COVID -19 : Membebaskan Diri Daripada Keganasan Rumah Tangga

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini di istiharkan, terlalu banyak kes keganasan rumah tangga akibat tekanan yang melanda diri mereka. Justeru itu, sebagai mangsa (wanita) yang mengalami keganasan rumah tangga DISARANKAN untuk melepaskan diri anda daripada di belengu masalah rumah tangga ini. 

TAHUKAH ANDA!!!

Keganasan rumah tangga sering berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktornya adalah:-

  • Tekanan dan pemangsa TIDAK tahu untuk mengawal perasaan
  • Tekanan akibat kesempitan wang
  • Tekanan akan situasi yang tidak dapat dikawal

Justeru itu, bagi mereka yang mengalami tekanan anda DINASIHATI agar:-

  • Ambil wuduk dan tunaikan solat (bagi islam)
  • Zikir dan Istifar
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang betul-betul boleh diperayai
  • Dapatkan bantuan daripada pakar sekiranya merasakan diri tidak dapat mengawalnya lagi
  • Belajar cara untuk mendapatkan penafasan yang betul

COVID -19 : Membebaskan Diri Daripada Keganasan Rumah Tangga

Keganasan rumah tangga

Terdapat pelbagai cara untuk anda membebaskan diri daripada keganasan rumah tangga yang disediakan oleh pihak kerajaan menerusi talian kasih 24 jam. Menerusi talian ini, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat mahupun bantuan sekiranya anda memerlukannya. Talian ini beroperasi 24 jam dalam sehari.

Antara cara anda membebaskan diri daripada keganasan Rumah Tangga adalah dengan:-

1) Menghubungi ahli keluarga dan rakan-rakan yang boleh membantu

Keganasan rumah tangga

Anda boleh memulakan meminta bantuan atau khidmat nasihat daripada saudara terdekat dahulu. Hal ini disebabkan saudara terdekat yang paling mengenali masalah yang dihadapi oleh anda.

Sekiranya mereka TIDAK mampu untuk melakukan sesuatu maka anda boleh menghubungi talian kasih ini 24 jam. 

2) Merancang pelan untuk keselamatan diri mereka dan anak-anak jika keadaan lebih teruk

Anda perlu BIJAK merancang pelan untuk keselamatan diri dan anak-anak sekiranya keadaan menjadi lebih teruk. Anda boleh membuat pelan terdahulu sebelum mengambil langkah selanjutnya.

Baca Juga :   Panduan Pilih Pam Susu

Justeru itu, dalam anda sedang mendapatkan bantuan anda sudah ketahui tindakan anda yang selanjutnya untuk menyelamatkan diri. 

3) Menyimpan nombor telefon jiran tetangga, rakan-rakan dan ahli keluarga

Keganasan rumah tangga

Sekiranya anda sudah mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri maka anda perlu menyimpan nombor telefon jiran tetangga, rakan-rakan dan ahli keluarga. Ianya bagi memudahkan lagi urusan pihak yang bakal membantu anda untuk emnyelamatkan diri daripada masalah itu. 

4) Ada akses kepada dokumen penting, wang, barangan peribadi yang boleh dibawa bersama dengan segera

Semasa anda sedang merancang untuk membebaskan diri daripada keganasan rumah tangga anda perlu BIJAK juga. Maksud disini anda perlu sudah menyediakan dokumen penting, wang sekiranya ada dan barangan peribadi yang boleh dibawa dengan segera. Sekiranya TIADA wang, tak apa pergi sahaja untuk menyelamatkan diri kerana nyawa LEBIH PENTING daripada wang. 

5) Merancang bagaimana membebaskan diri dan mendapatkan bantuan (contoh: pengankutan, lokasi selamat)

Keganasan rumah tangga

Perancangan yang betul WAJIB untuk menyediakan persediaan diri untuk membebaskan diri bagi mendapatkan bantuan untuk keselamatan diri dan anak-anak. ELAKKAN diri daripada membahayakan diri ketika dalam perjalaan untuk menyelamatkan diri. Disebabkan itu, anda yang mahu membebaskan diri daripada di belengu masalah rumah tangga anda perlu merancang dengan betul-betul. 

PERINGATAN!!!

Menyimpan maklumat talian bantuan, pekerja sosial, perlindungan kanak-kanak/ balai polis terdekat, rumah perlindungan dan khimat sokongan sekiranya anda sudah nekad untuk menyelamatkan diri dan membebaskan diri daripada keganasan rumah tangga. 

Diharapankan perkongsian yang diberikan dapat membantu mangsa dalam keganasan rumah tangga ini dengan lebih lagi. Keganasan rumah tanggan kian meningkat dari semasa kesemasa semenjak PKP ini diistiharkan.

Disebabkan oleh itu, sangatlah DINASIHATI kepada mangsa terutamnya golongan wanita jangan pernah mengalah dalam mempertahankan hak anda sekiranya anda diperlakukan sebagai mangsa keganasa rumah tangga. Anda perlu bangkit untuk kebaikan diri dan anak-anak.

Baca Juga :   Self Lockdown Bagi Menghalang Penyebaran COVID -19
***ELAKKAN DIRI MENJADI MANGSA KEGANASAN RUMAH TANGGA***


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh