Anda pernah ke klinik untuk buat pemeriksaan paras kolesterol anda? Anda tahu cara untuk menurunkan paras kolesterol dengan sihat. Kebiasaannya kita akan ke klinik berjumpa doktor apabila rasa sakit sahaja. Tapi hakikatnya walaupun kita rasa kita tidak sakit, tapi kita sedang merancang untuk sakit.
Apa itu Kolesterol?
Kolesterol ialah sejenis bahan berlemak yang terdapat di dalam kandungan darah dan dilapisan luar membran sel. Kolesterol ini ada dua jenis iaitu kolesterol baik dan koletrsol jahat. Kolesterol baik yang dikenali HDL (High Density Lipoprotein) yang mana berfungsi untuk membawa lemak dalam darah ke hati. Manakala, kolesterol jahat pula, (Low Density Lipoprotein) yang menyebabkan lemak terlekat di dinding salur darah yang menjadi punca kepada Arteriosklerosis dan seterusnya menyebabkan salur darah tersumbat.
bacaan kolestrol tinggi
Bacaan Kolestrol HDL dan Kolestrol LDL normal
HDL
Lelaki : 40 mg/dl
Perempuan : 50 mg/dl
LDL
Di bawah 100 mg/dl
Bacaan 100-129 mg/dl (boderline) – perlu diberi ubat
Tanda-tanda Kolesterol LDL Tinggi
Rasa kebas anggota badan tertentu seperti leher, kaki, tangan dan lain-lain anggota.
- Sakit dada sebelah kiri
- Cepat letih dan mengantuk
- Bengkak kaki
- Bintik putih di bawah mata
- Sakit kepala
- Rasa berat dan tegang di bahagian belakang leher
- Mendapan kolesterol pada hujung kelopak mata
- Benjolan padat pada tumit, siku dan lutut
Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, boleh berjumpa doktor dengan segera untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan dengan segera sebelum terlewat. Nampak macam tiada apa-apa masalah kesihatan tetapi tiba-tiba terkena stroke atau tiba-tiba pengsan.
Selepas mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan anda mengetahui tentang kedudukan kesihatan anda, gaya hidup yang sihat perlu dibuat untuk menjamin tahap kesihatan yang berkualiti dan hidup yang sihat bersama kolesterol baik.
Cara Menangani Kolesterol Jahat LDL
Saya nak kongsi cara tangani Kolesterol Jahat (LDL) dalam badan manusia hanya dengan 2 cara :
Cara pemakanan
Cara makan kita pada hari ni mementingkan kualiti rasa yang sedap dan mudah. Makanan sedap dan mudah ni, banyak mengundang bahaya kepada tahap kesihatan kita pada hari ini. Ramai daripada kita yang meninggal semasa tidur terutama dalam kalangan lelaki walhal dalam lingkungan umur 30-an. Kenapa ini terjadi? Ini kerana kita tidak menyedari bahawa makanan yang kita ambil setiap hari dan cara makan kita sebenarnya membunuh secara senyap. Tahap kolesterol yang tinggi dalam badan, jarang datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan doktor dengan anggapan diri sihat dan tidak rasa sakit. Makanan tambahan dianggap tidak penting kerana perut dah cukup kenyang dan selesa dengan makanan yang dimakan setiap hari. Oleh sebab itu, ubah cara makan kita kepada gaya pemakanan yang lebih sihat dan pastikan kita mengambil nutrisi yang cukup untuk keperluan badan supaya badan dapat berfungsi dengan baik.
Sekiranya anda rasa, makanan yang anda ambil cukup mengeyangkan tetapi nutrisinya tidak lengkap, cari makanan tambahan yang boleh membantu dan selamat diambil seperti PHYTOCOL-ST TM dan OMEGA GUARD
Gaya Hidup
Gaya hidup masa kini yang lebih suka beraktiviti dengan gadjet membuatkan manusia kurang bergerak dan membuat aktiviti fizikal yang mana membantu meningkatkan tahap kesihatan fizikal. Secara normal, badan memerlukan gerakan, menghasilkan perpeluhan. Anda akan mempunyai sistem badan yang sihat. perumpamaannya jika engsel pintu yang lama tidak dibuka, apa akan jadi? Ia akan berkarat dan susah untuk dibuka. Begitulah juga dengan sendi, tulang dan urat saraf kita. Menggunakan gadjet tidak salah, tapi kita yang salah guna gadjet. Ubah gaya hidup yang sihat supaya kesihatan bertambah baik.
Bagaimana PHYTOCOL-ST TM membantu dalam tahap kesihatan?
bagaimana turunkan paras kolestrol dengan sihat
phytocol
cara turunkan paras kolestrol dengan sihat
kaedah turunkan paras koletsrol dengan sihat