Cara Membuat QR Code MySejahtera Untuk Raya

Setelah pihak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan di beberapa lokaliti maka anda perlu membuat QR code MySejahtera untuk kehadiran tetamu semperna Raya.

Bukan sahaja di kawasan yang di istiharkan PKP malahan kawasan yang di istiharkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) juga perlu menyediakan QR Code MySejahtera untuk kehadiran tetamu ke rumah. 

“BUKAN satu kewajipan menghasilkan QR Code MySejahtera tetapi lebih baik menghasilkan QR Code MySejahtera sebagai salah satu langkah pencegahan”

Tujuan Utama QR Code MySejahtera adalah sebagai salah satu pematuhan SOP daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pada masa yang sama, QR Code MySejahtera PENTING bagi mengenalpasti mereka yang contact rapat sekiranya rumah yang mereka hadiri itu mempunyai postifi COVID -19.

Maka, kami akan mengajar serba sedikit cara membuat QR Code MySejahtera untuk raya. Hal ini disebabkan pengimbasan QR Code merupakan suatu perkara yang WAJIB dilakukan sebagai pematuan SOP. Membuat QR Code MySejahtera ini mudah sahaja. 

Cara Membuat QR Code MySejahtera Untuk Raya

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk penghasilan QR Code MySejahtera. Antara langkah yang perlu dilakukan adalah:-

1) KLIK Link DISINI

2) Setelah selesai masuk ke laman web ini anda perlu:-

  • Mengisi No Telefon untuk melakukan pendaftaran
  • No OTP akan di hantar melalui SMS menggunakan no telefon yang telah di daftar

Mysejahtera

 

3) Masukan no OTP yang diperolehi untuk verifikasi di aplikasi MySejahtera 

Mysejahtera

PERINGATAN!!!

Masukan OTP No TIDAK MELEBIH 5 minit. Sekiranya melebihi masa yang ditetapkan maka anda perlu meminta semula OTP no yang baharu.

4) Seterusnya isi borang yang disediakan. 

PENTING!!!

Letakkan nama untuk memastikan apabila mereka mengimbas QR Code akan keluar nama tempat yang mereka hadiri.

5) Akhir sekali, akan terpapar QR Code yang telah kita hasilkan menggunkan asi MySejahtera

6) Setelah itu, anda boleh download dan print

Mudah bukan untuk menghasilkan QR Code MySejahtera. Ingat, QR Code ini bagi memudahkan pemantauan SOP bukan untuk menyusahkan orang ramai. Justeru itu, patuhilah segala SOP yang telah disediakan oleh pihak MKN dan KKM. Kasihanilah petugas barisan hadapan kita yang sudah lama berjuang untuk menghalang penyebaran COVID -19 ini di Malaysia.

Kita sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk beraya bersam ahli keluarga tetapi pernah ke kita berfikir perasaan barisan hadapan yang lansung TIDAK dapat berjumpa ahli keluarga. Hal ini disebabkan mereka terlalu takut untuk penyebaran virus tersebut ke dalam ahli keluarga mereka. 

Cara Patuhi SOP Ketika Menziarahi Rumah Saudara Mara

Mysejahtera

Antara cara patuhi SOP ketika menziarahi rumah saudara mara adalah dengan:-

1) ELAKKAN bersalam-salaman ketika menjalankan aktiviti ziarah menziarahi

Cuci tanga dengan betul sebelum memasuki rumah yang mahu di ziarahi TERUTAMANYA rumah yang mempunyai warga emas dan kanak-kanak. Hal ini disebabkan, warga emas dan kanak-kanak merupakan salah satu golongan yang mudah untuk terjangkiti. Justeru itu, amalkanlah penjagaan SOP yang sebenar bagi melindungi mereka yang tersayang.

Jangan sedih sekiranya kita tidak dapat bersalaman pada tahun ini. Hal ini bagi menjaga kesihatan dan keselamatan mereka yang tersayang. Insyaallah, sekiranya kita meenjaga SOP dengan betul maka kita mampu untuk bersalam-salaman pada masa akan datang. 

2) Jaga Penjarakan sosial

Bagi mereka yang mahu melakukan aktiviti ziarah menziarahi di kawasan PKPB, anda perlu ikuti penjarakan sosial ini. Bermaksud tuan rumah perlu pastikan rumah tidak terlalu sempit dengan kehadiran tetamu. Ianya bagi mengelakkan dan menjaga keselamatan diri dan keluarga. TIDAK me lebih 20 orang dalam satu rumah atau mengikut kapasiti saiz rumah. 

3) JANGAN ikuti aktiviti ziarah menziarahi sekiranya anda mempunyai gejala seperti:-

  • Demam
  • Selesema
  • Batuk
  • Hilang selera makan dan bau

4) Singkatkan masa ziarah menziarahi dalam satu rumah.

SARANAN pihak MKN adalah kurang daripada 20 minit dalam satu rumah.

Diharapakan semua mampu mengikuti SOP yang disediakan bagi menjaga keselamatan agar perayaan pada tahun hadapan dapat disambut tanpa SOP. Jangan pernah berasa bosan untuk ikuti SOP kerana tanpa SOP kita tidak mampu untuk melawan virus ini. Kita perlu hidup bersama virus ini tetapi bukan mati bersama virus ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh