COVID – 19 : Vitamin C Hanya Suppliment Tambahan

COVID – 19 : Vitamin C hanya suppliment tambahan. Sejak seluruh dunia menghadapi pandemik COVID -19 ini ramai yang mencari vitamin C bagi meningkatkan imunisasi tubuh badan. Justeru itu, pengambilan vitamin ini sudah menjadi satu kemestian buat semua. Tapi benar ke Vitamin ini baik untuk kesihatan atau hanya ungkapan kata-kata bagi menenangkan keresahan orang ramai. 

Vitamin C

Secara keseluruhannya Vitamin C sememangnya mampu meningkat imunisasi tubuh seseorang TETAPI perlu diingatkan Vitamin ini perlu diambil sebelum anda TERJANGKITI. Sekiranya kita konsisten mengambilnya maka tubuh kita sukar untuk dijangkiti penyakit.

PERINGATAN!!!

Vitamin C hanya mampu membantu dalam meningkatkan imunisasi tubuh TETAPI tidak boleh MENGHALANG TUBUH BADAN daripada terjangkiti virus COVID -19.

Persoalan yang selalu bermain diminda komuniti setempat?

a) Kebaikan vitamin C dalam membanteras pandemik COVID -19

√ Vitamin C TIDAK boleh MENGHALANG virus COVID-19 daripada menjangkiti seseorang TETAPI ianya hanya MEMBANTU dalam MENINGKATKAN imunisasi tubuh SAHAJA.

Selain daripada pengambilan vitamin  cara lain meningkatkan imunisasi tubuh adalah:-

  •  Mendapatkan rehat yang mencukupi (tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari)
  • Amalkan pemakanan yang sihat (mempunyai sayur-sayuran & buah-buahan)
  • Elakkan diri daripada stress yang melampau
  • Elakkan diri daripada menjadi perokok pasif di dalam senyap.

“Perokok pasif bermaksud mereka yang menghidu asap rokok yang dihembuskan oleh perokok”

  • Berhenti merokok sekiranya sayangi keluarga anda
  • Lakukan senaman setiap hari
Tugas lagi bagi Vitamin C selain daripada meningkatkan imunisasi tubuh adalah:-
  1. Menghasilkan atau membantu dalam pembentukan kolegen tubuh badan
  2. Dikenali sebagai makanan yang mempunyai antioxidant yang tinggi (mampu menghalang radikal bebas yang merosakkan tubuh badan)
b) Saranan dalam pengambilan Vitamin C

Fakta Kesihatan!!!
Menerusi Recommended Nutrient Intake (RNI) untuk Malaysia pengambilan vitamin C adalah:-

1-9 tahun : 30-35mg
10-18 tahun : 65mg
19 tahun dan keatas : 70mg

Tetapi bagi mereka yang mahu mengambil vitamin C lebih daripada nilai yang disarankan BOLEH tetapi TIDAK BOLEH melebihi 2000mg sehari bagi orang DEWASA bukan KANAK-KANAK.

c) Adakah Vitamin C selamat diambil?

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik.

“Apabila sebut asid bermaksud ianya adalah vitamin yang acidic jadi vitamin ini perlu diambil SELEPAS makan bagi MENGELAKKAN daripada terkena gestrik bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik KECUALI mereka mengambil supplement vitamin yang asid free”.

FAKTA!!!

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut didalam air. Jadi, ianya tidak akan disimpan di dalam tubuh badan malahan ianya juga dibuang (berlaku perkumuhan) menerusi air kencing sekiranya berlebihan didalam tubuh badan.

Manusia bukan seperti sesetengah haiwan yang mampu menghasilkan vitamin C secara semulajadi. Justeru itu, manusia perlu mengambil vitamin C daripada makanan atau supplement kesihatan sebagai supplement tambahan.

“Pengambilan Vitamin C MELEBIHI 2000mg dalam sehari adalah TIDAK DIGALAKKAN kerana ianya akan memberikan kesan samping yang teruk seperti cirit-birit atau pembentukkan batu karang”.


PERINGATAN!!!

Pengambilan Vitamin C secara suntikkan dengan menggunakan tenaga pakar yang TIDAK BERTAULIAH adalah TIDAK SELAMAT. Dan tiada istilah Vitamin C boleh didapati secara suntikkan SAHAJA kerana Vitamin ini adalah salah satu Vitamin yang mudah rosak dalam keadaan cecair. Pengambilan secara oral adalah lebih selamat.

d) Makanan apa yang tinggi vitamin C


√ Buah-buahan (Jambu, Oren, Kiwi, lemon)

Fakta Hebat!!!
Kandungan Vitamin C pada Buah Jambu mempunyai lebih tinggi BERBANDING oren. 1/2 biji (150g) buah jambu mengandungi 228mg vitamin C TETAPI 1biji (165g) oren mengandungi 46.2mg vitamin C SAHAJA.

√ Sayur-sayuran ( brokoli, tomato)

Vitamin C hanya supplement bagi meningkatkan imunisasi tubuh TETAPI bukannya salah satu terapi untuk menjadi tubuh badan kita menjadi kebal dalam mendapat virus penyakit. Terapi yang sebenar dalam mencegah penularan COVID – 19 ini adalah patuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekiranya kita mampu mematuhi setiap satu SOP yang disarankan oleh pihak KKM maka kita mampu mencegah COVID -19 ini daripada memasuki ke dalam tubuh badan kita.

“Kini kita sendiri adalah frontliner yang sebenar”

Rujukkan:-
1) https://www.webmd.com/diet/features/the-benefits-of-vitamin-c
2) http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/
3) Atlas Makanan : saiz pertukaran & porsi Edisi Ke-3
4) Recommend Nutrient Intake for Malaysia 2017

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh