Didik Anak Tentang Adab Ketika Usia Menjangkau 6 Tahun

Anak adalah anugerah yang terindah buat ibu bapa, walaupun mereka adalah anugerah yang terindah didikan yang sempurna perlu diberikan. Justeru itu, didik anak tentang adab ketika usia menjangkau 6 tahun.

Hal ini disebabkan ketika berusia 6 tahun mereka sudah bijak melihat sesuatu yang baik dan tidak. ELAKKAN terlalu memanjakan anak sehingga mereka tidak tahu membezakan adab dengan kasih sayang.

Didik Anak Tentang Adab Ketika Usia Menjangkau 6 Tahun

Sudah menjadi kebiasaan kita melihat anak kecil meninggikan suara, pukul ibu bapa ketika meragam atau membaling barang sekiranya mereka berasa kurang selesa akan sesuatu. Walau bagaimana sekalipun, sekiranya anak sudah menjangkau usia 6 tahun, perbuatan tersebut WAJIB DIELAKKAN.

Hal ini disebabkan, ketika usia 6 tahun ibu bapa WAJIB :-

  • Mengajar anak untuk menghormati orang lain
  • Menjaga adab dihadapan orang tua
  • ELAKKAN anak daripada masuk campur urusan orang tua ketika berbual

Cuba ibu bapa mengkaji semula, ada atau tidak perlakuakan anak yang terlalu agresif ketika berada diluar mahupun bersama ahli keluarga yang boleh dikategorikan sebagai kurang beradab. Sekiranya ada, mungkin terdapat beberapa kekurangan dari segi didikan kita terhadap anak yang mungkin kita terlepas pandang.

Antara perlakuan yang boleh dikatakan kuarang beradab adalah seperti:-

  • Meninggikan suara kepada ibu bapa
  • Menengking ketika diberi teguran
  • Kerap marah tanpa sebab
  • Tidak lakukan “eye contact” ketika di tegur oleh ibu bapa
  • Tidak peduli akan teguran yang diberikan oleh ibu bapa
  • Memukul atau membaling barang 

Perbuatan ini akan menunjukkan bahawa anak kurang adab atau seumpama ibu bapa tidak tahu untuk mendidik anak. Justeru itu, sebagai ibu bapa keraplah lakukan kajian akan perubahan tingkah laku anak-anak. Jadi, ibu bapa akan dapat perbetulkan adab anak dari semasa ke semasa.

Baca Juga :   Sukan Terbaik Bagi Kanak-kanak

Tips dan panduan mendidik anak

Tips dan panduan mendidik anak tentang adab ketika usia menjangkau 6 tahun. Antara tips dan panduannya adalah seperti:-

1) ELAKKAN guna tangan atau anggota tubuh yang lain untuk memukul anak.

Memukul anak menggunakan tangan atau anggota yang lain akan memburukkan lagi keadaan. Pada masa yang sama akan menyebabkan anak mudah menjadi lebih degil dan sukar untuk mendengar nasihat.

Hal ini disebabkan mereka akan beranggapan bahawa ibu bapa TIDAK menyayangi mereka. Justeru itu, ELAKKAN memukul anak tanpa sebarang sebab yang munasabah. 

“Ibu bapa WAJIB ketahui perbezaan mengajar anak adab dan mengajar anak takut. Dua perkara ini mempunyai perbezaan yang sangat besar”

2) Ajar anak menunaikan solat

Didik Anak Tentang adab

Cara Meningkatkan Pahala Puasa

Mendidik anak BUKAN dengan cara memukul sahaja, terdapat cara lain yang mampu membuatkan hati anak lembut dan mendengar kata. Antara caranya adalah:-

  • Ajari anak mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Mereka tidak tahu erti membaca doa tetapi sekiranya perbuatan itu kerap dilakukan oleh ibu bapa maka ianya mampu membuatkan hati anak lembut dan mudah untuk mereka mendengar kata. 

  • Tunaikan solat bersama-sama

Walaupun ketika usia 6 tahun mereka hanya mampu mengacau ibu bapa menunaikan solat tetapi dengan mewujudkan suasana ini mampu menarik minat anak untuk menunaikannya.

“Meluntur buluh biarlah dari rebungnya”

Justeru itu, didiklah anak menunaikan solat seawal usia 6 atau 7 tahun. Sabda Rasulullah s.a.w

“Perintahkanlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur 7 tahun, dan pukullah mereka kerana tidak solat ketika berumur 10 tahun dan pisahkanlah tempat-tempat tidur mereka”

(H. R Ahmad & Abu Daud)

3) Nama panggilan yang baik

Berikan nama panggilan yang baik dan mempunyai makna. Hal ini disebabkan dengan panggilan nama yang baik mampu membuatkan anak suka untuk dipanggil oleh ibu bapa. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. Dengan itu, ianya akan membuatkan anak mudah memberontak tanpa kita sedari. 

“Panggilan nama melambangkan siapa anak dimata kita, justeru itu berikanlah nama panggilan yang bermakna agar anak mudah untuk dilentur”

4) Peluk anak setiap hari

Baca Juga :   Cara merawat penyakit hati dalam Islam


Didik Anak Tentang Adab


Berikan anak pelukan kasih sayang setiap hari. Sekiranya kita sering memberikan pelukan kasih sayang ini nescaya ibu bapa lebih mudah untuk mendiidik anak tentang adab. Hal ini disebabkan, anak berasa diri disayangi dan menyebabkan mereka mudah untuk menerima nasihat.

“Anak adalah acuan daripada ibu bapa maka setiap satu perbuatan ibu bapa yang baik akan memberi kesan yang positif terhadap anak-anak”

5) Dengar bila anak bercakap

Sebagai ibu bapa yang baik, mereka akan mendengar setiap satu cerita anak kecil walaupun sukar untuk difahami. Dengan cara mendengar setiap satu cerita mereka dan anda tidak memotong kisah mereka mampu mengajar anak-anak untuk menunggu giliran ketika bercakap. Pada masa yang sama, dapat mengajar anak untuk TIDAK memotong percakapan orang lain.

“Ibu bapa adalah role model yang terbaik buat anak-anak”

Hargai setiap detik bersama anak. Walaupun mereka masih kecil didik mereka agar ketahui perbezaan antara bergurau dan beradab. Hal ini disebabkan mereka hanyalah kanak-kanak kecil yang masih belumfahami apa itu adab. Justeru itu, ibu bapalah yang perlu mendidik mereka erti beradab.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh