Didik Anak Lelaki Hormat Kepada 5 Individu

Didik anak lelaki hormat kepada 5 individu ini walaupun mereka seorang yang nakal atau degil. Hal ini bagi memastikan mereka akan sentiasa menjadi seorang lelaki yang sejati walaupun mereka tidak mengungkapnya. Pada masa yang sama, sekiranya mereka mampu menghormati 5 individu ini di dalam hidup mereka maka mereka boleh melindungi ahli keluarga mereka daripada diganggu oleh orang luar.

Didik Anak Lelaki Hormat Kepada 5 Individu

Siapakah 5 individu yang perlu anak lelaki hormati itu?

Antara 5 individu yang perlu ibu bapa didik agar anak lelaki hormat adalah:-

1) Ibu

Didik Anak lelaki

 

Ibu merupakan insan yang melahirkan kita ke dunia ini. Justeru itu, anak lelaki WAJIB menghormati mereka yang bergelar ibu tidak kira ibu kandung, ibu mertua, ibu tiri, ibu susuan dan lain-lain.

Sudah menjadi satu lumrah di dalam kehidupan, ibu mempunyai sifat yang lembut. Justeru itu pelajari dan didiklah anak lelaki untuk menghormati mereka. Ajari mereka pengorbanan seorang ibu ketika mahu melahirkan mereka ke dunia agar mereka sentiasa ingat akan pengorbanan seorang ibu. Tanpa ibu maka tidak lahirlah mereka ke dunia ini. 

“Ibu merupakan insan yang penting dalam diri seorang anak maka hargailah ibu selagi mereka masih hidup”

2) Adik perempuan

Didik Anak lelaki

TAHUKAH ANDA!!!

Lelaki adalah wali kepada adik beradik perempuannya selepas ketiadaan bapa. Maka, sebagai seorang yang bakal mengalas tanggungjawab besar seorang bapa mereka perlu sentiasa menghormati adik beradik perempuan mereka agar mereka tidak mengkasarinya sekiranya ketiadaan ibu bapa.

Semasa kecil lagi, ibu bapa WAJIB mendidik anak lelaki akan tanggunjawab mereka terhadap adik-beradik perempuan agar mereka tidak melepaskan tanggunjawab itu. Ibu bapa perlu tanamkan sifat pelindung kepada seorang anak lelaki agar mereka tahu TANGGUNJAWAB mereka. 

3) Pendidik

didik Anak lelaki

Seorang pendidik merupakan mereka yang sering mencurahkan ilmu kepada anak-anak. Jsuteru itu, pendidik (guru) menjadi asbab kita berilmu maka kita perlu ajari anak untuk menghormat guru TIDAK kira kepada anak lelaki atau perempuan. Hormati mereka yang memberikan ilmu TIDAK akan menyebabkan kita menjadi seorang yang miskin. 

“Tanpa guru kita di ibaratkan seperti tin kosong yang apabila diketuk akan mengeluarkan bunyi bising tetapi isinya kosong”

4) Sahabat yang mengajak kepada kebaikan

Dalam kehidupan kita perlu bijak memilih sahabat. Justeru itu, selain mengejar kejayaan dunia dan akhirat ibu bapa perlu menerapkan kepada anak-anak skill memilih sahabat. Hal ini agar anak tahu memilih mana satu kaca dan mana satu permata yang mampu membawa mereka ke syurga tanpa mereka sedari. Sekiranya anak sudah berjumpa dengan insan yang bergelar sahabat ini maka didiklah mereka untuk sentiasa menghormati sahabat tersebut.

***Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu menegur kesilapan dan menutup segala kekurangan diri agar terlihat kelebihan yang dapat menjadi tauladan kepada semua***

5) Ayah

Ayah merupakan insan yang terkadang tidak akan menunjukkan kasih sayang mereka kepada anak. Walau bagaimana sekalipun, ayah juga merupakan salah satu insan yang WAJIB dihormati walaupun mereka bersifat kasar. Hal ini disebabkan tanpa ayah siapalah kita. Mereka merupakan insan yang sentiasa mencari nafkah untuk membesarkan mereka yang bergelar anak. Justeru itu, hormatilah ayah dan lembutkan nada suara ketika bercakap dengan mereka. Jangan sesekali meninggikan suara kepada ayah walaupun terkadang kita tidak bersetujui akan pendapat yang diutarakan mereka.

Hormati 5 individu ini tidak akan menyebabkan kita msikin. Malahan, sekiranya kita menghormati 5 individu ini ianya akan membuatkan hidup kita akan lebih sempurna. Hal ini disebabkan, 5 individu ini sentiasa mengajar kira erti kehidupan yang penuh liku tanpa kita sedari.

“Ketenangan itu wujud apabila kita tahu apa yang mahu kita lakuakan pada masa akan datang”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh