Didik Anak Untuk Ketahui 8 Perkara Ini

Anak adalah anugerah Allah SWT, maka sebagai ibu bapa kita perlu didik anak untuk ketahui 8 perkara ini. Walaupun terlihat 8 perkara ini seperti perkara yang remah tetapi dengan cara kita kerap memberitahu anak akan perkara ini ianya akan memberi impak yang besar di dalam tumbesaran anak-anak.

Jangan terlalu memikirkan mereka kecil tetapi fikirkan cara anak-anak zaman sekarang berfikir tidak sama seperti zaman kanak-kanak 10 tahun dahulu berfikir. Maka tidak salah untuk kita memberitahu mereka 8 perkara ini.

Didik Anak Untuk Ketahui 10 Perkara Ini

Amalan Pemakanan Semasa Berpantang

Sebagai ibu bapa perlu didik anak untuk ketahui 8 perkara ini agar mereka menjadi anak yang soleh mahupun solehah. Antara 8 perkara yang WAJIB ibu bapa didik anak-anak adalah:-

1) Jelaskan kepada mereka bahawa diri mereka adalah Hamba Allah.

Sekiranya ibu bapa sudah memberikan penjelasan itu maka lebih mudah anak-anak untuk mengikut segala suruhan ALLAH. Nampak penjelasannya mudah walaubagaimanna sekalipun, penjelasan itu menentukan “mental self image” anak-anak.

Penjelasan ini amat penting bagi MENGELAKKAN anak-anak menjadi :-

  • Seorang yang angkuh akan nikmat yang ALLAH berikan.
  • Bagi memastikan anak fahami bahawa setiap kemahuan mereka TIDAK SEMESTINYA perlu dipenuhi oleh ibu bapa
  • ELAKKAN anak menajdi bossy kepada ibu bapa mereka sendiri.

2) Berikan penerangan berkenaan dengan diri mereka adalah milik hakiki pencipta (ALLAH)

disleksia


Tujuan penerangan berkenaan dengan diri mereka adalah milik pencipta agar mereka tahu untuk pulang ke pangkal jalan sekiranya sudah melakukan kesilapan. Tanamkan dalam diri mereka berkenaan dengan diri mereka adalah milik pencipta bukan milik mereka. Dengan itu, setiap kesalaahan yang mereka lakukan pasti akan ketemu jalan penyesalan dan penyelesaian.

3) Terangkan kepentingan mencari rezeki yang HALAL dan kepentingan bersedekah.

Baca Juga :   8 Cara Mudah Untuk Memerahkan Bibir


Sekiranya dari kecil lagi ibu bapa sudah memberikan nasihat berkenaan dengan mencari rezeki yang HALAL itu penting untuk melahirkan keturunan yang baik. Dan pada masa yang sama lan minda suka memberi BERBANDING menerima. Maka dengan itu lebih mudahlah untuk mendidik anak hidup dalam keadaan sederhana tetapi masih mampu memberi.

“Tangan yang memberi lebih baik berbanding tangan yang menerima”

Selain daripada mengajar mereka untuk bersedekah ibu bapa juga WAJIB memberi penerangan berkenaan dengan rezeki itu datang daripada ALLAH. Maka setiap rezeki yang kita perolehi ada bahagian orang lain. Maka dengan bersedekah mampu membantu orang lain mendapatkan sebahagian rezeki yang kita perolehi. 

TAHUKAH ANDA!!!

Anak yang faham akan konsep rezeki itu datangnya daripada ALLAH lebih mudah untuk bersyukur dengan apa yang mereka miliki.

4) Terangkan kepada anak berkenaan dengan 5 checkpoint yang bakal mereka tempuhi selepas kematian.

  • Checkpoint 1 adalah kematian
  • Checkpoint 2 adalah barzakh
  • Checkpoint 3 adalah mahsyar
  • Checkpioint 4 mizan
  • Checkpoint 5 sirat

Dengan adanya 5 penerangan ini akan menyebabkan anak lebih mudah tunduk hatinya dengan kebaikan dan JAUH dari kejahatan. 

PERINGATAN!!!

Penerangan setiap checkpoint ini bertujuan sebagai peringatan kepada anak-anak BUKAN untuk menakut-nakutkan mereka akan hari selepas kematian.

5) Terangkan kebaikan membaca Al-Quran

Setiap satu surah mempunyai cerita yang tersendiri untuk dijadikan panduan hidup. Maka dengan menerangkan segaal kebaikan dan cerita di dallam Al-Quran sebagai tauladan akan memudahkan lagi penerangan akan kewujudan ALLAH sebaggai tuan sekalian alam.

Maka terangkanlah kebaikan membaca Al-Quran kepada anak agar mereka lebih mudah untuk di bentuk.

6) Tanggungjawab yang bakal mereka pikul setelah akil baligh

Didik anak



Perkara yang PENTING adalah memberikan penerangan kepada anak tanggunjawab yang perlu mereka pikul setelah akil baligh. Penerangan ini bagi memastikan mereka sentiasa mempunyai tanggunjawab dalam melaksanakan perintah ALLAH dengan betul dan bertanggunjawab.

7) Terangkan kepada mereka amal soleh bukan sahaja solat dan berpuasa

Amal soleh adalah melakukan pekerjaan baik yang bermanfaat bagi diri sendiri dan orang lain berdasarkan syariat islam serta ikhlas kerana Allah. Justeru itu, setelah menerangkan maksud sebenar amal soleh maka mereka akan ketahui bahawa amal soleh bukan sahaja puasa mahupun solat. Malahan amal soleh termasuk:-

  • Bekerja
  • Makan
  • Tidur
  • Membantu adik beradik dll
Baca Juga :   Helicopter Parenting ( Ibu bapa yang terlalu melindungi )

8) Terangkan nilai adik beradik melebihi nilai harta yang kita miliki

Hubungan adik beradik TIDAK akan pernah putus. Justeru itu, terapkan nilai murni dalam diri setiap anak agar mereka tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dalam diri mereka.

Kelihatan mudah untuk mendidik anak, tetapi sebenarnya mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah tetapi ianya akan menjadi mudah sekirnaya kita tahu untuk mendidik mereka. Hal ini disebabkan anak adalah cerminan kepada ibu bapa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh