Cara Menjaga Pemakanan Warga Emas Ketika PKP 3.0

Cara menjaga pemakanan warga emas ketika PKP 3.0 lebih mudah berbanding dengan PKP 1.0 yang lepas. Hal ini disebabkan, kebanyakkan anak sudah ketahui cara penjagaan pemakanan yang betul buat ibu bapa. Justeru itu, sebagai anak atau penjaga mereka WAJIB ketahui cara menjaga pemakanan warga emas yang betul dan sihat.

Cara Menjaga Pemakanan Warga Emas Ketika PKP 3.0

Antara cara menjaga pemakanan warga emas ketika PKP 3.0 dengan betul adalah dengan :-

1) PASTIKAN mereka mengambil makanan mengikut Pyramid Makanan atau Pinggan sihat

Cara menjaga pemakanan warga emas

Pemberian makanan mengikut Pyramid Makanan atau pinggan sihat bagi memastikan warga emas mendapat makanan atau Nutrisi yang mencukupi dalam sehari. Ianya bagi memastikan mereka kekal sihat dan mendapat nurtisi tubuh yang mencukupi.

Malnutrisi : Suatu keadaan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau nutrient yang TIDAK mencukupi

Kurang zat makanan : Ianya merujuk kepada keadaan di mana penyerapan nutrien adalah rendah atau kehilangan nutrient yang berlebihan.

Berlebihan zat makanan : Berlebihan zat makanan adalah disebabkan berlebihan makan atau pengambilan nutrient secara berlebihan.

Tips mudah untuk mengikuti Pyramid Makanan atau Pinggan sihat adalah seperti:-

  • 1/2 daripada pinggan sihat anda adalah sayur-sayuran
  • Cincang sayur-sayuran sekiranya warga emas sukar untuk makan atau menelan sayur-sayuran
  • Rebus dahulu sayur untuk memastikan sayur yang diperolehi itu lembut
  • Potong kecil-kecil sayur-sayuran supaya mudah untuk ditelah atau di kunyah
  • 1/3 daripada pinggan sihat adalah karbohidrat seperti:-
    • Mee
    • Bihun
    • Nasi
    • Roti
  • 1/3 daripada pinggan sihat adalah kategori protein atau dikenali sebagai lauk

2) TINGKATKAN pengambilan buah-buahan dalam sehari

Cara menjaga pemakanan warga emas


Ketika usia sudah meningkat, kebanyakan warga emas akan kurang mengambil buah-buahan. Hal ini disebabkan, pelbagai faktor, antaranya adalah:-

  • Buah terlalu keras (eh : apple, pear,)
  • Tiada siapa yang mahu menyediakan atau memotong buah-buahan tersebut
  • Bosan penyediaan jenis buah yang sama setiap masa 
Baca Juga :   Set Kesuburan Terbaik Membantu Cepat Hamil

Justeru itu, sebagai anak atau penjaga warga emas ini anda WAJIB pelbagaikan cara untuk menyerdikaan makanan berbentuk buah-buahan kepada warga emas.

Pelbagaikan pilihlah dan penyediaan buah-buahan seperti :-

  • Pemilihan buah-buahan yang mudah untuk dikunyah atau digigit
  • Jadikan buah-buahan sebagai jus buah-buahan
  • Sekiranya sukar mendapatkan buah-buahan yang lembut maka pilihlah buah di dalam tin sebagai alternatif 

PERHATIAN!!!

Bagi mereka yang mempunyai maslaah buah pingang maka anda TIDAK DIGALAKKAN untuk mengambil buah-buahan di dalam tin agai alternatif.

3) Tingkatkan pengambil air masak dalam sehari

Cara menjaga pemakanan warga emas

Pengambilan air yang mencukupi sangat penting bagi memastikan mereka tidak kekurangan air di dalam badan. Justeru itu, pastikan pengambilan air dalam sehari sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jadikan aambilan air yang mencukupi dalam sehari sebagai amalan yang sihat buat warga emas setiap hari.

Senarai masalah yang sering di alami oleh warga emas

Antara senarai masalah yang sering di alami oleh warga emas adalah seperti :-

  • Mengunyah

Sekiranya mereka mengalami masalah kesukaran untuk mengunyah dan menyebabkan mereka mudah menjadi malnutrisi maka anda perlu mengikuti cara ini bagi MENGELAKKAN atau MENYELESAIKAN masalah menguyah ini.

Antara caranya adalah:-

    • Dapatkan rawatan pergigian
    • Ubah penyediaan makanan kepada tekstur yang lembut daripada tekstur asal
    • Cuba makanan bijirin agar mereka mudah untuk menelan
    • Potong sayur-sayuran atau daging dalam bentuk yang kecil agar mudah untuk dikunyah
    • Masak sayur-sayuran lebih lama daripada biasa 

PERINGATAN!!!

Sayur-sayuran yang masak di dalam keadaan yang lebih masa akan menyebabkan banyak nutrisi yang kurang. Walaubagaimana sekalipun, dalam setiap penyelesaian masalah kita perlu mencari jawapan dan penyelesaian.

  • Masalah penghadaman

Maslaah penghadaman akan membuatkan anda menghindar daripada makanan yang di anggap penyebab utama masalah penghadaman. Justeru itu, mereka mungkin akan menyebabkan mereka kurang mengambil makanan dan sekaligus akan menyebabkan mereka kekurangan nuitrisi dalam seharian.

Sekiranya maslaah penghadaman ini berlanjutan maka anda perlu mengambil tindakan seperti:-

    • Berjumpa doktor untuk mendpaatkan nasihat pemakanan
    • Pilih susu yang complete balance diet seperti Ensure, Enercal, Nutren Optimum dll
    • ELAKKAN pengambilan makanan yang berempah
  • Hilang selera makan

Hilang selera makan merupakan salah satu faktor penyebab warga emas boleh menjadi malnutrisi. Terdapat pelbagai faktor mereka menjadi hilang selera makan antaranya adalah :-

    • Makan seorang diri dan kesunyian
    • Kesan ubat-ubatan yang mereka ambil
Baca Juga :   Vaksin Pneumokokal Percuma 2020 Bagi Kelahiran pada 1 Januari 2020

Justeru itu, sebagai penjaga atau anak anda perlu bijak dalam penyediaan makanan agar selera makan tetap ada walaupun sedikit. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah:-

    • Sedikaan makanan dan makan bersama ahli keluarga
    • Tonton TV atau mendengar radio semasa makan agar dapat menghilangkan kesunyian
    • Bertanya dengan doktor berkenaan dengan kesan pengambilan ubat-ubatan yang di ambil
    • Tingkatkan perisa makanan dengan menambahkan herba dan rempah ratus ke dalam makanan

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu penjaga untuk menjaga pemakanan warga emas ketika PKP 3.0. Sekiranya kita mengikuti cara ini dengan betul ianya dapat memastikan setiap satu warga emas ini dapat meningkatkan lagi taraf kesihatan mereka. 

***SELAMAT MENCUBA UNTUK MENJAGA PEMAKANAN UNTUK WARGA EMAS KETIKA PKP 3.0***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh