Cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang

Semua mahu kelihatan cantik dihadapan suami, tetapi mereka perlu ketahui cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang. Justeru itu, wanita yang baru sahaja lepas bersalin akan berusaha menjaga kesihatan diri mereka dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sepertimana yang disarankan oleh budaya mereka.

Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan besar berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita adalah disebabkan oleh penjagaan diri yang tidak betul selepas bersalin. Justeru itu, bagi sesetengah budaya mereka generasi bawah mengikuti amalan yang mereka sarankan bagi mengembalikan semula tubuh kepada keadaan asal.

Ianya termasuk proses pemulihan bagi:-
√ Kehilangan darah yang banyak semasa bersalin
√ Pengecutan rahim selepas mengalami proses bersalin
√ Mengembalikan keseimbangan hormon selepas bersalin
√ Ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
√ Kehilangan tenaga semasa proses bersalin.

TAHUKAH ANDA?
Tempoh berpantang dianggap sebagai masa merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh semula selepas bersalin. Justeru itu, penjagaan semasa berpantang amat penting buat ibu selepas bersalin.

Salah satu kunci UTAMA untuk kekal sihat selepas berpantang adalah penjagaan pemakanan yang baik. Selain itu, rehat yang mencukupi juga penting dalam proses pemulihan. Pasti ramai yang sering mendengar terdapat pantang larang selepas bersalin yang perlu diikuti.

Tetapi kadang-kadang sesetengah budaya melarang mengambilnya kerana terdapat nenek moyang yang mendapat kesan negatif kerana mengambilnya. Oleh yang demikian, ia bergantung kepada kepercayaan ibu itu sendiri sama ada untuk mengamalkan pantang-larang ini atau tidak. Yang mudah adalah ketahui cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang.

“Jangan ikut kerana takut tetapi perbetulkan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri. Yang perlu ditakuti adalah suami lari kerana kita sudah tidak seperti dahulu lagi”

Cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang

1) Pengambilan makanan mengikut pyramid makanan

Cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang

Pengambilan makanan DISARANKAN mengikut pyramid makanan bagi memastikan wanita bersalin mendapatkan nutrient yang mencukupi dalam seharian. Ianya bagi membantu dalam proses pemulihan selepas bersalin dan bagi memastikan ibu dapat menghasilkan susu yang mencukupi kepada bayi. Ini cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang yang amat penting. 

a) Karbohidrat

Wanita lepas bersalin perlu mengambil jumlah karbohidrat yang mencukupi dalam sehari agar mereka mempunyai tenaga.

Pernah dengar pantang larang mengenai pengambilan ubi bakal menganggu proses pencernaan dan menyebabkan ibu mengalami masalah kembung perut?

Mengenai pantang larang ini, tiada kajian yang menyokong pantang larang ini TETAPI tidak salah bagi wanita yang sudah bersalin mengikuti pantang larang ini. Ubi merupakan kumpulan makanan karbohidrat. Justeru itu, sekiranya mereka tidak boleh mengambil ubi sebagai sumber karbohidrat kita masih lagi mempunyai sumber karbohidrat yang lain seperti:-

  • Nasi (Makanan ruji rakyat Malaysia)
  • Roti
  • Mee
  • Bihun
  • Tepung

***Jangan rumitkan sesuatu yang sebenarnya mudah kerana sesungguhnya terdapat pelbagai lagi sumber karbohidrat dalam pyramid makanan kita***

b) Protein

Pengambilan protein WAJIB bagi wanita yang sudah bersalin kerana protein membantu dalam proses pemulihan luka akibat bersalin sama ada luka faraj atau pembedahan.

Antara fungsi protein yang lain adalah:-

  • Pembentukan tisu-tisu badan yang membantu luka untuk sembuh.
  • Membekalkan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah bagi menggantikan darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran
  • Membantu mencegah masalah anemia

Terdapat pantang larang yang mengatakan sesetengah ikan, ayan, telur adalah berbisa dan tajam. Justeru itu, sesetengah makanan itu akan akan melambatkan penyembuhan luka dan mampu menjadi penyebab berlakunya pendarahan selepas bersalin.

Bagi pantang larang berkenaan dengan pengambilan protein ini perlu dielakkan kerana sekiranya terlalu banya jenis ikan, ayam atau telur tidak boleh diambil makan pola pemilihan pemakanan akan mengecil dan menyebabkan luka menjadi lambat untuk pulih.

Oleh itu, ELAKKAN amalan hanya mengambil ikan kering semasa berpantang kerana ini boleh memudaratkan kesihatan. Pastikan diet harian ibu mengandungi sumber makanan daripada kumpulan protein bagi mempercepatkan kesembuhan.

c) Pengambilan Air

Air amat penting dalam melestarikan lagi kehidupan seharian manusia termasuklah bagi wanita yang baru melahirkan.

Antara fungsi utama air adalah:-

  • Memulihkan kecergasan badan
  • Membantu memulihkan semula keseimbangan elektrolit dalam tubuh badan
  • Mengawal suhu badan

Justeru itu, pengambilan air yang secukupnya amat penting bagi ibu yang menyusukan bayi bagi menggantikan air yang diguna untuk menghasilkan susu ibu.

TAHUKAH ANDA?
Seseorang ibu menghasilkan anggaran 800ml atau 4 gelas susu ibu sehari. Justeru itu, mereka perlu mengantikan semula air yang hilang agar mereka tidak terhadrasi. Penggambilan air sekurang-kurungnya 6-8 gelas sehari.

ELAKKAN pantang larang yang melarang ibu dalam pantang tidak boleh minum air dengan banyak kerana dipercayai boleh menyebabkan urat saraf menjadi kembang.

d) Sayur-sayuran/ buat-buahan

Pengambilan sayur-sayuran amat digalakkan kerana mempunyai:-

  • Vitamin
  • Mineral
  • ​Fitokimia
  • ​Serat

Serat amat penting untuk melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang sering kali dialami oleh ibu yang baru bersalin.

Terdapat pantang larang yang MENCEGAH ibu yang baru bersalin mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kangkung, petola, terung, timun, tembikai dan pisang kerana dianggap ’sejuk’ dan tidak boleh diambil oleh ibu dalam pantang.

Mereka beranggapan dengan mengelakkan makanan sejuk dapat membantu melancarkan pengaliran darah. Sekiranya hanya sesetengah sayur-sayuran dan buah-buahan yang diklasifikasikan sebagai makanan sejuk MAKA ibu yang baru bersalin boleh mengambil sumber makanan lain yang mempunyai khasiat yang sama dengan sayur-sayuran itu. Hal ini disebabkan Malaysia kaya dengan sumber tanaman yang berkhasiat.

Contoh sayur lain yang boleh diambil adalah:-
√ sayur-sayuran : sawi hijau, bayam, kucai,
√ ulam-ulaman (contoh : pegaga, daun cekur dan ulam raja).
√ buah-buahan : oren, betik dan pisang.

***Amalkan perkara yang mudah, dan mudahkan perkara yang sukar***

2) Rehat yang mencukupi

Cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang
Rehat yang mencukupi amat PENTING bagi wanita yang baru sahaja melahirkan. Hal ini disebabkan semasa proses bersalin mereka telah menggunakan tenaga yang banyak. Justeru itu, bagi memulihkan semula tubuh badan, mereka memerlukan rehat yang mencukupi agar dapat membantu menstabilkan semula emosi mereka.

Waktu ini, suami memainkan peranan yang penting untuk membantu isteri mendapatkan rehat yang mencukupi untuk mengembalikan semula kesihatan tubuh serta emosi mereka.

Cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang adalah mudah sekiranya kita tahu apa yang perlu dan apa yang tidak. Sekiranya mahu mengikuti setiap satu pantang larang ahli keluarga tidak salah TETAPI JANGAN SAMPAI MEMUDARATKAN KESIHATAN tubuh badan sendiri. Cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang perlu diamalkan secara konsisten. 

 

“Tubuh badan perlu digunakan dalam jangka masa yang panjang jadi jagalah tubuh badan kita. ELAKKAN tubuh expired sebelum tarikhnya”

Amalkan cara penjagaan makanan untuk kurus dan sihat dalam pantang dengan betul bagi kesejahteraan diri anda.

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-semasa-berpantang/

2) https://zonbayi.com/diet-bagi-wanita-berpantang-yang-perlu-diikuti/amp/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh