Ibu

Cara Penjagaan Buah Pinggang

Penjagaan Buah pinggang bukan mudah, hal ini disebabkan buah pinggang merupakan salah satu organ tubuh badan yang sangat penting yang berbentuk kacang. Ianya merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Antara fungsinya adalah:-

  • Mengekalkan imbangan homostatik cecair badan
  • Menapis dan menyingkirkan metabolik tubuh (toksin) dan dibuang melalui air kencing
  • Mengawal proses penghasilan darah merah
  • Mengawal kesimbangan paras garam dalam tubuh badan

Justeru itu, sebagai mereka yang sangat mementingkan penjagaan kesihatan tubuh badan anda WAJIB ketahui cara penjagaan buah pinggang agar kesihatan anda terjamin.

“Jangan pernah abaikan penjagaan buah pinggang anda walaupun anda masih sihat kerana penyakit datang tanpa diundang”

Cara Penjagaan Buah Pinggang

Cara penjagaan buah pinggang yang mudah untuk dilakukan. Antara caranya adalah:-

1) Dapatkan berat badan yang Ideal

Setiap setiap penjagaan organ tubuh badan, kita memerlukan berat badan yang ideal. Hal ini disebbakan berat badan yang ideal menunjukkan seseorang itu sihat secara fizikal dan mentalnya.

Berat badan yang ideal bermaksud tinggi bersesuaian dengan berat badan anda. Cara pengiraan berat badan yang ideal mengikut tinggi adalah seperti berikut:-


Tips mendapatkan berat badan yang ideal KLIK DISINI

2) Amalkan pemakanan yang seimbang

Amalan pengambilan pemakanan yang seimbang ini dapat MENGURANGKAN buah pinggang daripada melakukan aktiviti yang membebankan. Justeru itu, dalam setiap diet MENYARANKAN amalan pemakanan yang seimbang.

Ikutilah saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti suku-suku separuh atau pyramid makanan. Hal ini kerana amalan yang disarankan itu bagus untuk penjagaan buah pinggang.

KLIK DISINI bagi ketahui apa itu piramid makanan

3) ELAKKAN pengambilan makanan segera dan kandungan garam yang tinggi

Buah pinggang

Kredit Gambar : © Nutritionist KKM

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mudah berasa ingin minum air dengan lebih lagi. Walau bagaimana sekalipun, pengambilan air yang berlebihan BAHAYA bagi mereka yang perlu mengawal pengambilan air.

Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai masalah ini WAJIB MENGELAKKAN diri daripada mengambil makanan yang tinggi garam kerana ianya akan meningkatkan tahap pengambilan air dalam sehari.

“Penambahan garam dalam masakan itu nikmat tetapi kesanya juga banyak, bersederhanalah dalam setiap pemilihan makanan”

4) ELAKKAN pengambilan minuman yang bergula

Buah pinggang

Makanan yang manis sangat sedap tetapi ianya tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan. Justeru itu, kita perlu kawal pengambilan gula dalam sehari agar kepekatan gula dalam darah tidak terlalu pekat sehingga membahayakan diri. 

***Disaranan Pengambilan gula dalam sehari adalah 1 sudu makan TERMASUKLAH minuman yang bergula atau gula pasir”

5) Amalkan Gaya hidup yang sihat



Amalkan gaya hidup yang sihat amat DIGALAKKAN bagi setiap lapisan usia. Hal ini disebabkan amalan ini bagus untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Selain itu, amalan gaya hidup sihat ini mampu membantu seseorang mengawal stress yang TIDAK DISEDARI dengan mata kasar. Stress merupakan salah satu komponen pembunuh di dalam senyap yang boleh menyebabkan seseorang mendapatkan penyakit seperti tekanan darah tinggi. Justeru itu dengan amalkan gaya hidup sihat mampu membantu mengurangkan stress.

Antara amalan gaya hidup yang sihat adalah:-

  • Bersenam
  • Beriadah
  • Berjogging
“Anda perlu bijak dalam menangani stress yang tidak kelihatan ini”

6) Kawal paras gula dalam darah 

Paras gula yang tinggi merupakan salah satu agent pembunuh buah pinggang. Hal ini disebabkan paras gula yang tinggi mampu menjadi penyebab buah pinggang rosak dengan lebih cepat tanpa mereka sedari. Justeru itu, kawalan paras gulu pada tahap yang selamat adalah penting bagi memastikan buah pinggang sentiasa berada pada tahap yang selamat.

“Penjagaan paras gula amat penting TERUTAMANYA bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis”
***Sayangi diri anda baru anda boleh menyanyangi orang lain***

KLIK DISINI bagi ketahui cara mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit kenicng manis.

7) Kawal paras Tekanan darah

Tekanan darah perlu dikawal bagi mengelakkan diri daripada mendapat penyakit stroke tanpa disedari. Justeru itu, setiap pesakit WAJIB mengawal tekanan darah kerana bagi mereka yang mempunyai masalah buah pinggang tekan darah merupakan salah satu penyakit yang sukar untuk dikawal.

ELAKKAN makanan yang tinggi garam seperti:-

  • Perisa tambahan di dalam makanan
  • Pengambilan garam secara berlebihan (SARANAN 1 sudu kecil garam sehari) 
  • Makanan segera atau fast food
  • Telur masih/ ikan masin atau makanan yang sudah dijerukan
  • Kicap & segala jenis sos 


8) ELAKKAN pengunaan supplement secara berlebihan atau tidak berdaftar dengan KKM

Supplement yang TIDAK mendapat kelulusan daripada pihak KKM sangat membahayakan tibuh badan TERUTAMANYA buah pinggang. Hal ini disebabkan pengambilan supplement yang tidak berdaftar DITAKUTI mempunyai bahan yang membahayakan tubuh badan. Justeru itu, pastikan supplement yang anda ambil berdaftar dengan pihak KKM.

Anda boleh memastikan supplement anda berdaftar dengan pihak KKM menerusi laman Web ini “QUEST”

***Check keselamatan supplement anda***

9) Ikuti setiap saranan doktor berkenaan cara penjagaan buah pinggang

Sentiasa bertanya dengan pakar berkenaan dengan carra penjagaan buah pinggang dengan betul agar kita tidak tersilap dalam percaturan penjagaan buah pinggang. Sayangi buah pinggang anda kerana sekiranya ianya rosak maka sukar untuk mendapatkan yang baharu.

10) Lakukan ujian bagi mereka yang berisiko

Lakukan ujian secara berkala bagi ketahui status kesihatan buah pinggang dengan lebih cepat. Hal ini disebabkan mencegah lebih baik daripada merawat.

Jangan takut untuk menerima rawatan awal sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang. Hal ini disebabakn rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa anda dengan lebih cepat berbanding pencegahan yang sudah lewat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh