Cara Untuk Merawat Masalah Sembelit

Cara untuk merawat masalah sembelit ada banyak walaubagaimana sekalipun anda WAJIB ketahui faktor penyebab berlakunya sembelit dahulu. Hal ini disebabkan, sembelit boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan terkadang kita tidak mengambil endah akan masalah tersebut. Justeru itu, penulisan kali ini akan menerangkan cara untuk merawat masalah ini dalam kalangan masyarakat. 

TAHUKAH ANDA!!!

Sembelit merupakan masalah yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh gaya hidup kita sendiri, pemakanan dan pemilihan aktiviti fizikal. Justeru itu, kita perlu pelajari cara untuk merawat masalah ini.

Faktor penyebab sembelit

Antara faktor penyebab sembelit boleh berlaku adalah disebabkan oleh:-

  • KURANG mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan
  • KURANG mengambil air (KURANG daripada keperluan seharian)
  • TIDAK aktif disebabkan oleh pelbagai faktor
  • Gaya penmakanan (berlebihan mengambil daging merah)
  • Pengambilan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit
  • Susu
  • Penyakit yang menyebabkan sembelit (Iritable boewl syndrome)

Cara Untuk Merawat Masalah Sembelit

Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah ini. Walau bagaimana sekali pun, cara merawat masalah sembelit setiap manusia adalah berbeza. Justeru itu JANGAN merawat masalah sembelit setiap manusia sama sahaja.

Antara cara untuk merawat masalah sembelit adalah dengan:-

1) Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat

Masalah Sembelit

TAHUKAH ANDA!!!

Saranan pengambilan serat dalam sehari adalah 25g. 25g pengambilan serat dalam sehari ini mampu membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan mengawal paras gula dalam darah.

Cara untuk tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat adalah seperti:-

  • Amalkan pengambilan sayur-sayuran 3 kali sehari (PASTIKAN setiap makanan utama mempunyai sayur-sayuran)
  • Amalkan pengambilan buah-buahan segar 2 kali sehari
  • Bagi masyarakat yang TIDAK gemar mengambil sayur-sayuran, anda boleh mencuba mengambil:-
    • Oat
    • Physlium husk
    • Barley (Air biarley TANPA gula)
    • Bijirin penuh
Baca Juga :   Pendaftaran Vaksinasi Untuk Tanggungan Sedia Ada

2) Tingkatkan pengambilan air dalam sehari

Masalah Sembelit

Tingkatkan pengambilan air dalam sehari atau pengambilan air mencukupi dalam sehari mengikut kadar berat badan seseorang atau 8 gelas sehari TIDAK termasuk air manis.

INFO SIHAT!!!

1 gelas air = 250ml air. Justeru itu, 8 gelas air x 250ml = 2000ml air

3) Kekal aktif walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan

Pergerakan yang banyak mampu membuatkan najis di dalam usus bergerak. Sekiranya kita kurang bergerak maka najis di dalam usus akan mengeras dan menyebabkan berlakunya sembelit. Pergerakan yang paling mudah adalah naik turun tangga semasa PKP dilaksanakan. Atau lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan setiap individu. 

4) KURANGKAN pengambilan makanan yang berasaskan daging merah

Masalah Sembelit

Pengambilan daging merah yang berlebihan juga akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat masalah sembelit. Justeru itu, KURANGKAN pengambilan daging merah dan TINGKATKAN pengambilan serat dan air dalam sehari.

DISARANKAN mengambil daging merah seminggu sekali atau 2 kali sebulan sahaja bagi mereka yang kerap mengalami masalah sembelit ketika mengambil daging merah. 

5) Pantau rutin harian membuang air besar

TAHUKAH ANDA!!!

Setiap individu mempunyai rutin harian membuang air besar yang berbeza. Ada yang akan membuang air besar setiap hari ada yang 1 kali sahaja dalam masa satu hari. Justeru itu, anda perlu pantau rutin harian anda membuang air besar.

Sekiranya rutin harian anda membuang air besar bertukar maka anda DIGALAKKAN untuk bertemu dengan doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut berkenaan dengan rawatan yang perlu diambil. 

***SETIAP INSAN MEMPUNYAI PERBEZAAN ANTARA SATU SAMA LAIN JUSTERU ITU, ANDA YANG MENGETAHUI AKAN TUBUH BADAN ANDA SENDIRI***

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah sembelit yang sedang anda hadapi. Setiap hamba ALLAH SWT yang diciptakan di muka bumi ini mempunyai perbezaan antara satu sama lain. Justeru itu, anda perlu ketahui perbezaan ciptaan itu yang membezakan anda dengan satu makhluk yang lain maka bersyukurlah dengan apa yang sudah anda ada. Syukur itu yang akan membuatkan anda tenang dalam menghadapi setiap satu dugaan yang ALLAH kurniakan.

Baca Juga :   3 Kebaikan dan Khasiat Susu Unta

Rujukan:-

1) http://www.myhealth.gov.my/sembelit-3/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh