Cara Penyediaan Makanan Dan Senaman Bagi Warga Emas

Warga emas adalah golongan usia yang sudah mencecah 60 tahun dan ke atas. Mereka adalah golongan yang perlu dilindungi kerana mereka adalah golongan yang mudah terjangkiti penyakit terutamanya pada musim pandemik ini. Justeru itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai bantuan kepada mereka bagi memudahkan lagi urusan dalam menerusi kehidupan di dalam komuniti ini.

Pelbagai alternatif perlu diambil bagi memastikan mereka mendapatkan nutrisi yang secukupnya dalam seharian. Justeru itu, cara penyediaan makanan yang betul perlu dititik beratkan oleh penjaganya agar mereka tidak kekurangan nutrisi.

“Keperluan nutrisi yang mencukupi amat penting bagi golongan muda mahupun golongan warga emas”

Cara penyediaan makanan bagi warga emas

Warga emas


Antara cara penyediaannya adalah:-

1) Menyediakan makanan yang lembut 

Penyediaan makanan yang lembut bagi memastikan mereka mampu makan makanan yang sediakan sehingga habis. Hal ini bagi memastikan warga emas dapat semua nutrisi yang diperlukan tidak kira dari segi karbohidrat, protein, serat, vitamin dan mineral.

TAHUKAH ANDA?
Hampir 80% warga emas sudah kehilangan gigi yang membantu mereka menyuruh. Justeru itu, penyediaan makanan yang lembut amat membantu mereka mendapatkan nutrisi yang mencukupi dalam sehari.

2) Pelbagaikan pilihan makanan

Kepelbagaian pemilihan makanan bagi membantu meningkatkan lagi selera mereka. Hal ini disebabkan, semakin meningkat usia semakin banyak selera makan mereka yang akan hilang. Justeru itu, penjaga perlu RAJIN untuk menyediakan pelbagai jenis makanan.

“Cara pemilihan makanan warga emas hampir sama dengan pemilihan atau penyediaan makanan kita semasa kanak-kanak. Justeru itu, jagalah warga emas (ibu bapa) seperti mana mereka menjaga kita”

3) Sediakan makanan yang disukai oleh mereka

Penurunan selera makan bagi warga emas adalah normal kerana semakin meningkat usia semakin kurang rasa untuk menikmati makanan yang ada. Justeru itu, tingkatkan penyediaan makanan yang disukai oleh mereka.

Baca Juga :   Tanda-tanda Masalah Tidur Yang Tidak Mencukupi

PERINGATAN!!!
Walaupun disarankan untuk menyediakan makanan kesukaan mereka TETAPI WAJIB MENGELAKKAN dari menyediakan makanan yang manis, berlemak atau masin bagi mengelakkan komplikasi lain kepada warga emas.

4) Sediakan makanan dalam kuantiti yang sedikit Tetapi kerap

Menyediakan makanan dalam kuantiti yang sedikit bagi golongan warga emas adalah baik kerana bagi meningkatkan selera makan. Tetapi perlu diingatkan WAJIB menyediakan makanan dengan kerap sekiranya menyediakan makanan dalam kuantiti yang sedikit.

“Biar sedikit makanan yang diambil tetapi tenaga yang diambil mencukupi dalam sehari”

Selain daripada penyediaan makanan yang sesuai bagi golongan warga emas, senaman juga penting agar mereka sentiasa kekal sihat.

Cara Senaman mudah bagi warga emas.

Antara senaman mudah adalah seperti:-

1) Berjalan-jalan di taman (beriadah)

Berjalan-jalan mampu membantu menguatkan otot dibahagian kaki (lutut). Sekiranya otot kaki kuat maka ianya tidak memudahkan seseorang berjalan kerana kaki merupakan salah satu aset terpenting buat semua insan yang bergelar manusia.

Selain daripada berjalan-jalan mampu merenggangkan otot, berjalan-jalan ditaman juga mampu menghilang perasaan tertekan warga emas yang kita tidak ketahui. Justeru itu, aktiviti ini mampu membantu mereka lebih selesa dengan keadaan semasa.

2) Memegang bola lembut serta memicitnya

Aktiviti ini tidak memerlukan tenaga yang banyak TETAPI dengan adanya aktiviti ini membantu mereka memegang barang dengan lebih kuat lagi. Selain itu, senaman seperti ini dapat membantu urat di bahagian tangan sentiasa bergerak dan mengelakkan urat tersebut daripada menjadi tegang.

3) Meluruskan dan membengkokkan kaki

Senaman ini mudah untuk dilakukan kerana ianya merupakan pergerakkan kaki sahaja. Boleh dilakukan ketika sedang duduk TETAPI PASTIKAN posisi betul ketika melakukan senaman ini agar tidak berlakunya sakit badan.

Posisi yang betul adalah mereka perlu duduk dalam keadaan 90 darjah sekiranya mampu dan angkat kaki sedikit tinggi agar berlakunya pergerakkan. Senaman ini membantu pengaliran darah dengan lebih baik.

Penjagaan warga emas yang rapi adalah mudah sekiranya kita mengetahui caranya. Setiap ilmu yang ada tidak akan datang bergolek, penjaga perlu sentiasa update ilmu dari masa ke masa agar mereka mendapatkan penjagaan yang rapi daripada kita.

“Sesungguhnya penjagaan warga emas adalah semudah ABC sekiranya kita tahu teknik yang betul dalam penjagaan mereka”

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/senaman-untuk-warga-emas-di-ruang-tamu/
2) http://www.myhealth.gov.my/keperluan-pemakanan/

Baca Juga :   Punca Sakit Pinggang Pada Wanita Muda

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh