Cara Persiapkan Anak Menyambut Ramadan

Terdapat pelbagai perbezaan keluarga menyambut bulan ramadan. Justeru itu, ibu bapa perlu ketahui cara persiapkan anak menyambut Ramadan agar mereka akan lebih menantikan bulan ini. Disebabkan oleh itu, ibu bapa perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menyambut Ramadan terutamanya bagi ibu bapa yang baru sahaja hendak mendidik anak berpuasa di bulan Ramadan.

Cara Persiapkan Anak Menyambut Bulan Ramadan

Persiapkan anak Menyambut Ramadan

Ketika menyambut Ramadan ada anak yang terlalu teruja akan bulan ini dan ada anak yang tidak. Justeru itu, ibu bapa perlu persiapkan anak menyambut bulan ramadan agar mereka tidak:-

  • Terkejut
  • Tidak selesa
  • Berasa malas hendak menunaikan puasa
  • Beranggapan bulan Ramadan sama seperti bulan yang lain

Ibu bapa perlu melakukan persiapan yang sebenar agar anak tidak berasa jangal untuk menghadapi bulan Ramadan ini. Sekiranya persiapan yang dilaksanakan oleh ibu bapa itu betul maka bulan Ramadan ini akan sentiasa di nanti-nantikan oleh anak-anak pada setiap tahun. Justeru itu, amatlah penting bagi ibu bapa melakukan persiapan yang rapi dalam menghadapi bulan ini.

Antara cara persiapkan anak menyambut bulan Ramadan adalah dengan:-

1) Kerap memperingatkan mereka bulan Ramadan bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi

Ramadan : Peluang Terbaik Meluangkan Masa Bersama Anak

Peringatan itu bagi membangkitkan lagi semangat anak-anak untuk bertemu dengan bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, ianya juga merupakan satu alarm baru buat anak-anak agar mereka tahu bahawa pada bulan ini mereka WAJIB bangun di awal pagi untuk bersahur.

INFO!!!

Setiap peringatan yang ibu bapa berikan mampu menarik minat anak untuk berjumpa di bulan Ramadan ini. Walaubagaimana sekalipun, ibu baap sendiri perlu bijak dalam menyampaikan peringatan tersebut.


2) Beritahu anak tentang nikmat dan ganjaran di bulan Ramadan

Persiapkan anak menyambuat bulan Ramadan
Anak tidak tahu mengapa kita perlu berpuasa di bulan Ramadan. Justeru itu, sebagai ibu bapa anda perlu sentiasa memberitahu mereka nikmat dan ganjaran di bulan Ramadan ini agar anak akan menjadi teruja untuk bertemu di bulan ini. Pada masa yang sama, dengan bercerita atau memberitahu mereka akan nikmat dan ganjaran pada bulan ini akan menarik minat mereka untuk turut berpuasa kerana anak-anak mudah tertarik akan nikmat dan ganjaran yang diperolehi pada bulan ini.

Antara nikmat dan ganjaran yang boleh dikongsikan adalah:-

  • Bulan Ramadan merupakan bulan ibadah kerana setiap amalan kebaikkan akan mendapat pahal yang berganda
  • Terdapat satu malam (Malam Lailatul Qadar) yang memberikan pahal yang berganda bagi mereka yang beriman dan bertaqwa
  • Bulan yang mampu menyatukan hati setiap ahli keluarga
  • Solat Sunat Terawaih yang hanya ada pada bulan Ramadan

3) Beritahu anak bahawa bulan ini bukan sahaja WAJIB menahan lapar dan dahaga malahan seluruh tubuh perlu berpuasa.

Terangkan kepada mereka, pada bulan ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga malahan manusia perlu menahan diri daripada mengutuk atau mengumpat manusia lain. Bulan ini mengajar kita untuk bersabar dengan kerenah manusia yang mampu mengugat keimanan sebagai seorang hamba.

4) Berkongsi kegembiraan kita semasa mula berpuasa ketika kecil

Mungkin anak tidak mampu melihat bertapa bahagianya menyambut bulan ini, tetapi sebagai ibu bapa anda mampu membuatkan ianya bulan yang ceria dengan menceritakan kegembiraan anda menyambut bulan ini ketika kecil. Setiap satu memori yang anda kongsikan pasti dapat membantu anak lebih teruja untuk berjumpa dengan bulan ini.

Kegembiraan yang boleh dikongsikan adalah seperti:-

  • Pergi ke bazar Ramadan sebelum berbuka bagi mengelakkan kita berasa lama menunggu waktu berbuka
  • Dapat terawih bersama kawan
  • Dapat bermain bunga api bersama-sama
  • Kegembiraan dapat memasang lampu pelita bagi 7 malam terakhir Ramadan
  • Dapat mengumpul duit raya yang banyak

Walapun bukan semua kegembiraan itu dapat di nikmati oleh anak-anak kita, tetapi dengan penceritaan yang menarik ini mampu membuatkan anak-anak lebih teruja untuk emnghadapi bulan ini. Keterujaan itu mampu membuat akan anak-anak lebih bersedia untuk berpuasa penuh di bulan Ramadan. Diharapkan perkongsian ini mampu membuatkan ibu bapa lebih bersedia menghadapi bulan yang penuh Barakah ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh