Definasi Kontak Rapat Dan Kontak Kasual Pesakit COVID -19

Apabila sebut sahaja COVID -19, pasti ramai yang berasa gerun kerana virus ini telah meragut banyak nyawa. Justeru itu, sebagai rakyat yang prihatin kita WAJIB fahami definasi kontak rapat dan kontak kasual. Ianya bagi memastikan kita ketahui keadaan semasa diri kita. 

“Tidak tahu boleh pelajari tetapi sekiranya sombong maka tiada apa yang boleh dipelajari lagi”

Definasi Kontak Rapat Dan Kontak Kasual

Kontak rapat

 

1) Kontak Rapat

Kontak rapat bermaksud individu yang berhubung secara langsung dengan kes positif COVID -19. Ianya termasuklah secara bersemuka lebih daripada 15 minit pada jarak kurang dari 1 meter tanpa memakai pelitup muka atau bersentuhan.

Antara golongan yang boleh diklasifikasikan sebagai kontak rapat bagi seseorang adalah:-

  • Ahli keluarga atau individu yang tinggal serumah
  • Rakan sekerja yang bekerja dalam ruang kerja yang sama
  • Rakan sekelas
  • Berada dalam kenderaan yang sama dalam lingkungan jarak dua tempat duduk
“Golongan di atas semua dikenali sebagai kontak rapat sekiranya mereka bersemuka dengan pesakit COVID -19

PERINGATAN!!!

Walaupun anda memakai pelitup muka atau TIDAK bersentuhan dengan pesakit COVID -19 TETAPI sekiranya anda TIDAK memakai pelitup muka dengan betul kebarangkalian anda untuk mendapatkan jangkitan virus ini adalah TINGGI.

Keperluan kuarantin bagi mereka yang kontak rapat dengan pesakit COVID -19 adalah selama 10 hari. Kontak rapat juga WAJIB menjalani Ujian Pengesahan COVID -19 pada hari pertama dan ke-8. Sekiranya aanda positif maka anda akan menerima rawatan sebagai pesakit COVID -19.

Sekiranya anda negatif, anda akan kekal sebagai kontak rapat dan perlu meneruskan kuarantin sehingga tamat tempoh 10 hari. Manakala, bagi penilaian kesihatan kendiri, mereka yang kontak rapat meneruskan kuarantin sehingga 14 hari. 

2) Kontak Kasual

Kontak kasual bermaksud individu yang berada dekat dan berkemungkinan terdedah kepada kes positif COVID -19 tanpa diketahui. Individu ini berisiko rendah untuk dijangkiti berbanding dengan kontak rapat.

Cara untuk mengetahui sama ada seseorang itu tergolong dalam kontak kasual adalah menerusi aplikasi MySejahtera. Justeru itu, amat PENTING bagi setiap individu scan MySejahtera di setiap pintu masuk premis. 

“Putuskan rantaian COVID -19 agar kita boleh hidup seperti sediakala. Kita mampu mengubahnya”

Bagi kategori kontak kasual, mereka TIDAK perlu kuarantin diri. Pada masa yang sama, mereka juga TIDAK perlu menjalani Ujian Pengesahan COVID -19 KECUALI mereka mempunyai gejala. Sekiranya bergejala tetapi TIDAK POSITIF setelah menjalani ujian, anda akan tetap menjadi kontak kasual pesakit COVID -19. Anda juga TIDAK perlu menjalani kuarantin seperti mereka yang menjadi kontak rapat. 

“Penilaian Kendiri boleh dilakukan selama 14 hari”

Pemberian Vaksin COVID -19

Cara anda mendapatkan Vaksin COVID -19 ini adalah menerusi:-

a) Menerima notifikasi berkenaan dengan pengambilan vaksin COVID -19 melalui aplikasi MySejahtera
b) Pengambilan vaksin adalah secara sukarela di mana anda perlu mengisi Borang persetujuan bertulis. 

“Baca dahulu setiap satu penerangan pada borang persetujuan agar anda tidak tersalah faham akan maksud isi borang tersebut”

c) Jenis vaksin yang akan diterima ditetapkan oleh pihak KKM. Vaksin tersebut TIDAK boleh dipilih oleh penerima
d) Pemberian vaksin adalah secara percuma kepada individu 18 tahun dan ke atas
e) Anda akan menerima 2 dos vaksin COVID -19 

PERINGATAN!!!

Anda akan menerima kedua-dua dos vaksin mengikut dos dari dua jenis vaksin yang sama. Sekiranya anda mengalami alahan yang teruk semasa penerimaan vaksin dos yang pertama maka anda TIDAK akan mendapatkan vaksin bagi dos yang kedua. Pantau kesihatan diri anda dari semasa ke semasa.

“Kini kita semua adalah barisan hadapan yang perlu ke hadapan untuk melindungi generasi akan datang. Anda mampu mengubahnya”

Rujukan:-

http://covid-19.moh.gov.my/infografik

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh