Cara Mendidik Anak Solat Semasa Kecil

Anak adalah anugerah yang terindah buat pasangan ibu bapa. Justeru itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Disebabkan oleh itu, ibu bapa perlu pelajari cara mendidik anak terutamanya dalam bab menunaikan solat.

Cara Mendidik Anak Solat Semasa Kecil

Solat merupakan salah satu terapi diri yang terbaik. Solat mampu membuat seseorang itu menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Hal ini disebabkan oleh solat adalah tiang agama di dalam Islam. Justeru itu, sudah menjadi kewajipan ibu bapa untuk mendidik anak solat semasa kecil lagi agar ketika dewasa mereka tahu erti kewajipan mereka dalam menunaikan solat. Di sini terdapat beberapa cara mendidik anak solat semasa kecil. 

“Meluntur buluh biarlah dari buluhnya, agar mudah untuk di bentuk”

Antara cara mendidik anak solat semasa kecil adalah dengan:-

1) Ibu bapa perlu menjadi suri tauladan untuk anak

Cara mendidik anak

Dalam setiap urusan kehidupan, ibu bapalah yang perlu menjadi suri tauladan yang terbaik. Hal ini disebabkan, ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak sebelum mereka melangkah masuk ke alam persekolahan. Justeru itu, dalam mendidik anak ibu bapa sendiri perlu menjadi suri tauladan kepada anak-anak agar mereka mudah untuk mengikuti segala yang ibu bapa lakukan.

Sekiranya, ibu bapa menunaikan solat di rumah maka anak-anak juga akan menunaikan solat walaupun hanya mengikuti apa yang ibu bapa lakukan. Hal ini disebabkan, anak-anak hanya mampu mengikuti sahaja tanpa mengetahui mengapa mereka lakukan walau bagaimana sekalipun ianya akan membuatkan anak mengingati perkara ini dan akan mengikuti jejak langkah tersebut.

2) Bawa anak-anak tunaikan solat di surau/ masjid

 

Bawa anak menunaikan solat di surau atau masjid juga mampu mengajar menunaikan solat semasa dewasa kelak. Walau bagaimana sekalipun, semasa membawa anak ke surau atau masjid ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak agar menjaga tingkahlaku ketika berada di sana.

PERINGATAN!!!

Didik anak sentiasa menjaga adab ketika berada di rumah ALLAH SWT dan sentiasa menjaga tingkahlaku.

Antara tips mendidik anak menjaga tingkahlaku semasa di surau atau masjid adalah:-

  • Tegur anak sekiranya berbuat bising di dalam surau atau masjid
  • ELAKKAN memarahi anak sekiranya bising tetapi tegurlah mereka dengan cara yang berhemah
  • Sentiasa memberi contoh tauladan yang terbaim buat anak-anak

3) Kerap membawa anak ke majlis ilmu

Majlis ilmu merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk mendekatkan hati anak-anak dengan agama. Justeru itu, keraplah membawa anak-anak ke majlis ilmu atau menengar ceramah di televisyen agar mampu mengajar mereka mengenali Islam dengan lebih lagi.

Sekiranya dari kecil lagi kita mengajar anak mengenali ilmu agama maka ianya lebih memudahkan lagi mereka mengenali agama ketika dewasa kelak. Tidak salah sekiranya anak bising ketika di majlis ilmu TETAPI ibu bapa pelru mendidik anak agar sentiasa menjaga adab ketika di majlis ilmu. 

“Ibu bapalah yang bertanggunjawab untuk mendidik annak menjadi suri tauladan yang terbaik buat anak-anak”

4) Mengajar anak membaca Al-Quran

Cara mendidik anak

Mendidik anak merupakan suatu perkara yang bukan mudah, justeru itu sekiranya ibu bapa takut untuk mengajar anak membaca Al-Quran dengan betul maka hantarlah anak belajar mengajar dengan mereka yang lebih arif.

Sekiranya anak sudah mengetahui bacaan di dalam Al-Quran walaupun sedikit demi sedikit ianya mampu menarik hati anak untuk ketahuinya dengan lebih lanjut lagi.

“Hati anak ibarat kain putih yang bersih, oleh itu ibu bapalah yang bertanggunjawab membentuk hati tersebut”

5) Ajari anak menunaikan solat ketika usia 7 tahun

Semasa menerusi alam kedewasaan, ibu bapa perlu mengajar anak menunaikan solat ketika usia 7 tahun. Hal ini disebabkan, ketika usia 7 tahun merupakan usia yang paling sesuai untuk mendidik anak menunaikan solat walaupun tidak sempurna. Dan sekiranya mereka sudah ketahui tanggunjawab mereka maka lebih mudahlah untuk ibu bapa mengajar anak menunaikan solat ketika dengan sempurna ketika usia mereka 10 tahun. 

“Usia 7 tahun merupakan usia anak yang paling mudah untuk dibentuk kerana ketika usia itu mereka mudah untuk mendengar nasihat”

Cara mendidik anak solat semasa kecil akan menjadi mudah sekiranya ibu bapa itu sendiri tahu untuk melaksanakannya. Anak adalah tanggunjawab ibu bapa dalam mendidik mereka justeru itu jangan pernah berasa penat untuk mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan soleha.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh