengambil alkohol adalah kurang daripada 2 unit sehari.
Lelaki : 2 unit sehari
Perempuan : 1 unit sehari
Seunit di tarikan seperti berikut:-
– 5 ounces wine
– 12 ounces beer
– 1 1/2 ounces (80%) whisky
– ELAKKAN diri daripada terlibat dalam menghisap rokok, kerana rokok membahaya diri dan orang sekeliling.
– ELAKKAN diri daripada mengahadapi stress di tempat kerja. Stress juga boleh menjadi salah satu faktor seseorang itu tidak sihat tubuh badan.