Ibu

COVID -19 Vaksin : Siapakah Yang Tidak Layak Menerimanya

Vaksin COVID -19 sudah sampai ke Malaysia pada akhir bulan Februari 2021. Golongan pertama yang mendapatkan vaksin adalah Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Tan Sri Noor Hisham Abdullah pada 24 Februari 2021.

Selain daripada dua orang kuat Malaysia ini, terdapat juga 4 orang barisan hadapan yang telah mendapatkan vaksinasi pertama bersama Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini.

Vaksin sudah tiba tetapi masih ramai yang tidak fahami, apakah KEPENTINGAN mengambil vaksin ini. Justeru itu, terdapat sedikit penerangan berkenaan dengan KEPENTINGAN mengambil vaksin ini.

Kepentingan mengambil vaksin ini adalah:-

  • MENGAWAL penularan penyakit COVID -19

TAHUKAH ANDA!!!

Semakin banyak populasi penduduk Malaysia yang mengambil vaksin COVID -19 ini semakin ramai penduduk membentuk antibodie dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID -19 ini menjadi lebih teruk.

  • Melindungi golongan yang berisiko yang TIDAK layak menerima vaksin

Antara golongan yang berisiko adalah seperti :-

  • Kanak-kanak
  • Wargaemas berusia 65 tahun dan ke atas
  • Pesakit dengan penyakit kronik
  • Pesakit dengan daya ketahanan yang rendah
  • Wanita hamil dan menyusukan bayi

Siapakah yang layak menerima vaksin COVID -19

Seluruh penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas LAYAK menerima vaksin ini. Walaubagaimana sekalipun, vaksin ini diberikan keutamaan kepada:-

  • Petugas Barisan Hadapan
  • Golongan yang berisiko Tinggi bagi mendapatkan jangkitan seperti :-
    • Wargaemas
    • Pesakit dengan masalah perubatan (sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dll)

Hukum Pengambilan vaksin COVID -19 ini adalah HARUS dan WAJIB diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan

Hukum ini dikeluarkan oleh Majlis Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 3 Disember 2020.

Siapakah Yang Tidak Layak Menerima Vaksin COVID -19

Covid -19

Antara golongan yang TIDAK layak Menerima vaksin ini adalah:-

  • Mempunyai sejarah kemasukan ke hospital akibat dari alahan yang teruk
  • Mengalami reaksi alahan yang teruk setelah menerima dos pertma vaksin
  • Mempunyai reaksi alahan yang teruk terhadap manna-mana vaksin yang pernah diterima sebelum ini
  • Sedang Hamil dan menyusukan bayi

PERHATIAN!!!

PENGUMUMAN terbaru daripada Menteri Kesihattan Malaysia Dr Adham Baba, wanita yang hamil atau sedang menyusukan bayi BOLEH MENGAMBIL VAKSIN dengan mendapatkan dahulu nasihat daripada Doktor bagi pengambilan vaksin ini

Persoalan yang sering bermain di minda orang awam adalah, adakah penerima vaksin akan dilindungi 100%?

Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui PENINGKATAN antibodi dalam badan bermula hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodie akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua.

Ini bermakna seseorang akan dilindungi secara OPTIMA selepas menerima kedua-dua dos vaksin ini. Pengambilan vaksin ini juga MENGURANGKAN kebarangkalian kejadian penyakit COVID -19 yang serius berulang di kelompok yang sudah menerima vaksin. 

PERINGATAN!!!

Walaupun anda sudah menerima dos vaksin secara keseluruhan atau sempurna anda TETAP perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti MENGAMALKAN 3W (Wash, wear dan warn) dan MENGELAKKAN 3C (Sempit, sesak dan sembang dekat)

Tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID -19 masih belum diketahui, jadi penjarakan perlu dipatuhi walaupun sudah menerima Vaksin

Maklumat lanjut berkenaan dengan vaksin ini, anda boleh layari di:-

Perkara yang perlu dilakukan selepas menerima suntikan vaksin COVID -19

Setelah menerima vaksin COVID -19, penerima perlu melakukan :-

  • Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit
  • Anda WAJIB memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami tanda-tanda berikut:-
    • Kesukaran bernafas
    • Pembengkakan muka, bibir dan tekak
    • Denyutan jantung yang sangat cepat
    • Ruam teruk timbul di seluruh badan
    • Pening dan lemah tubuh badan
  • Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikut langkah pencegahan penyakit COVID -19
  • WAJIB menyimpan kad vaksinasi yang diberikan oleh anggota kesihatan.

Apabila sudah mendapat dos pertama, anda akan mendapat kad vaksinasi bagi dos yang kedua, ianya bagi memudahkan pihak hospital untuk mengenalpasti golongan yang sudah mendapatkan vaksin dos pertama atau belum

Selain itu, di dalam aplikasi MySejahtera juga akan di update berkenaan dengan kad vaksinasi ini. Hal ini bagi memastikan semua maklumat pesakit dikemasikini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh