Cara Menangani Stress Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Cara Menangani Stress Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” 

Ramai yang mengalami stress setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan. Justeru itu, sebagai orang awam anda WAJIB mengetahui cara untuk mengawal stress agar anda TIDAK mendapat stress yang teruk. Justeru itu, anda perlu mengetahui cara menangani stress semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Cara Menangani Stress Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Antara cara menangani stress semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti:-

1) Solat (bagi yang muslim)

Cara menangani stress

Solat merupakan salah satu rawatan yang mampu mengawal stress yang melampau. Hal ini disebabkan oleh solat mampu menenangkan hati mereka yang sedang bercelaru. Justeru itu, Islam sangat indah kerana dengan menunaikan solat mampu menenangkan jiwa.

Kita tidak mampu menceritakan masalah dengan manusia tetapi dengan ALLAH kita mampu menceritakan semua masalah kehidupan kita. Hal ini disebabkan setiap satu penceritaan kepada ALLAH mampu menenangkan jiwa dan mampu menyelesaikan masalah.

Antara solat sunat yang menenangkan jiwa adalah:-

  • Solat Taubat
  • Solat Hajat
  • Solat Duha
  • Solat Tahajud
  • Solat Istikarah

Setiap solat sunat ini mempunyai keindahan yang tersendiri. Justeru itu, anda perlu belajar dengan lebih banyak agar anda mudah mendapatkan ketenangan jiwa menerusi islam. Islam itu indah sekiranya anda faham akan apa yang diajari oleh Agama islam itu sendiri. 

“Perbetulkan yang salah dan amalkan apa yang betul”

2) Zikir dan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W (bagi muslim)

Zikir dan selawat ini dapat menenagkan jiwa dan merapatkan diri kepada ALLAH. Justeru itu, sekiranya stress yang terlalu kuat anda DIGALAKKAN untuk berzikir dan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.

Terdapat pelbagai jenis zikir dan selawat yang menenangkan jiwa, maka carilah ALLAH sekiranya anda berasa sangat stress dan tertekan. JANGAN pernah merasa terlalu down ketika diuji ALLAH kerana sesungguhnya ujian yang ALLAH berikan kepada setiap hambanya menandakan ALLAH sangat menyanyangi hambanya. 

“Indahnya berzikir dan berselawat ke atas Nabi, hanya kita yang dapat rasai nikmatnya”

3) Perbetulan corak pemakanan

Cara menangani stress

Semasa anda sedang stress, anda perlu menukar corak pemakanan anda. Corak pemakanan penting bagi mengurangkan stress dalam jiwa. Pilihlah makanan yang berkhasiat agar anda kekal sihat dan mampu untuk mengurangkan stress.

Antara jenis makanan yang mampu mengurangkan stress adalah seperti :-

  • Chocolate
  • Kek
  • Ice cream
  • Coffee
Baca Juga :   4 Cara Tenangkan Anak Mengamuk Yang Mudah

4) Aromatic Theraphy

Salah satu cara untuk mengurangkan kadar stress dalam kalangan masyarakat adalah menggunkan aromatic theraphy. Penggunaan aroma theraphy ini mampu membuatkan anda berasa lebih tenang dan menenangkan. Antara jenis aroma theraphy yang menangkan adalah seperti Lavender, pappermint dan lain-lain.

Setiap satu aroma theraphy ini mampu membantu anda memberi ketenangan.
Dengan menggunakan aroma theraphy ini mampu membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti dan cukup. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka yang mengalami stress tidak mendapatkan tidur yang cukup dan akkan menyebabkan masalah stress itu semakin bertambah. Maka, dapatkanlah rehat yang mencukupi. 

5) Pemandangan Yang tenang

Cara menagani stress

Setiap satu masalah pasti ada jalan penyelesaian. Justeru itu, sekiranya anda berasa stress anda boleh cuba untuk melihat pemandangan yang menenangkan seperti laut atau tumbuhan hijau. Hal ini dapat membantu anda dalam menenangkan minda. Sebenarnya, anda BUKAN stress sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi sebenarnya minda anda stress TANPA aktiviti yang mengembangkan minda.

Keluar seketika daripada pelusuk rumah dan hiruplah udara segar. Kerana udara segar ini mampu membuat minda anda lebih tenang dan refresh untuk hari yang seterusnya.

Diharapakan setiap satu perkongsian ini mampu membantu anda untuk mengurangkan masalah stress anda. Tidak salah untuk merasai stress seketika tetapi jangan terlaalu terbawa-bawa stress sehingga mampu menggangu melestarikan kehidupan anda pada masa akan datang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh